Pengikut

Isnin, 12 April 2010

Induk angora

Ni Suri, satu-satunya induk angora yang aku ada. Dia ni induk yang sangat produktif dalam rabbitry aku. Aku beli dia ni dari sebuah pet shop sekitar Kajang awal tahun lepas. Sampai la ni dah banyak kali beranak, kalau tak silap aku dah 6 kali. Masa aku ambik gambar ni dia ada anak 5 ekor, lahir pada 25/3/2010.. kalau korang perasan belakang dia ada nampak nestbox tu, ha.. dalam tu ler anak dia. Nanti aku update anak dia lak, biar le besar sket.


Yang ni plak Resat, aku beli dari pet shop sekitar Kajang ni jugak awal Januari arituh, nak buat laki baru si Suri. Tapi tak sama tempat ngan Suri, lain-lain tuan. Banyak wehh pet shop kat Kajang nih. Masa beli arituh tuan asal dia kata dah 4 bulan, kiranya skang dah 7 bulan ler gamaknya. Muda lagi nih dia ni.. masih junior, baru mula nak menggatal, tapi kalau aku lepas kat luar sangkar tak cukup tanah dia lari kena kejar dek rabbit lain. Sebelum ni aku ada jantan angora memang laki Suri tapi dah otai sangat, apalagi aku potong buat sambal kicap... hehehehe (sedap woo).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan