Pengikut

Memaparkan catatan dengan label semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label semasa. Papar semua catatan

Sabtu, 21 November 2020

PKPB di seluruh negeri di Semenanjung

Semasa berada di Sik tempohari, kerajaan telah mengisytiharkan PKPB di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Negeri Perlis,  Pahang dan Kelantan akibat penularan pandemik Covid-19 yang mengganas bagi gelombang ketiga. Terpaksa aku ke balai polis berdekatan untuk dapatkan kelulusan rentas daerah / negeri untuk balik semula ke tempat kerja, sebab aku bawak balik satu keluarga.

Alhamdulillah.. nasib baik diluluskan.

PKPB ini bermula 9 November 2020 sehingga 6 Disember 2020 iaitu bagi tempoh 4 minggu untuk mengekang wabak ini dari merebak lebih teruk lagi.

Bersama-sama kita patuhi SOP supaya hasrat kerajaan untuk mengekang penularan wabak ini berjaya sepenuhnya.


Makluman terkini, PKPB di empat negeri iaitu Johor (kecuali Kota Tinggi dan Mersing), Melaka, Terengganu dan Kedah (kecuali Kulim) telah ditamatkan lebih awal pada 21 November 2020 kerana kes aktif telah berkurangan. Keadaan ini membolehkan sektor ekonomi kembali rancak bagi negeri-negeri yang berkenaan.

Pihak pengurusan opis aku pun meluluskan Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi semua staff, di mana pelaksanaannya dibuat secara penggiliran untuk memenuhi hasrat kerajaan bagi memastikan keberadaan pekerja ke pejabat adalah pada tahap maksimum 30 peratus.

Sempat juga aku bawak balik sepasang arnab Teddy Bear (beli kat orang kampung) untuk buat main-main sebab dah lama tak membela arnab nih.

Boleh juga aku hadap arnab dua ekor tuh sambil-sambil BDR nih.. eheh

Nanti aku cerita kat sini.

#kitajagakita#

Jumaat, 20 November 2020

Penyambung legasi

Minggu lepas aku sempat balik kampung kat Sik, lama dah rasanya tak balik tengok rumah kat kampung tu. Sempat ler kemas-kemas rumah dan ziarah abang-abang aku. Nak jadi rezeki aku satu keluarga, kebetulan abang aku siap potong sekor ayam kampung dan buat gulai.. merecik weii.

Rumah abang aku ni sebelah jer dengan rumah arwah mak aku. Alang-alang dah kat rumah dia, aku snap ler gambar sekeping dua arnab yang ada kat rumah dia ni.

Ni ler antara penyambung legasi yang masih ada. Umur dalam 2 bulan lebih camtu.

Ada lima ekor dalam sangkar ni. Sihat-sihat semua.

Banyak yang abang aku dah sembelih buat lauk. Kalau tak ayam, arnab ni ler dia ambik.

Kebetulan jugak balik kali ni, kerajaan isytihar PKPB seluruh Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan akibat pandemik Covid-19. Kelam kabut aku ke balai polis berdekatan untuk dapatkan kelulusan rentas daerah / negeri untuk balik semula ke tempat kerja, sebab aku bawak balik satu keluarga.

 Alhamdulillah.. nasib baik diluluskan.

 #kitajagakita#

Jumaat, 11 September 2020

PKPP dan PKPD di Negeri Kedah

Kerajaan masih memerlukan akta yang terlibat untuk mengekang wabak Covid-19 daripada merebak, maka PKPP telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Patuhi SOP dan arahan-arahan terkini supaya kita semua terhindar dari wabak merbahaya ini.

Berikutan penularan wabak Covid-19 dan munculnya kluster-kluster baru di beberapa daerah dalam Negeri Kedah, maka pihak kerajaan telah melaksanakan PKPD (secara pentadbiran) semula.

PKPD di Kubang Pasu

PKPD bermula pada 3/8/2020 – 30/8/2020 berikutan munculnya kluster Sivaganga yang bermula di satu restoran nasi kandar di Pekan Napoh yang mana pemilik restoran tidak mematuhi arahan kuarantin selepas pulang dari India. Ia melibatkan kawasan dalam radius 1KM dari Restoran Nasi Kandar tersebut, Kampung Pida Satu (Megat Dewa), Kampung Bendang Dalam dan Kampung Ulu (Padang Sanai).

Semua sekolah, tadika, masjid dan rumah ibadat dalam kawasan terlibat telah diarahkan tutup.

