Blog ni aku hasilkan untuk berkongsi minat membela arnab dengan peminat-peminat arnab di luar sana. Pada masa yang sama jugak aku akan berkongsi kesukaan aku yang lain-lain…
Pengikut
Selasa, 4 Ogos 2020
Selamat Hari Raya Aidiladha
Rabu, 17 Jun 2020
Raya kan sebulan
Isnin, 22 November 2010
‘Korban’ lagi
Akibat dari mengantuk dan keletihan aku terpaksa berhenti rehat dan tidur sebentar di R&R Sg. Perak.. ingatkan nak tidur sekejap jer, abih sumer terlelap sampai pagi. Selepas sembahyang subuh terus kitorang gerak, sempat ler raya kat Gerik sbb dari sini lebih kurang satu jam shj perjalanan.
Eksotik nih, dah siap potong.
Yg ni mesti ada.. sebiji kelapa parut.
Selasa, 16 November 2010
Jom balik kampung
Aku berkira2 lepas sembahyang raya kat sini baru nak balik, tp mak aku tepon bagitau dia dah ada kat umah mak dia kat Gerik (Opah aku ler tu), raya kat sana.. terus ubah plan, kitorang akan balik malam ni gak.. dpt ler beraya ngan mak aku ngan Opah kat Gerik. Pastuh terus gerak balik Sik ramai2 petang raya tuh.
Kepada yg akan balik kg.. hati2 semasa memandu, ingatlah orang tersayang..
Sambil tu aku nak bawak balik seko angora.. nak ikut aku balik kg katanya, umo dah setahun lebih.. dapat le buat ‘korban’ lagi.. eheh
Ahad, 14 November 2010
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha 1431H
Semoga ibadah korban yg akan dilakukan taun nih dilaksanakan dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan supaya dapat diterima olehNya.. moga kita menjadi hambaNya yang patuh dan taat.
Citer pasal korban nih, hari ni aku sempat ‘korban’kan seko arnab angora, anak si Suri dari kelahiran terdahulu (sini) umo dah hampir lapan bulan… tiba2 jer rasa nak makan arnab goreng hari ni.
Jumaat, 8 Oktober 2010
Open house lagi
Dah banyak open house aku pegi.. ntah berapa kali aku x ingat dah.
Cam hobi plak pegi makan2 kat umah terbuka ni.. abih, dah orang jemput.. kena ler pegi. Tak baik tau hampakan jemputan orang.. ehheh
Cam biasa, mula dgn buah..
Aku serbu gerai mee kari dulu.. layan diri.
Baru dapat nasi.. nasi tomato..
Hirisan kambing golek campur salad ngan roti bakar.. aku tengok gambar ni pun dah lapar balik.Hampir2 nak kenyang…
Order kat mana ni wehh.. lupa nak tanya, nnti senang nak pegi cari lagi.
Sabtu, 18 September 2010
Open house #1 dan #2
Aku mula dgn yg nih.. mee goreng ngan pasembor, penang mai.Ikut jam : nasi beriani campur ngan acar timun, ayam masak merah, tembikai, daging lombu, sambal ikan keli goreng, dalca dan papadom.

Lepas ½ jam kekenyangan, aku sambung balik dgn yg nih plak..
Kambing golek kena ngan ‘black pepper sauce’ campur salad sket.. diorang golek2 kat situ gak, puas ler makan.. 2 eko beb!
Yg nih baru rasa hari raya..Ada rendang ayam, lemang, rendang daging, sate ayam ngan sate daging.. fuhhh
Kue tiaw kerang.. amik, jgn x amik
Aku tutup ngan cendol dan roti bom. Dah last nih.. kenyang tahap x ingat. Aku rasa kenyang sampai besok pagi nih.
Rupa2nya petg tuh org umah aku bagitau boss dia wat open house jugak mlm nih.. x pegi karang apa plak kata org tua tuh.. lepas jer maghrib kitorang terus ke umah boss dia kat Jln Gasing, PJ.
Kat sini pun macam2 ada.. aku?
Dah x larat wehhh.. siang td dah melantak macam2, mlm nih aku cool ajer.. wat ‘sightseeing’.
Jumaat, 17 September 2010
Dua hari di hari raya
waa.. seminggu x online, rindu plak ngan korang sumer.. ngan sumer rabbit kat sini pun yer jugak, petg td baru kitorang sampai Kajang.. eheh
Mana aku ilang?
Mana lagi.. aku sambung beraya kat Sik ler plak, boss dah approved cuti seminggu.. masih dlm mood raya lg nih, sebulan kan..
Ni pasal rabbit plak..
Korang nak tau, sebelum balik kg aituh.. aku sempat potong lg dua eko arnab utk wat rendang.. 2 eko yg sebelum tuh x cukup, atas permintaan ramai dan selepas belek punya belek tumbang ler lg 2 eko yg kat bwh nih..
.jpg)
Tapa ngan Mili
Mili? Yup.. anak2 dia aku dah tumpangkan terus ngan Suri.. dri 4 kg 2 eko nih pun aku dpt lam 2kg daging gak, mlm sebelum balik kg tu jugak siap rendang aku..
Taun nih puas aku lantak rendang arnab.
Jumaat, 10 September 2010
Satu hari di hari raya
Kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kpd semua peminat dan penternak arnab yg sudi datang sini.. mohon diampun segala salah dan silap sekiranya sepanjang penulisan aku dlm blog ini mengguris hati mana2 pembaca dan menyebabkan perasaan x selesa terhadap mana2 ‘posting’ aku sebelum ini.
Yg akan balik kg (aku belum lg wehhh!), selamat memandu balik ke kampung.. sentiasa berhati2 dan ingat orang tersayang.
Khamis, 9 September 2010
Menjelang hari raya
Apa aku nak buat?
ni ler antaranya, yg nih feveret aku.. ketupat palas.
Merendang yg nih lama, hampir 4 jam.. tau sbb apa?
Yg ni rendang ayam pencen.. dah tak bertelur wehh.. sumer ni ada 10 eko, memang kena dgn ketupat yg kat atas tuh..
.jpg)
Apa aku nak wat ngan diorang nih plak?
Yg dua eko nih pun aku potong gak, nak wat rendang.. seko tuh Putih ngan seko anggora.
Dpd 4 kg 2 eko tuh, kitorang dpt 2 kg daging arnab.. puas ler aku melantak rendang kang…
‘Secret recipe’ mama aku, rendang minang..fuhhh.. x saba nak makan, nyam.. nyam.. nyam.. dekat 3 jam nak abihkan masak rendang arnab nih.. lepas beberapa kali tambah air, siap gak ler dekat2 nak bukak posa td.
Lepas bukak td kejap jer licin.. x sempat nak tunggu raya.





















.jpg)