Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Rex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rex. Papar semua catatan

Isnin, 2 Mei 2011

Hari ke-8


Gambar ni masa diorang umur 2 hari.. bulu pun takder lagi, tapi pattern tu dah nampak sikit2.


Baru lepas menyusu.. kalau dah kekenyangan tido jer la kejanya.

Hari ni umur diorang dah masuk 8 hari, belum buka mata lagi. Rasanya 2, 3 hari lagi mula buka ler tu.

Selasa, 26 April 2011

Kelahiran terkini


Hari ni Dora dah jadi ibu lagi.. cer korang kira ada berapa?

Bukan dua, bukan tiga.. tapi empat ekor. Kali ni dengan selambanya Dora beranak atas lantai kat luar nestbox, tak cabut bulu sikit pun. Kelam kabut aku cari sarung tangan plastik dan kutip anak2 dia seko2 masukkan dalam nestbox.

Pagi ni perut anak2 dia masing2 bulat penuh susu, nanti petang balik kerja aku pegi usha lagi.. tengok dia bagi susu ke tak.


Kebetulan semalam mama aku pangkas pokok malberi, memang rezeki si Dora ler jawabnya. Sebakul dapat daunnya, bagus untuk tambah susu nih.. tinggi protein.

p/s hari ni jugak aku dapat rasakan ketul2 dalam perut si Suri.. moga ketul2 yang ada tu betul2 berisi, nanti aku update dengan korang.

Jumaat, 22 April 2011

Bunting berat


Dora sekarang ni tengah bunting berat, makan pun tak lalu.. aku bagi pellet dia makan sikit jer, kalau dapat macam2 jenis daun baru dia suka. Haishhh.. dia ni kalau bunting mengidam macam2, sabor jer la.

Aku dah gagau perut dia.. ada la dua, tiga ketul. Sikit hari lagi beranak ler tu.

Selasa, 8 Februari 2011

Late supper

Malam tadi bebudak tiga orang tu takder kat rumah, ikut Mak Wan diorang jalan2, pegi rumah atuk sedara katanya.. apalagi ajak orang umah dating berdua kat tengah2 kajang nih.

Kat mana?

Haa.. kat sini jer.

Maleh nak makan nasik malam ni, cari McD.. feveret aku Double Cheeseburger, orang umah nyer Spicy Chicken McDeluxe, itu jelah yang dipesannya kalau datang sini.

Citer pasal arnab plak.

Masa balik Sik aritu aku terpaksa bawak balik Melly ngan anak2nya yang enam ekor tu sekali. Melly hanya bagi susu kat anaknya sahaja, lagi lima ekor anak angkatnya tu kena buat manual feeding.. kena pegang.

Gambar masa kat kampung.

p/s nanti aku update pasal anak2 Suri plak.

Selasa, 1 Februari 2011

Adik beradik susuan

Beza kan? Padahal jarak seminggu jer..

Anak kandung Melly (yang besar tu) skang dah masuk hari ke11.. hari ni mata dah mula buka sikit2. Jantina aku belum check lagi, biar besar sket lagi baru boleh belek2.

Adik2 angkat dia plak baru masuk hari ke4, setakat hari ni nampak aktif jer.. penangan susu badan dari Melly (hanya dua kali sehari). Tapi lepas menyusu aku terpaksa asingkan bebudak nih, kalau dok sekali alamat tak dapat susu ler yang kecik2 tu.

p/s cuti raya Cina ni anak2 ajak balik kampung kat Sik, dah rindu dengan opah diorang katanya (aku yang tak sesabo nak balik sebenarnya, boss pun dah approve cuti tambahan.. eheh). Pepagi besok kitorang gerak, semoga selamat pergi dan balik.. aminnn

Isnin, 31 Januari 2011

Ibu tumpang

Pagi tadi aku tengok anak2 Dora ni kurus2 jer, tak cukup susu.. nak bagi kat Suri anak dia pun lima ekor gak, nak tinggal ngan Melly plak anak dia yang seko tuh dah besar (seko2 dia melantak susu, mana tak cepat besarnya).

Aku ambik keputusan buat manual feeding ngan Melly, sebab dia banyak susu.. pastu asingkan, kiranya Melly jadi ibu angkat diorang ler.

Korang tengok ler tu.. bolat2

Baru berisi sket bebudak nih.

Ahad, 30 Januari 2011

Dora beranak sulung

Pepagi lagi aku dah pegi jenguk si Dora nih.. semalam bersungguh beno dia pulun buat sarang. Korang tengok ler tuh, Dora dapat anak kembar.

Kembar lima jugak cam Tijah ngan Suri..

Tak cukup? Empat ekor jer?

Tu haa.. lagi sekor, lari dari adik beradik dia yang lain.. cari ibu dia, nak mintak susu gamaknya.

Ini kelahiran sulung buat Dora, aku harap dia pandai jaga anak2 dia..

p/s hari ni hujan dari pagi sampai petang kat Kajang, aku petik jugak daum malberi nak bagi kat Dora, tapi jemur dulu la kat dalam umah.. biar kering dulu, malam karang baru bagi.

Sabtu, 29 Januari 2011

Tanda-tanda awal

Naluri setiap ibu arnab yang sedang bunting sama ada dalam keadaan liar mahu pun arnab yang dibela di dalam sangkar akan menyediakan sarang yang selesa untuk anak2nya pada hari2 terakhir tempoh bunting, kebiasaannya pada hari ke32 (ada juga ibu yang buat sarang seawal 10 hari dari tarikh akhirnya untuk beranak) si ibu cenderung untuk mengutip segala bahan2 kering yang terdapat di sekitarnya dan mencabut bulu bawah perut lalu disusun cantik di dalam nestbox (sesuai dimasukkan pada hari ke29 supaya si ibu dapat menyesuaikan dirinya lebih awal dengan nestbox tersebut.. simpanlah rekod!!).

Malam ini untuk memenuhi tuntutan naluri tersebut, Dora mula mengutip rumput kering yang aku sediakan semenjak tiga hari lepas dan disusun dengan sedikit bulunya di dalam nestbox kepunyaan Tijah dahulu. Memang hari ni hari ke32 tempoh buntingnya dan aku dapat rasa ada 'ketul2' gak dalam perut dia.. kalau tak malam ni, besok ler gamaknya dia beranak.

Dora kelihatan selesa dengan nestbox kayu nih.. lantainya aku buat dari dawai 1 x 1/2 inci, dinding kotaknya dari kayu setebal 1 inci dan berat supaya tak mudah terbalik.

Khamis, 14 Oktober 2010

Koleksi terbaru - Rex


Bakal induk baru dlm rabbitry aku neh.. aku bagi nama Dora, dari jenis Rex.

Dah lama aku nak dapatkan jenis ni, bulu paling pendek dan selembut baldu.. sekarang baru dapat, diorang ni ler yg membuatkan aku terlebih lepak kat belakang umah tuh.


Ni teman sehidup semati dia, namanya Donnie.. dua2 eko ni masih dara dan teruna walaupun umur dah cecah lapan bulan. Aku dah cuba kawinkan diorang tp si Dora tuh masih jual mahal.. aku tengok Donnie ni hensem gak, mantop ler kata orang.. bila2 pun nak ajer.