PKPD Amanjaya di Sungai Petani

PKPD bermula pada 28/8/2020 sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kemudian oleh KKM berikutan munculnya kluster Tawar (dalam daerah Baling) yang bermula daripada perjumpaan keluarga yang tidak mematuhi SOP. Ia melibatkan tiga zon iaitu Kenanga, Mawar dan Melor (termasuk Ambangan Heights).

PKPD Kota Setar di Alor Setar

PKPD ini bermula 11/9/2020 – 25/9/2020 di 28 mukim dalam daerah Kota Setar, Alor Setar. Ini berikutan wabak Covid-19 dari kluster Tawar merebak dengan cepat sekali dan juga munculnya kluster baru iaitu kluster telaga dan sungai yang melibatkan frontliner di fasiliti kesihatan (swasta).

#kitajagakita#

Selasa, 28 Julai 2020

Perkembangan terkini PKPP

Berikutan peningkatan kes baru-baru ini akibat kes-kes import dan penularan tempatan, kerajaan mula mengambil langkah tegas supaya tidak berlaku 2nd wave pandemik Covid-19 ini.


Warga asing dan tempatan yang baru pulang dari luar negara diwajibkan kuarantin di pusat kuarantin yang telah diwartakan sebelum ini.


Tindakan tegas boleh diambil sekiranya melanggar peraturan.


Patuhi arahan kalau tak mau kena saman.


Alhamdulillah..

Boleh balik Kajang untuk sambut Raya Korban, cuti pun dah apply 2 hari, boss baru approve tadi.. eheh


Kerajaan memperketatkan SOP Hari Raya Aidiladha untuk kemaslahatan bersama dan kebaikan semua. 


Pakai pelitup muka di dalam kenderaan awam dan tempat bersesak-sesak, wajib yer start 1/8/2020 nanti.

Patuhi SOP!!! #kitajagakita#

Khamis, 11 Jun 2020

Fasa PKP akibat penularan wabak COVID-19

Sejarah tahun ni bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh dunia akibat penularan wabak Covid-19 yang bermula di Wuhan, China. Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah keselamatan untuk membendung wabak ini dari merebak tanpa terkawal. PKP ini mula diperkenalkan pada 18 Mac 2020 dan aku juga antara yang terkesan dan terpaksa Bekerja Dari Rumah (BDR), dua bulan lebih gak la..

PKP Fasa I
(18 Mac 2020 – 31 Mac 2020)


Pemakaian di seluruh Malaysia dan disandarkan kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Antara arahan yang terkandung dalam PKP ini :

1) Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya;

2)    Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara;

3)    Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;

4) Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;

5)  Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; dan

6) Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services) - melibatkan 22 ‘perkhidmatan perlu’.

Manakala kawalan pergerakan adalah terhad mengikut keperluan dan tidak boleh melakukan perjalanan rentas negeri. Sesiapa yang ingkar boleh dikenakan kompaun maksimum sehingga RM1,000.

PKP Fasa II
(1 April 2020 – 14 April 2020)


Pemakaian di seluruh Malaysia dan terdapat essential services melibatkan 10 sektor kritikal dibenarkan beroperasi, manakala kawalan pergerakan adalah terhad mengikut masa dan sektor. Kompaun masih lagi dikenakan kepada sesiapa yang ingkar.

PKPD – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan


Pemakaian di kawasan tertentu sahaja terutamanya di kawasan zon merah yang mempunya kes peningkatan Covid-19 secara mendadak, iaitu bagi tempoh dua minggu dari tarikh perisytiharan. Fasa ini menyebabkan semua essential services dan premis perniagaan ditutup dengan beberapa pengecualian. Manakala kawalan pergerakan adalah tegas dan sebarang pergerakan tidak dibenarkan.

PKP Fasa III
(15 April 2020 – 28 April 2020)


Pemakaian di seluruh Malaysia dan sektor-sektor terpilih dibenarkan beroperasi secara berperingkat, walaubagaimanapun ia perlu mematuhi garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat. Sesiapa yang ingkar akan terus ditahan untuk dikenakan tindakan di mahkamah (penjara) dan tidak lagi dikompaun seperti pada PKP Fasa I dan Fasa II. Semenatara itu sesi persekolahan juga masih ditangguhkan sehingga keadaan kembali pulih.

