Pengikut

Memaparkan catatan dengan label balik kajang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label balik kajang. Papar semua catatan

Selasa, 25 Ogos 2020

Cuti awal Muharram 1442H

Hari Khamis minggu lepas Hari Kelepasan Am, cuti awal Muharram tahun 1442H. Anak-anak ajak balik Kajang sebab sekolah cuti katanya sampai 24 Ogos 2020. Aku apply cuti rehat sehari, dapat ler empat hari kat Kajang.

Otw balik kitorang singgah R&R Ulu Bernam, aku ambik mee wantan kicap ngan nasi ayam Hong Kong untuk anak-anak. Aku baru tau ada mee wantan kat sini, dah jadi favourite aku.. eheh

Lepas ni kalau balik Kajang mesti singgah.

Ni antara lokasi yang aku kerap pegi untuk breakfast kalau balik Kajang, Roti Canai D’Bukit kat Bangi. Sedap roti canai dia, aku kena roti kawin campoq dengan gulai kambing + teh tarik ais.. terangkat weii

Kali ni tak bawak anak-anak sebab orang ramai sangat, bersesak-sesak, tapau jer la untuk diorang. Aku keluar ngan biras aku jer.

Biasanya aku ngan biras aku ni dan adik ipar aku yang bongsu kerap tengok wayang kat GSC Putrajaya, samada di IOI City Mall atau Alamanda. Tapi balik kali ni takder plak citer yang menarik hati.

Balik kali ni banyak lepak kat rumah jer, anak-anak plak rajin keluar ke rumah mak-mak sedara diorang.

Layan jer la.. janji happy.

#kitajagakita#

Selasa, 4 Ogos 2020

Selamat Hari Raya Aidiladha


Raya Aidiladha tahun ni aku sekeluarga balik Kajang, kumpul ramai-ramai.. bergambar ramai-ramai.


Semua ada tahun ni, masing-masing raya sini.


Hasil merendang.. ada rendang daging, ayam, lemang ngan ketupat.



Coklat favourite aku dari Langkawi.. suh abang aku bawak dari sana.. eheh


Dua hari berturut-turut aku gi kena mee tarik Warisan Asli kat Metro Point, Kajang ni. First day dating berdua ajer.. aku order fried noodle with chicken, wife aku kena mee kari + iced lemon tea.


Second day repeat dengan parent in law aku plak. Kebetulan semua anak-anak keluar gi beraya.. habuan kitorang la.. eheh


Kali ni aku order wet mee with chicken + iced lemon tea.. semua aku suka.


Untuk yang menunggu kat rumah aku tapau KFC jer.. senang, budak-budak tu pun suka.

Patuhi SOP!!! #kitajagakita#

Selasa, 23 Jun 2020

Tinggal kenangan


Sangkar yang ni versi dah upgrade dari yang sebelum ni.. kebun sekangkang kera kat belakang rumah tu pun dah takder, semua dah naikkan simen.


Sangkar ni aku buat sendiri ngan abang ipar aku, kami buat guna angle iron.. modal lebih sket la..

Bahan yang dibeli angle iron, nat & screw dan coated mesh wire.. pastu pasang sendiri, maka jadilah sangkar arnab double storey.

Senang nak uruskan makanan ngan tinja arnab.


Tapi semua ni pun dah tinggal kenangan, lepas aku pindah ke Langkawi takde sapa nak jaga rabbitry ni.. so aku lego semua arnab yang ada.

Kat Sik ada arnab local sahaja.. boleh la buat stok makan.. eheh

Khamis, 18 Jun 2020

Rabbitry lama

Dah balik Kajang ni, teringat rabbitry lama aku, buat kat belakang rumah ajer. Bertukang sendiri dengan bahan terpakai, hanya beli paku ngan mesh wire.


Kat sinilah bermulanya Cool Rabbit dengan sepasang arnab local, kemudian beranak pinak penuh sangkar.


Hari cuti aku akan lepaskan budak-budak tu kat luar sangkar, bagi exercise dan dapat makan daun-daun rumput fresh kat luar sangkar.


Rumput napier pun ada kat bawah tu, gemuk-gemuk guna baja tinja arnab.



Keliling pagar tu aku tanam pokok peria katak, habuan tuan depa la.. eheh


Kalau hari cuti, aku boleh melayan bebudak nih dari pagi sampai petang kat sini, sambil  berkebun.. keluar gak peluh.

Syahdu..

Rabu, 17 Jun 2020

Raya kan sebulan

Minggu lepas berjaya balik Sik sorang diri, maka minggu ni depa ajak balik Kajang plak ramai-ramai. Ambik kesempatan teruss.. eheh

Mood raya lagi katanya, raya kan sebulan. Sambung plak ngan cuti rehat 2 hari.

Tq boss..

Balik Kajang ni dalam tempoh PKPP, maka x perlu mohon permit pergerakan PKP dah.


Tiga bulan dah terperuk kat rumah, happy ler dapat balik Kajang. 

Rabu, 3 Jun 2020

Chinese Muslim Restaurant @ Bangi

Antara restoran yg aku suka pergi kalau balik Kajang..



Kuey teow sup ngan wantan mi, antara favourite aku.. dari dulu lagi Chinese food ni amat membuka selera.




Budak2 ni pun sama, turun selera pak depa.. eheh

Sabtu, 18 Februari 2012

Teman baru

Masa balik Kajang minggu lepas, saja amik flight malam, nak rasa angin malam plak.. last2 sampai Kajang hampir pukul 2 pagi! Teksi punya hal.
Seperti yang aku janji aritu.. bawah ni antara gambar2 yang aku nak kongsikan ngan korang.
Suri.. masih bergetah seperti dulu.
Teman baru untuk Suri, baka angora jugak.. nama dirahsiakan oleh tuan barunya.
Sesi suaikenal.. terus melekat.
Yang ni pun baru masuk sini, dari baka flemish giant.. nama tak sempat diberi lagi.

Selasa, 7 Februari 2012

Kena lagi..

Baru minggu lepas aku balik Kajang, minggu ni kena balik lagi.. kerana tuntutan kerja kat HQ dan yang penting itulah sumber rezeki utama aku buat masa sekarang.
Yang bestnya dapat juga manja2 ngan arnab kat sini.. tiap2 bulan balik sini pun takpe, mana taknya semua ditanggung halal..
Boss kata pergi balik naik Air Asia, jimat duit. Aku memang suka naik Air Asia.
Sebabnya?
Buleh order makan kat atas tu.
Lagi?
Sapa yang pernah naik jer tau.. eheh
Ni masa balik Kajang minggu lepas.
Sempat melayan arnab kat belakang rumah tu.. sempat juga pergi cari rumput Israel kat tempat biasa tapi dalam dok kalut2 tu lupa plak nak ambik gambar diorang.
Balik kali ni dapat le tiga hari melayan bebudak tu, gambar pun dah ambik, nanti aku upload kat sini. Semoga segala urusan dapat diselesaikan dalam masa tiga hari ni dan selamat balik Langkawi. Lusa baru aku balik sana..

Isnin, 7 November 2011

Rindunyerrrrrr...

Hujung bulan lepas aku sempat balik Kajang, sebab ada urusan kerja kat Putrajaya.. amik kesempatan le jawabnya, melepas rindu kat semua arnab di Kajang tu.
Semakin menawan..
Korang tengok ler tu.. dah makin pandai posing.
Nanti kita jumpa lagi yer...