Pengikut

Rabu, 9 Mac 2011

Dini kembali beraksi

Seperti kebiasaan sebelum masuk tidur aku akan menjengah sebentar arnab2 yang ada kat belakang umah tuh.. untuk bermanja2 dan menambah makanan pada yang masih kelaparan. Biasalah diorang ni, tengah2 malam lagi kuat melantak.

Sampai sangkar Dini aku perasan bulu2nya yang telah dicabut berselerakan di hujung nestbox tanpa disusun cantik dan ada beberapa ekor anak2nya kat dalam tu.. yehhooooo..

Sebenarnya dah dua tiga hari aku masukkan nestbox, tapi jangkaannya minggu depan baru nak beranak. Saja aku letak nestbox awal2 untuk dia menyesuaikan diri, alih2 malam ni beranak dia, 6 ekor beb.. rekod tertinggi Dini sebelum ni 8 ekor.

Dini keletihan selepas penat beraksi.

Gambar ni aku snap lebih kurang jam 11.30 malam tadi.. rasanya dia baru lepas beranak sebab anak2nya nampak basah lagi dan ada saki baki uri yang dia tak habis makan kat situ. Ada seko dua yang nampak kecil, tapi aku harap semuanya dapat hidup sihat dan membesar bersama-sama.

2 ulasan:

  1. uih...banyak btol dia branak. nie mmg arnab yg sgt subur

    BalasPadam
  2. kadang2 banyak anak.. kadang sikit.. tak tentu jugak

    BalasPadam