PKP Fasa IV
(29 April 2020 – 12 Mei 2020)


Pemakaian di seluruh Malaysia dan beberapa kelonggaran telah dibenarkan oleh kerajaan, misalnya dua orang boleh bergerak di dalam satu kereta (keluarga terdekat yang tinggal serumah) dan boleh keluar lebih 10 km untuk membeli makanan, keperluan harian dan ubat-ubatan. Mana-mana pihak yang melanggar peraturan ini boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM1,000 atau dipenjarakan sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

PKPB – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(4 Mei 2020 – 9 Jun 2020)


Larangan pergerakan antara negeri kekal dalam tempoh PKPB, manakala SOP solat Jumaat dan berjemaah sedang diperhalusi. Selain itu pasangan suami isteri yang tinggal di negeri berasingan kerana faktor kerja akan diberi kelonggaran untuk membuat perjalanan rentas negeri.
Permohonan boleh dibuat menerusi aplikasi Gerak Malaysia atau datang sendiri ke balai polis terdekat. Ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat & keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang dalam satu-satu masa ketika hari perayaan tetapi tidak boleh buat jamuan besar / rumah terbuka.
Berikut merupakan aktiviti yang masih dilarang dalam tempoh PKPB :


Sembahyang berjemaah dan Jumaat di Masjid masih tidak dibenarkan dan sekolah masih ditutup.


Kenduri dan  majlis perkahwinan masih tidak dibenarkan.


 PKPP – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
(10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020)


Tujuh strategi PKPP diperkenalkan :

1)    Pengukuhan kesihatan awam
2)    Perundangan dan penguatkuasaan
3)    Pengukuhan kawalan sempadan
4)    Pembukaan sepenuhnya sektor ekonomi
5)    Pembudayaan kebiasan baru
6)    Pemerkasaan tanggungjawab komuniti
7)    Perlindungan golongan berisiko

Berikut adalah senarai aktiviti yang akan dibenarkan bermula 10 Jun 2020 :

1)    Perjalanan rentas negeri – dah boleh balik kampung wehh..
2)    Pelbagai perniagaan dibuka semula
3)    Mesyuarat dan bengkel dibenarkan
4)    Aktiviti rekreasi
5)    Aktiviti sukan selagi tidak melibatkan sentuhan badan
6)    Pelancongan domestik
7)    Perayaan – boleh sambut Raya Korban bersama keluarga
8)  Solat berjemaah – ada negeri yang masih menghadkan 12 orang sahaja setiap waktu termasuk solat Jumaat, ada yang 40 orang ahli jemaah dan ada yang mengikut keluasan masjid
9)    Sekolah akan dibuka semula, dijangka pada 24 Jun 2020 – hanya bagi pelajar yang akan memduduki peperiksaan SPM / SPMV / STPM / STAM
10)  Hiburan
11)  Masih tiada perhimpunan besar-besaran

Selasa, 2 Jun 2020

Episod baru

Assalamualaikum.. hari ni tergerak hati nak godek-godek blog ni, lama sangat tinggal. Ingatkan takleh buka dah.. eheh

Puas cari kunci nak masuk, nasib baik jumpa..

So, lepas ni aku akan cuba upload kisah-kisah perjalanan hidupku yang lepas dan ceritaku bersama arnab-arnab yang masih tersisa.

Tq.

Khamis, 1 November 2012

Rindu Serindu-rindunya...

Fuh.. fuh.. dengan habuknya, dengan sawangnya, penuh kat rumah arnab teman nih. Lama rasanya tak menulis di sini, nasib baik ingat lagi password nak masuk sini.. eheh

Kali ini aku taknak citer pasal arnab, sekadar ingin berkongsi rasa rindu yang memberat di hati kat seseorang dengan korang semua. Raya Qurban baru-baru ni aku berkesempatan balik kampung di Sik dan dapat juga beraya di rumah mentua kat Kajang nun. Seminggu lebih jugak aku dapat cuti. Sempat juga aku snap gambar arnab-arnab tak seberapa ekor yang masih ada di Sik dan Kajang, nanti aku kongsikan dengan korang yer. 

Rindu serindu-rindunya.. Ya! Rasa rindu yang semakin menebal hanya dapat diluahkan kepada Yang Maha Esa lagi Maha Mendengar walaupun rintihan hanya terdetik di dalam hati. Bermula Hari Raya Puasa aritu dan Hari Raya Qurban baru-baru ini merupakan kali pertama aku beraya tanpa ibu tercinta di sisi. Ibuku telah kembali ke rahmatullah pada bulan puasa yang lepas, sempat juga arwah menjalani ibadah puasa selama 8 hari dan pergi mengadap Ilahi pada hari ke-9 kita berpuasa.

