Pengikut

Memaparkan catatan dengan label makanan tambahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makanan tambahan. Papar semua catatan

Ahad, 17 April 2011

Pokok anggur


Nama tempatan : anggur
Nama saintifik : vitaceae vitis L
Cara tanam : keratan batang dan kaedah tut

Keterangan : terdapat pelbagai jenis pokok anggur, antara yang biasa ditanam di Malaysia termasuk dari variety Isabella, White Malaga, IAC, Muscat dan sebagainya. Warna buahnya plak kalau ikut pakcik wiki macam2 ada.. ada warna hitam, biru, keemasan, hijau, ungu, merah, merah jambu, perang, kuning kemerahan atau putih. Anggur yang aku tanam ni jenis buahnya warna hijau tapi sampai sekarang tak pernah berbuah lagi. Dok kutip daun jer la, bagi kat arnab.. eheh..

p/s semua arnab aku kat belakang rumah tu cukup suka daun anggur nih.. diorang tak kisah kalau dijemur dulu, tapi bagi induk yang dah besar tu lagi suka yang fresh.

Khamis, 24 Mac 2011

Ulam raja


Nama tempatan : ulam raja
Nama saintifik : cosmos caudatus
Cara tanam : biji benih

Keterangan : kebiasaannya pokok jenis ini ditanam sebagai hiasan di halaman rumah, boleh mencapai sehingga satu meter tinggi dan mempunyai banyak cabang di bahagian atas. Ada yang bunganya berwarna kuning tapi jenis ini tidak boleh dimakan, manakala jenis yang bunganya berwarna merah jambu boleh dimakan mentah sebagai ulam. Berdasarkan pakcik wiki, ia mengandungi 3% protein, 0.4% lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A. Arnab pun suka makan wehhh... arnab aku kalau dapat ulam raja tak pernah tolak punya.

Kegunaan : amalan memakan ulam raja dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksik dan menguatkan tulang. Selain itu juga dipercayai boleh mencuci perut.

Rabu, 23 Mac 2011

Rumput napier


Nama tempatan : rumput napier
Cara tanam : keratan batang / ruas.. senang hidup dan cepat membiak.

Keterangan : kebanyakan arnab kat sini suka makan yang fresh.. tapi untuk anak2 bawah dua bulan korang jemur ler sekejap. Biasanya aku potong waktu pagi sebelum pergi kerja, balik nanti baru bagi.

Isnin, 21 Mac 2011

Pandan

Hari ni aku nak berkongsi plak tentang tumbuhan hijau yang menjadi kesukaan arnab2 kat belakang rumah tu...


Nama tempatan : pandan
Nama saintifik : pandanus amaryllifolius
Cara tanam : korang campak jer batang / sulur pandan yang tak abih guna tu.. kejap je tumbuh nanti. Biasanya ia akan membiak melalui anak2 yang tumbuh dari rizomnya.

Keterangan : pandan ni banyak digunakan secara meluas dalam masakan tempatan kerana aromanya yang wangi.

Kegunaan lain : dari segi kesihatan, daun pandan juga boleh dicampur dalam air teh untuk masalah angin dalam badan dan pencernaan. Banyak juga digunakan dalam pembuatan bedak sejuk.

p/s ada arnab suka makan daun pandan yang fresh.. untuk anak2 bawah umur dua bulan, jemur dulu biar layu sket.

Ahad, 27 Februari 2011

Makanan tambahan - lobak merah

Lobak merah!!

Antara makanan tambahan kesukaan arnab2 kat belakang umah tuh.. hanya sesekali sebagai treat untuk tambahan nutrisi yang pelbagai dalam diet diorang.

Tak sesuai jugak kalau diberi tiap2 hari, kerana mempunyai kandungan gula yang agak tinggi.

Setau aku lobak merah ni dari jenis ubi.. sebab dok dalam tanah, tapi pakcik wiki letak dalam kategori sayur-sayuran.

Isnin, 8 November 2010

Makanan tambahan – buah-buahan

Bawah nih antara jenis buah-buahan yg aku pernah bagi kat induk arnab. Tak kira jantan ke betina, sumer suka buah2 nih.. bagus utk kesihatan katanya. Biasanya aku bagi dlm kuantiti yang sikit jer, takut tercirit plak kalu makan banyak2.

Buah betik ni buleh dipotong dadu.. bagus utk arnab yg terkena ‘wool block’.


Buah lai..

Buah mulberry masak.. kalu buat jem, kena plak ngan roti.. fewwww… pastuh tiap kali berbuah konfem arnab korang x sempat nak merasa buah dia, tuan dia dok kutip makan.. eheh

Raya aritu mama aku sempat wat ‘mulberry cupcake’, masuk raya kedua dah abih.. ramai yg suka.

Buah mangga masak.. Aku pun tak tahan ngan buah ni, kalu 3 biji camni.. kejap jer abih.

Ahad, 17 Oktober 2010

Sebelum dan selepas

Rumput napier ni aku tanam bulan lapan aritu (sini), aku gembur ngan tinja arnab.. baekk punya.


