Pengikut

Selasa, 18 Januari 2011

Pokok nam-nam

Nama tempatan : pokok nam-nam
Nama saintifik : cynometra cauliflora
Cara tanam : biji benih
Tarikh diperolehi : 2009

Keterangan : pokok ni aku bawak dari kampung, buahnya lebat kat pangkal pokok. Aku tanam dalam pasu untuk buat bonsai. Asalnya pokok ni arwah abah aku bawak ke Sik dari kampung asal dia di Changkat Jering, Perak. Buahnya berlekuk2 dan berkerutu (ada yang panggil buah katak puru), berwarna coklat kehijauan semasa muda dan bertukar kekuningan apabila masak. Kalau korang petik yang muda rasanya masam2 kelat tapi kalau dah masak rasanya masam2 manis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan