Pengikut

Memaparkan catatan dengan label netherland dwarf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label netherland dwarf. Papar semua catatan

Ahad, 29 Januari 2012

Pasangan sejoli

Arnab dua sejoli


From Kajang with love..


Kalau korang ingat lagi ni la Sunny.. ND kesayangan aku kat Kajang dulu, didatangkan khas buat peneman sesangkar si Sally kat Langkawi nih..

Aku paksa mak mentua aku bawak dari Kajang masa dia datang sini ari raya Chinese New Year aritu. Kebetulan diorang datang Perlis sebab nak angkut barang2 adik ipar aku yang dah abis study kat UiTM Arau, pastu terus nak jalan2 kat Langkawi ni.. ambik kesempatan le tumpangkan Sunny ke sini.. eheh.

Buat masa sekarang ni diorang dok asing2 lagi, tunggulah dulu si Sally dah abis pantang dan baik betul baru boleh dipasangkan. Aku tengok Sunny mula menggelisah semacam je, mana idaknya jiran sebelah awek cun..

P/s : pagi ni kena balik Kajang jap, flight kul 11.25 karang sebab ada urusan kerja.. kejap jer esok dah balik sini, buleh le lepas rindu kat arnab sana plak.

Selasa, 24 Januari 2012

Pengalaman pertama..

Pengalaman pertama kepada si Sally, langsung tak cabut bulu.. dia beranak lima ekor pada petang raya pertama Chinese New Year aritu, tapi semuanya tak hidup.

Kebetulan pagi tu family mentua aku datang dari Kajang.. petangnya ramai2 kitorang pergi mandi-manda kat Pantai Cenang, balik aje ke rumah aku tengok dia dah selesai beranak tapi semua anak2nya dah keras dalam nestbox.

Bukan rezeki Sally lagi untuk jadi ibu mithali..


Dua ekor yang pertama..



Yang sekor ni macam tak cukup umur je..

Lagi dua ekor aku tak sanggup nak tunjukkan gambarnya.

Aku harap Sally tak meroyan dengan kehilangan lima ekor anaknya ni, sebabnya aku dah dapatkan pasangan sejoli untuk dia.

Hensem ke tak?

Boleh tahan la.. nanti aku citer lagi.

Rabu, 18 Januari 2012

Hati berbunga-bunga..

Dah tiga hari aku masukkan nestbox 5 minit yang aku buat sebelum ni kat dalam sangkar Sally, sebabnya aku tak tau bila duenya..

Dalam dok kalut pepagi semalam bersiap nak pergi kerja, orang umah plak tengah siapkan anak2 nak ke tadika, si Sally kat luar tu pun sibuk dok buat sarangnya.


Tengok ler tu.. sedang gigih buat kerja.


Hati aku mula berbunga-bunga..

Ada hasil ke tak?

Tunggu...

Ahad, 8 Januari 2012

Lepas gian..

Lama aku tak update blog nih.. sesekali nak bercerita perkembangan arnab kat Kajang nun, kena balik sana la jawabnya. Untuk makluman korang sekarang ni aku dah tak banyak bahan sebenarnya untuk diceritakan sebab kesemua arnab kat sana aku lepaskan tanggungan kepada abang aku yang sama2 berminat ngan arnab ni.

Semenjak dua tiga hari lepas kat Langkawi ni tangan aku mula gatal nak bermanja-manja ngan arnab semula. Bermula hari Sabtu aritu aku beli sekor induk ND yang baru nak matang.


Tada.. aku perkenalkan Sally si ND.

Tuan asalnya cakap dah masuk tujuh bulan dan tengah bunting pun, pengalaman pertama sebenarnya untuk Sally nih.

Dengan ilmu yang tak seberapa yang ada pada aku, dapat la rasa seketul dua dalam perut dia. Masalahnya aku tak tau bila due si Sally ni, apa pun aku prepare le jugak nestboxnya.. buatan sendiri untuk waktu2 kecemasan, aku panggil nestbox 5 minit. Nanti aku citer bahan apa yang aku guna.