Skang dah jadi cam ni.. sedia untuk dipotong bagi kat induk arnab, diorang suka yang fresh.. untuk anak2 arnab plak aku jemur dulu, biar kering jadi macam ‘hay’…

Khamis, 19 Ogos 2010

Makanan tambahan - hampas kacang soya

Bulan posa nih aku banyak dpt hampas kacang soya.. kalu korang nak tahu hampas soya nih tinggi sumber protein dia. Sbb tu elok utk ibu bunting ataupun sedang menyusu anak.. banyak susu dia nnti.



Camana aku buat? Biasanya aku goreng tanpa minyak lebih kurg 15 minit (kalu basah buleh lajak sampai 20 minit).. sambil tuh buleh masukkan garam sket secukup rasa, xyah bebanyak. Tp goreng jangan sampai kering sangat, nnti arnab kerap tersedak masa makan. Setakat nih sumer arnab aku x penah tolak kalu dapat benda nih.. abih licin diorang makan.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Tanam semula

Nie le koje aku kalu time cuti.. buat tanaman semula. Buat masa skang nih 2 pokok ni yg aku kerap potong dan jemur buat mcm hay. Anak2 arnab bwh 3 bulan aku bg yg dah kering.. utk elakkan diorang sumer mendpt cirit-birit. Kalu bapak ngan ibu arnab aku selalu bg rumput Israel ngan selaput tunggul camtu jer...

Rumput napier yg sedia ada

Tanam semula.. utk generasi akan datang

Yg nie plak pokok mulberry.. aku tanam kat depan umah, nie baru lepas kena pangkas ranting dia

Yg dah kena pangkas td aku semai balik kat dlm pasu.. ada yg aku masukkan terus kat dlm polibeg utk tanam kat belakang umah plak. Daun2 dia ada yg aku jemur sampai kering utk anak arnab, yg kaum bapak ngan ibu2 xyah jemur pun.. diorang memang suka mkn yg fresh.

Sabtu, 24 Julai 2010

Makanan tambahan – tumbuhan hijau part II

Bawah nih antara jenis2 rumput yg aku tak tanam kat belakang umah, memang xder pun kat belakang umah aku tuh.. biasanya aku potong kat tepi2 jalan nak masuk kawasan umah aku nih. Rumput2 ni senang tumbuh dan cepat membiak terutama kat kawasan tanah terbiar. Kalu kat kg aku rumput2 nih cukup banyak kat dalam kebun getah. Setakat ni arnab aku x pernah tolak 2 jenis pokok nih, diorang makan sampai abih..

Rumput Israel (arnab suka makan yg fresh)

Selaput tunggul (arnab suka yg fresh gak).. tip dr rakan ternak cool rabbit (dr kg), kerap bg daun nih utk arnab cepat membiak.. (dr pengalamannya sendiri).

Ada lagi jenis2 rumput dan pokok herba yg tumbuh belakang umah aku tuh yg arnab aku suka makan. Kat bawah nih antara yg aku sempat tengok diorang makan. Tp xder la banyak sangat, mungkin utk nak buat ubat kot (pandai jer aku… eheheh).


Rumput maman (rumput ni org Kelantan suke wat jeruk, kat Negeri 9 diorang suke wat masak gulai.. sedap wooo)


Herba dukung anak (bagus gak kalu sesaper ade gout tuh, rebus ngan akar2 sekali)

Daun pandan (arnab suke yg fresh).. ada lg rakan ternak cool rabbit (sekitar kajang) bg tip kalu arnab kerap makan bulu (bulu sendiri atau bulu rakan sesangkar) buleh bg daun pandan nih, utk tingkatkan sumber protein katanya. Cool rabbit tambah sket.. kalu anak arnab bwh 3 bulan daun pandan tuh jemur dulu bwh panas matahari 1 hari, kalu umur lebih 3 bulan buleh bg fresh camtu jer…

ok geng.. nanti kalu ada lg info2 yg aku bleh kongsi ngan korang sumer nnti aku post kat sini lg.. selamat berternak dengan penuh kasih sayang.. haiwan ternakan anda amat memerlukan perhatian sebaiknya...

Ahad, 25 April 2010

Makanan tambahan - tumbuhan hijau

Bawah nih antara pokok2 yg aku tanam sekitar luar sangkar arnab kat belakang umah aku tuh. Kesemua pokok nie aku amik dan jemur dulu sampai layu sket, baru bagi diorang makan. Selalunya x penah ler diorang tolak, elok jer makan sampai abih.

Rumput napier (ada arnab suka makan yg fresh)

Pokok mulberry (buah dia pun arnab suka.. yg dah masak ler)

Daun betik (kena jemur sampai kering spy getahnya hilang.. buah dia pun arnab suka gak)

Ulam raja (arnab suka makan yg fresh)

Ada jugak pokok2 yg tumbuh sendiri kat belakang umah aku. Pokok2 nih aku x amik bg diorang makan dlm sangkar tp diorang pilih sendiri kat luar sangkar. Kalu aku lepaskan sumer arnab nih kat luar, berselera jer diorang pelahap daun2 pokok nih. Mcm tu jugak ngan pokok2 herba yg sesuai ngan arnab terutamanya dlm musim yg x menentu skang nih.

Daun kunyit

Keladi lambuk (keladi nih aku pun suka, sbb x gatal)

Pokok pecah batu / pecah kaca

Pokok herba ati2 hijau (kat kg aku diorang panggil pokok kapur barus)