Hujung bulan lepas aku sempat balik Kajang, sebab ada urusan kerja kat Putrajaya.. amik kesempatan le jawabnya, melepas rindu kat semua arnab di Kajang tu.
Blog ni aku hasilkan untuk berkongsi minat membela arnab dengan peminat-peminat arnab di luar sana. Pada masa yang sama jugak aku akan berkongsi kesukaan aku yang lain-lain…
Ni cerita pasal si Telinga Satu yang aku dapat bulan April aritu..
Jarang ibu arnab cabut bulu selepas beranak tapi Dini jenis yang jarang tu la.. banyak cabut bulu bawah perut selepas dia beranak. Gambar ni aku ambik esok pepagi selepas dia beranak malam tu.
Comel kan?
Anak2 Tijah.
Anak2 Dini plak skang tinggal 3 eko... sumer kaler cam dia gak. Sumer anak arnab aku belum check jantina diorang lg.. bior ler besar sket.
Giant vs lop eared..
Ada beza tak? Ada kan…Bebudak nih lahir pd hri yg sama awal bulan aituh.. hri ni dah umo 21 hri..
Ari ni aku nak kongsi induk lop eared aku plak ngan korang, buat masa nie sepasang ni je lar yang aku ade.. hasrat hati memang nak tambah lagi. Yang ni aku bagi nama Dini, aku beli dari sorang breeder dari Selayang hujung tahun lepas. Dia pernah beranak sekali, banyak juga 8 eko. Aku terpaksa tumpangkan separuh anak dia kat ibu lain, sebab kurang susu. Pastu anak yang tinggal ngan dia aku buat manual feeding. Seko anak dia pun xde ngan aku skang kerana ada orang lain lebih berminat nak jaga...
Yang ni plak laki si Dini, nama dia Tapa. Aku dapat dari breeder yang sama kat Selayang tu, ganas jugak le si Tapa ni. Kalu aku lepas kat luar habis semua betina nak dikejarnya. Tapi aku sayang dia sebab dia manja ngan aku, tak pernah gigit aku, kalu orang lain aku tak tau ler... heheheh