Kesempatan ini aku coretkan rasa rindu diiringi doa yang tidak putus-putus buat rohnya semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama-sama roh orang mukmin yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T

Selagi jantung ini masih berdenyut, selagi mana hayat masih di kandung badan anakanda mu ini senantiasa mengingatimu di dalam doa semoga engkau berbahagia di sana.. 

al-Fatihah.

Rabu, 11 Januari 2012

Mencorak masa depan

Tahun ni dua orang anak aku mula bersekolah di Taska MAIK @ Masjid al-Hana, Kuah, Langkawi. Pengalaman kedua untuk si kakak, dia sekarang dah 6 tahun dan pengalaman pertama untuk adiknya. Anak jantan aku yang sorang ni dah berumur 5 tahun.

Kedua-duanya dengan semangat berkobar-kobar nak ke sekolah tadika baru tapi masa hari pertama aritu dipaksanya mama diorang untuk tunggu di dalam kelas, hilang aje di mata mula la nak menangis.


Sekarang dah makin selesa dalam kelas.


Kakak pun dah ramai kawan baru.

Sekarang ni balik jer dari sekolah tadika macam2 nak diceritakan.. mama diorang le jadi mangsa.

Selasa, 4 Januari 2011

Merenung masa depan

Bermula semalam anak pompuan sulung aku tu dah mula bersekolah tadika, tadika 5 taun.. seminggu sebelum tahun baru ke hulu ke hilir dia mengusung beg oren dia tuh, tak sabar2 nak pegi sekolah..


Selepas selesai proses pendaftaran semalam, cikgu dia bagi kebenaran untuk balik umah, besok baru mula kelas katanya. Korang tau apa anak aku cakap?


“Hari ni kan sekolah? Mana boleh balik lagi..” mana dia nak balik, dah jumpa kawan baru. Nasib baik tak dibantainya melalak dalam kelas tu.


Korang tengok ler tuh..

Merenung masa depan.. Ni masa baru2 sampai, belum kenal2 dengan kawan lagi.


Selamat tahun baru wehhh!!!


Semoga azam tahun lepas tercapai dengan jayanya.


Rabu, 29 Disember 2010

Final Piala Suzuki AFF 2010 Malaysia vs Indonesia


Walaupun tewas tipis 1 - 2 malam ni kat Stadium Utama Gelora Bung Karno, Malaysia tetap menang dan bawak balik piala kemenangan ke Malaysia dengan agregat 4 – 2.


Tahniah untuk team Harimau Malaya, Malaysia boleh!!!


Sambil jerit2, sambil sorak2, kena plak pizza.. fewwww



p/s wa salute sama lu la Khairul Fahmi.. best dia main malam nih.

Ahad, 5 September 2010

Lauk apa bukak puasa hari ni?

Arinih rasa nak bukak posa ngan arnab goreng..

“Yg mana aku nak semelih nih, kena pilih yg masih muda baru sedap.. isi lembut jer” aku berkira2.

Belek punya belek anak arnab yg ada, aku terpandang anak2 Putih yg tinggal tuh..

“Buleh ler nih, mmmm..” aku dah terliur.

Besar gak budak2 nih..

Zass.. aku pegi amik pisau keramat aku tuh, panggil org umah utk pegang..

Selamat dua2 eko..

Tak sampai ½ jam utk buang bulu.. senang beb sbb masih muda, sekali tarik jer…

Siap bergoreng kunyit.. huhuh.. x saba.. x saba


Kejap jer selesai.. selepas berebut2 ngan anak2 aku yg 3 org tuh, xder aper yg tinggal.. abih licin.. eheh..

Mama diorang?

Cam biasa.. xleh nak masuk. Aku suh pegang, relax jer.. xper lebih sikit habuan aku..

Isnin, 30 Ogos 2010

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!


Anak aku yg sulung tuh tanya.. "papa.. kenapa letak bendera kat keta?"

"Bendera tu sbb kita nak sambut merdeka.. tiap2 kali sambut merdeka kita kena kibarkan bendera nih" x tau ler dia paham ke tak.

"ooo.. camtu yer.. apa merdeka tu papa?" dia tanya lagi.

Ahh! sudah.. camne aku nak bg dia paham nih, budak baru 4 taun.

"Ok.. camni, merdeka ni maksudnya kita bebas nak buat apa2 saja yg kita suka, suka ati nak pegi mana2.. xder org ganggu, xder org arah buat itu, buat ini.. lagi xder org nak marah2 kat kita.." panjang lebar aku cuba explain kat dia.

"Bila merdeka ni papa?" banyak plak soalan budak nih.

