Pengikut

Memaparkan catatan dengan label manual feeding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label manual feeding. Papar semua catatan

Isnin, 31 Januari 2011

Ibu tumpang

Pagi tadi aku tengok anak2 Dora ni kurus2 jer, tak cukup susu.. nak bagi kat Suri anak dia pun lima ekor gak, nak tinggal ngan Melly plak anak dia yang seko tuh dah besar (seko2 dia melantak susu, mana tak cepat besarnya).

Aku ambik keputusan buat manual feeding ngan Melly, sebab dia banyak susu.. pastu asingkan, kiranya Melly jadi ibu angkat diorang ler.

Korang tengok ler tu.. bolat2

Baru berisi sket bebudak nih.

Jumaat, 3 September 2010

Anak-anak Mili hari ke7


Mili skang dah ok.. dia meroyan kejap jer arituh. Skang nih dia dah sayang sumer anak2 dia.. aku dah bg anak2 dia balik, tp 2 kali jer sehari. Aku teruskan ‘manual feeding’ sumer anak2 dia. Nnti kalu diorang dah umo 2 minggu dan dah bukak mata aku bgi terus kat dia.. sabar yer Mili..

Kalu korang perasan hanya ada 4 eko jer anak dlm gamba kat atas tuh… yup! Aituh ada 2 eko anak dah kurus sangat.. seko dah xde, seko lg aku tumpangkan terus ngan Suri. Setakat arinih aku jenguk sesekali nampak ok jer .. harap2 buleh hidup dgn sihat.

Haa.. Mula2 aku nak pujuk si Mili nih aku umpankan dia ngan buah betik masak ni ler (dia paling suka buah nih).. laju jer dia makan.. tp buah betik ni xleh selalu2 bg, skang nih aku umpankan ngan rumput Israel plak.. sampai ler arinih.

Rabu, 1 September 2010

Mili buat hal


Mili wat hal plak.. masuk hri kedua aituh, ntah apa meroyan nyer dia pegi buang separuh bulu dia dlm nestbox tuh keluar. Pastuh anak2 dia dibiarkan kebulur.. x diberinya minum susu.

Ah! sudah.. apa aku nak wat nih, kesian budak2 tuh.. kurus2 x dpt susu. Nak ditumpangkan ngan Suri, anak2 dia pun nak susu gak.

Aku amik dan asingkan.. kendian cepat2 wat 'manual feeding'.. lgi satu masalah, Mili lompat2 x nak bg susu.

Camne nak wat nih? Pikir punya pikir, xder cara lain.. aku terpaksa gak tumpangkan diorang ngan Suri, tp x tumpang terus. Aku tumpangkan masa nak bg susu jer, pastuh aku masukkan diorang dlm bakul kecik.. kendian simpan dlm 'pet carrier' aku tuh.

Nak pujuk si Suri nih aku umpankan dia ngan buah epal, kadang2 ngan daun mulberry dan rumput Israel.. buat masa skang anak2 angkat dia nih dah makin aktif.. lega aku.

Esoknya bila keadaan dah cool down, aku wat sesi kaunseling ngan Mili nih.. tp dia berahsia sangat, x nak citer masalah dia. Nak kata stress, mkn x ingat dunia plak.. xper nnti aku siasat lgi.