Pengikut

Memaparkan catatan dengan label open house. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label open house. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Disember 2010

Rapunzel - tangled

Lama x tengok wayang ngan orang umah aku.. last pegi tengok citer nih, bulan Jun aritu.. lama kan?


Citer ni pun anak pompuan aku tuh nak sangat pegi, dia kata citer barbie.. dia tengok cam lebih kurang jer, aku cakap citer Rapunzel, dia kata barbie gak.. last2 aku yer kan ajer, maleh nak bertekak.. (dulu2 Rapunzel memang penah jadi barbie pown). Dia memang suka sangat ngan barbie tu, dari baju sampai ke kasut.. sumer Barbie, sampai beg sekolah dia pun mintak yang ada kartun tu.


Untuk citer ni korang buleh bawak budak2 sebab diorang letak dalam kategori U. Aku pilih yang 3D, puas ati ler tengok.. dari 5 bintang aku kasik 4.



Korang tengok ler aksi dia tuh.. suka sangat dia tengok citer nih. Alih2 dia minat kat watak si Flyn Rider tuh, bukannya Rapunzel.. boleh camtu?


Citer ni mengisahkan Rapunzel yang dilarikan oleh Gothel semenjak dia bayi lagi kerana rambutnya tu mempunyai kuasa yang membolehkan Gothel ni sentiasa muda, dengan syarat dia mesti nyanyi satu lagu (citer ni banyak lagu yang best2). Si Gothel ni pelihara Rapunzel sampai ler dia besar umo 18 tahun dan mengaku dia ibu kepada Rapunzel (Gothel ni bukan jahat cam ahli sihir tu, cuma dia sanggup lakukan apa saja untuk kelihatan muda). Dia dibesarkan di dalam sebuah menara yang tinggi dengan hanya ditemani oleh seko haiwan peliharaannya, sejenis chameleon yang buleh bertukar2 warna tu (Pascal).


Rapunzel yang asyik kena kurung jer mula memberontak untuk keluar dari menara tempat tinggalnya supaya dia dapat melihat sendiri ‘lampu terbang’ (tanglung) yg dilepaskan di satu tempat hanya setahun sekali oleh raja sebuah negeri. Dia berasa hairan kerana kebetulan tanglung ni akan dilepaskan ke langit hanya pada hari lahirnya.


Pengembaraan si Rapunzel ni akhirnya menjadi kenyataan dengan bantuan sorang pencuri, Flynn Rider aka Eugene Fitzherbert yang menjadi buruan askar2 dan seko kuda diraja, Maximus (akhirnya jadi kuda tunggangan Flynn Rider).


Apa jadi lagi?


Biasa ler citer kartun mcm ni.. happily ever after, yang lain2 korang pegi ler tengok sendiri.


p/s Kedua2 eko menatang dlm citer ni memang kelakar, si Pascal ngan Maximus tuh.. puas aku tahan gelak dlm panggung wayang (aku x tahan dia lawan pedang ngan Flynn Rider kat empangan yang hampir nak runtuh tu)



Balik tu ada makan2 free plak.. jiran sebelah umah wat kenduri doa selamat, kena nasi beriani… burpppp, kenyang sampai esok pagi.


Jumaat, 8 Oktober 2010

Open house lagi

Ari ni opis aku plak buat open house.. asyik pegi tempat orang jer kan..

Dah banyak open house aku pegi.. ntah berapa kali aku x ingat dah.

Cam hobi plak pegi makan2 kat umah terbuka ni.. abih, dah orang jemput.. kena ler pegi. Tak baik tau hampakan jemputan orang.. ehheh

Cam biasa, mula dgn buah..


Aku serbu gerai mee kari dulu.. layan diri.

Raya mesti ada ni.. lemang ngan rendang ayam.

Sate ayam ngan daging.. 3 cucuk cukup ler, banyak lg yg lain nak amik nih…

Baru dapat nasi.. nasi tomato..

Belum kenyang lg ni.. buleh masuk lg.

Aku pantang jumpa yg ni.. kalu ada, x pernah aku ‘miss’

Hirisan kambing golek campur salad ngan roti bakar.. aku tengok gambar ni pun dah lapar balik.

Hampir2 nak kenyang…

Relax dulu.. sambil sembang2 ngan member, ari ni boss sporting.. x marah2 kalu lepak2 sambil makan.

Pastu sambung ngan nasi ni plak.. nasi beriani campur kari kambing.

Burpppp.. aku kekenyangan, relax lagi..

Antara laksa yg sedap aku penah makan..

Order kat mana ni wehh.. lupa nak tanya, nnti senang nak pegi cari lagi.

Kat bwh ni sumer ‘dessert’.. x larat dah.

Dadih ngan ‘fruit cocktail’

Rojak buah

Nak tutup dah ni.. kena cendol pulut plak.

Teringat aku zaman sekolah dulu2.. depan sekolah ada jual benda ni. Mesti kena punya.

Sambil2 jalan nak balik opis tu, aku sempat sambar yg ni.. ais krim potong.

Ari ni aku betul2 kekenyangan.. kenyang sampai esok pagi.

Besok pepagi kena jogging wehh… Orang umah dah tegur, badan dah makin berat!!!

Berat??????

Sabtu, 18 September 2010

Open house #1 dan #2

Tengah siap2 nih.. Open house nih betul2 kat depan umah aku, anjuran JKKKP Kg Jambu dgn kerjasama sumer penduduk sini.. meriah tul, xyah pegi jauh2.. satu2 aku angkut mkn kat dlm umah.. eheh
Hri ni memang betul2 open.. korang tengok ler sendiri

Aku mula dgn yg nih.. mee goreng ngan pasembor, penang mai.

Laksa campur ngan petis udang


Ini baru nama makan..

Ikut jam : nasi beriani campur ngan acar timun, ayam masak merah, tembikai, daging lombu, sambal ikan keli goreng, dalca dan papadom.










Lepas ½ jam kekenyangan, aku sambung balik dgn yg nih plak..

Kambing golek kena ngan ‘black pepper sauce’ campur salad sket.. diorang golek2 kat situ gak, puas ler makan.. 2 eko beb!

Yg nih baru rasa hari raya..

Ada rendang ayam, lemang, rendang daging, sate ayam ngan sate daging.. fuhhh

Kue tiaw kerang.. amik, jgn x amik


Aku tutup ngan cendol dan roti bom.

Dah last nih.. kenyang tahap x ingat. Aku rasa kenyang sampai besok pagi nih.

Rupa2nya petg tuh org umah aku bagitau boss dia wat open house jugak mlm nih.. x pegi karang apa plak kata org tua tuh.. lepas jer maghrib kitorang terus ke umah boss dia kat Jln Gasing, PJ.

Kat sini pun macam2 ada.. aku?

Dah x larat wehhh.. siang td dah melantak macam2, mlm nih aku cool ajer.. wat ‘sightseeing’.