Selamat tahun baru!! (terlambat sket yer) Semoga semangat korang masih berkobar-kobar untuk terus berkecimpung menternak arnab. Aku dapat lepas gian ngan sekor ni pun jadi la.

Isnin, 9 Mei 2011

Buah hati terbaru


Anak arnab terbaru kat rabbitry aku nih, baru masuk sini dan bakal dijadikan induk pada masa depan.. jantina betina dari baka ND, dapat kat Sunny ler jawabnya nanti.

Sabo yer Sunny, bawah umur lagi ni.


Aku bagi nama Nelly, umur baru 2 bulan.. warnanya putih tapi ada tompok2 kelabu. Harap2 serasi kat sini dan dapat mebesar dengan sihat. Setakat ni nampaknya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kat sini.

Khamis, 20 Januari 2011

Giliran pasangan ND

Hari ni Sunny ngan Lily minta nak keluar.. giliran diorang plak katanya. Kebetulan ari ni cuti Thaipusam, aku biarkan kat luar sampai petang. Suka bebenor diorang main kejar2 kat dalam kawasan sekangkang kera tu.

Baik punya pasangan ND nih bersantai kat bawah pohon pecah kaca...

Jumaat, 8 Oktober 2010

'DOA'

Sementara menunggu orang umah aku bersiap nak pergi keja, aku sempat pegi jenguk 'progress' si Lily nih..

Apa citer?

Aku yg x saba2...



Bulu dia dah penuh kat dlm nestbox.. Lily dah beranak..


Tapi.. Tapi..



Aku perasan seko dah keras xder nyawa.. aku angkat, snap gambar (kaler dia sebijik cam bapaknya si Sunny tu), bungkus.. tanam. Semoga bersemadi dgn aman..

Aku jenguk lg.. langsung xder pergerakan dlm nestbox tuh.. aku amik sebatang ‘chopstick’..

Kuis..

Kuis lagi..

dan lagi... mphhhh.. itulah jelah seko anak dia.

Aku biarkan Lily sendirian.. melayan perasaan, jangan dia meroyan udah.

Khamis, 7 Oktober 2010

Lily mula buat sarang

Malam ni Lily dok pulun wat sarang.. aku masukkan paper, dia kutip.. aku masukkan rumput napier kering pun dia kutip, masukkan dlm nestbox tuh. Cuma bulu bawah perut jer dia belum cabut..


Nestbox dia aku masukkan hari Ahad aritu (hari ke29).. tp dia buat macam xder paper. Nak kata bunting palsu, aku rasa cam ada isi dlm perut dia.

Kalu ikot ‘due’ dia dah terlebih.. tunggu jelah besok..

Khamis, 30 September 2010

Lily dah bunting

Aku rasa baru jer aku masukkan Sunny kat dlm rabbitry aku neh.. 5/9 aritu dia masuk sini, tp dah buat macam rumah sendiri.. terus mengganas, kebetulan plak si Lily ni tengah dok gatal nak berlaki.. tanpa ada paksaan, dia menyerah diri dgn sukarela. Mana taknya, dpt abang hensem..

Ini ler hasil dia.. Lily skang dah masuk minggu keempat, tengah bunting berat.. 'due' dia minggu depan..

Berapa ekor?

Tungguuuu...

Selasa, 7 September 2010

Koleksi terbaru - ND

Koleksi terbaru dlm rabbitry aku..

Ni aku bagi nama Sunny.. dpt dri Adlynnanggoras, Kota Damansara hri Ahad aituh. Siap pakej ngan 2 eko arnab.. tq Adlyn n Adam for the lovely rabbits (sayang plak nak wat rendang.. eheh).

Yg nih Lily.. partner si Sunny. Masih dara lgi dia nih.. sbb sebelum ni seko2 dia jer jenis ND dlm rabbitry aku neh. Skang dah ada kawan.. siap ler ngko.

Dua2 eko nih anggaran umo 7 - 8 bulan, sedang elok utk dikawinkan..