Pengikut

Khamis, 24 Mac 2011

Ulam raja


Nama tempatan : ulam raja
Nama saintifik : cosmos caudatus
Cara tanam : biji benih

Keterangan : kebiasaannya pokok jenis ini ditanam sebagai hiasan di halaman rumah, boleh mencapai sehingga satu meter tinggi dan mempunyai banyak cabang di bahagian atas. Ada yang bunganya berwarna kuning tapi jenis ini tidak boleh dimakan, manakala jenis yang bunganya berwarna merah jambu boleh dimakan mentah sebagai ulam. Berdasarkan pakcik wiki, ia mengandungi 3% protein, 0.4% lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A. Arnab pun suka makan wehhh... arnab aku kalau dapat ulam raja tak pernah tolak punya.

Kegunaan : amalan memakan ulam raja dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksik dan menguatkan tulang. Selain itu juga dipercayai boleh mencuci perut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan