Pengikut

Memaparkan catatan dengan label bonsai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bonsai. Papar semua catatan

Selasa, 18 Januari 2011

Pokok nam-nam

Nama tempatan : pokok nam-nam
Nama saintifik : cynometra cauliflora
Cara tanam : biji benih
Tarikh diperolehi : 2009

Keterangan : pokok ni aku bawak dari kampung, buahnya lebat kat pangkal pokok. Aku tanam dalam pasu untuk buat bonsai. Asalnya pokok ni arwah abah aku bawak ke Sik dari kampung asal dia di Changkat Jering, Perak. Buahnya berlekuk2 dan berkerutu (ada yang panggil buah katak puru), berwarna coklat kehijauan semasa muda dan bertukar kekuningan apabila masak. Kalau korang petik yang muda rasanya masam2 kelat tapi kalau dah masak rasanya masam2 manis.

Sabtu, 15 Januari 2011

Pokok asam jawa

Pokok ni kat kampung aku di Sik besarnya satu pemeluk orang dewasa. Tapi aku lebih berminat untuk jadikannya bonsai kerana daunnya cantik, jenis kecik2 macam pokok semalu, lagi satu kalau korang perasan pokok asam neh, bila malam daun dia akan menguncup sebijik cam pokok semalu. Daun dia akan kembang balik pada awal pagi.

Nama tempatan : pokok asam jawa

Nama saintifik : tamarindus indica

Cara tanam : biji benih

Tarikh diperolehi : 2007


Keterangan : buahnya boleh dimakan muda dan apabila dah masak boleh digunakan dalam masakan, manakala pokoknya tahan lasak dan amat sesuai untuk dijadikan bonsai.

Rabu, 12 Januari 2011

Pokok bunga kertas

Hari ni aku tak nak citer pasal arnab, sebaliknya aku akan berkongsi kesukaan aku mengisi masa terluang dengan menanam pelbagai jenis pokok.. ada pokok bonsai, buah-buahan, herba dan tumbuhan tempatan, pokok hiasan (minat aku lebih kepada pokok keladi) dan tumbuhan hijau yang ditanam untuk memenuhi selera tekak sumer arnab kat belakang umah tu.

Bermula hari ni juga posting aku akan diselang-selikan dengan jenis2 pokok yang sedia ada kat umah aku nih. Perkongsian ini sekadar untuk rujukan sendiri dan juga berkongsi pendapat dengan penggemar pokok2 ni di luar sana.

Nama tempatan : pokok bunga kertas
Nama saintifik : bougainvillea spp
Warna bunga : ungu
Cara tanam : tunggul (diambil sekali dengan akarnya)
Tarikh diperolehi : 2010

Keterangan : aku bawak balik dari kampung ke Kajang masa raya haji 2010 aritu, nak 'bela' balik sebab tunggulnya dah dimakan anai2.. ditanam di dalam pasu besar untuk buat bonsai. Skang ni dah berdaun dan mula berbunga semula.