Sbg bapak yg mithali aku jwb gak ler.. "kita sambut setaun sekali jer.. 31hb Ogos nih".

"ooo.. kalau camtu papa ngan mama x boleh marah2 kat kakak ler ari tu nnti. Kakak nak makan aiskrim banyak2, nak main pop-pop 3 kotak.. kakak sorang jer tau, xnak kongsi ngan Fahmi, ngan Sara".

Ahh! budak nih.. kena aku. Nasib baik bulan posa.. sabo jer la.

Selamat menyambut Hari Merdeka yg ke53 wehhh...


'1 Malaysia Menjana Transformasi'

Selasa, 10 Ogos 2010

Ramadhan al Mubarak 2010 / 1431 Hijrah

Ramadhan datang lagi...

Alhamdulillah.. syukur kpd Tuhan kerana diberi kesempatan sekali lagi utk bertemu dgn ramadhan tahun nie. Gandakan amalan baik dlm bulan ni kerana ganjarannya juga akan digandakan.

Moga diberkati dan dirahmati serta segala amalan diterima olehNya.

Selamat berpuasa kpd semua, geng2 penternak arnab dan peminat arnab dr Cool Rabbit.

Selasa, 6 Julai 2010

Lama dah tak update

Hi sumer... sorry yer semenjak 2 minggu lepas aku x sempat nak update blog nih. Minggu lepas opis aku anta pegi kursus aplikasi kat Bangi, minggu sebelum tuh aku ada user training kat PD, kitorang lepak kat Legend Water Chalet. Bwh nih antara gambar kat sana.

Sea view dari tingkat 5.

Anak jantan aku nih excited sangat nak datang sini, dari umah lg beriya nak ngikut (confirm mama dia punya angkara.. sorry yang.. hehhee)


Masa aku pegi training anak2 aku berendam dlm nih, luas jugak ler.. x dpt turun kolam kat bwh pun xpe, kat dlm ni pun jadik.

Abis training kat PD sambung plak kursus kat Bangi. Abis kursus tuh baru aku sempat jengok nak manja2 ngan sumer arnab kat umah, tp ada satu berita sedih aku nak kongsi ngan korang sumer. Nanti le posting akan datang aku citer yer.

Jumaat, 9 April 2010

Terkenang-kenang... 2008

Lebat hujan ari nih kat luar tuhh.. rasa malas sumer datang, dalam dok melayan perasaan syahdu pagi nih aku terkenang-kenang macam mana aku mula bela arnab kat sini. Ni cerita 2 tahun dulu...

Sepanjang tahun 2008 kebanyakannya anak-anak arnab aku tak sempat berumur 5 bulan kerana aku ngan anak-anak aku (yang sulung ngan nombor 2) amat menggemari arnab goreng dan arnab masak sambal kicap… hehehehe (bini aku tak makan, geli katanya) tapi kalu aku potong, dia yang tolong pegang… boleh plak camtu.

Kebetulan kesemua anak aku termasuk yang bongsu kena asma/semput, sekurang-kurangnya sebulan 2 kali kena ambil gas kat hospital, doktor siap bekal dengan liquid ventolin. Mak aku kat kampung (kampung aku kat Sik, Kedah nuu) beri petua suruh makan arnab goreng ataupun masak le apa-apa pun, ikut selera tekak. Sekarang ni tinggal yang bongsu je ada sikit-sikit lagi, tak ler sampai tahap akut. Lepas ni aku nak potong yang lop eared plak, cepat sikit baik kot… hik..hikk

Selasa, 6 April 2010

Kisah bermula…

Alhamdulillah.. dapat jugak aku mulakan blog nie dengan tujuan untuk berkongsi minat dan hobi aku membela arnab dengan peminat-peminat arnab di luar sana. Aku mula membela arnab pada awal tahun 2008 dengan sepasang induk arnab local yang aku beli dari sebuah pet shop di sekitar Kajang.

Selepas sebulan arnab aku mula membiak sehingga penuh sangkar di belakang rumah. Arnab ni bunting hanya sebulan aje, jumlah anak ikut kesuburan induknya… setakat ini ada yang beranak paling sikit sekor jer (biasanya aku tumpangkan kepada ibu lain kalau ada yang beranak jugak ler) dan paling banyak 8 ekor.

Sekarang nie yang tinggal dengan aku sepasang angora, sepasang lop eared dan beberapa ekor induk local…

Ok… nanti aku update gambar ngan pengalaman lalu aku, cau dulu.

Wasssalam