Pengikut

Memaparkan catatan dengan label anak arnab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak arnab. Papar semua catatan

Selasa, 7 Julai 2020

Anak arnab

Balik kampung aritu tengok ibu arnab kat rumah abang aku dah beranak, seminggu lebih dah. Semua dah buka mata. Ada ler 5 ekor.


Comel-comel kan semua. Rasa nak ambik bawak balik.. eheh


Sekarang payah sket aku nak membela, nanti-nanti lah aku bawak balik sekor dua, buat peneman.

Penaik semangat.. giteww


Suka dia dapat keluar sangkar, lari punya la laju..


Anak-anak aku la paling geram.. nak dipicit-picit anak arnab ni, sebelum jadi apa-apa, aku masukkan balik dalam sangkar.

Isnin, 18 Julai 2011

Berdua lebih baik

Allo geng.. hari ni baru sempat aku post citer pasal arnab nih.. sibuk mengalahkan menteri. Nanti aku citer kat korang mana aku hilang sebulan ni. Kita sambung kisah si anak Suri yang lahir bulan Mei aritu, kini tinggal berdua.. sekor lagi umur tak panjang, tapi ada yang kata berdua lebih baik.. eheh


Sepasang nih.. hasrat hati nak simpan buat induk kemudian hari, pewaris Suri dengan Resat.


Anak-anak aku cukup suka dengan dua ekor anak angora ni.. kiranya dua ekor nih kerap kena angkut ke depan rumah untuk dibelai-belai buat main, kemudian dilepas bebas kat taman depan tu. Tapi aku tak kisah sangat sebab dua ekor ni senang ditangkap balik, cuma kena sentiasa waspada dengan si kucing yang berkeliaran mencari mangsa. Pernah aku tengok sekor kucing ni dapat tangkap burung ciak rumah yang dok makan beras yang mama aku tabur pagi-pagi.. lapar benar kucing ni, sampai burung pun dia sanggup terkam.

Sabtu, 11 Jun 2011

Sudah tukar ka?

Ni cerita pasal si Telinga Satu yang aku dapat bulan April aritu..

Masa aku dapat dia ni umur baru dua bulan, aku ingatkan angora.. tapi rupa-rupanya bukan. Korang nak tau apa jadi sekarang?

Semenjak bulan lepas telinga satunya tu mula jadi lop..

Kiranya si Telinga Satu ni mula jadi lop masa umurnya tiga bulan, aku boleh simpan buat bakal induk untuk kemudian hari nanti. Kalau ada kedua2 telinganya mesti cantik.

Khamis, 19 Mei 2011

Anak2 Suri - hari ke10


Balik dari kampung kelmarin aku tengok 3 ekor anak Suri terkeluar dari nestbox. Aku cuba angkat dan masukkan semula ke dalam kotak sarangnya tu, sekali si Suri ni buat tak tau ajer, tak marah2 pun. Apalagi aku kutip satu2 anak2 dia masukkan ke dalam raga kecik, nak kira berapa ekor anak dia. Memang ni je yang ada, 3 ekor.. gumuk2.


Ololololololo... bucuk2

Isnin, 9 Mei 2011

Buah hati terbaru


Anak arnab terbaru kat rabbitry aku nih, baru masuk sini dan bakal dijadikan induk pada masa depan.. jantina betina dari baka ND, dapat kat Sunny ler jawabnya nanti.

Sabo yer Sunny, bawah umur lagi ni.


Aku bagi nama Nelly, umur baru 2 bulan.. warnanya putih tapi ada tompok2 kelabu. Harap2 serasi kat sini dan dapat mebesar dengan sihat. Setakat ni nampaknya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kat sini.

Isnin, 2 Mei 2011

Hari ke-8


Gambar ni masa diorang umur 2 hari.. bulu pun takder lagi, tapi pattern tu dah nampak sikit2.


Baru lepas menyusu.. kalau dah kekenyangan tido jer la kejanya.

Hari ni umur diorang dah masuk 8 hari, belum buka mata lagi. Rasanya 2, 3 hari lagi mula buka ler tu.

Isnin, 11 April 2011

Si telinga satu

Aku baru dapat sekor anak arnab angora nih.. tapi telinganya ada satu jer, dimakan dek ibunya kot masa kecik2 dulu. Sekarang ni umurnya dah dua bulan.


Jantina : jantan

Walaupun hanya ada satu telinga, tapi aktif yang amat.

Jumaat, 25 Mac 2011

Selepas dua minggu

Anak-anak Dini sekarang dah masuk minggu ketiga.. semuanya dah buka mata dan semakin aktif. Sehingga hari ni kesemua anak2nya hidup membesar termasuk ada dua ekor yang kecik sket masa lahir aritu.

Skang ni langsung tak boleh nak bermanja2 ngan bebudak ni.. pantang cuit, mula la terlompat2 melarikan diri. Sebabnya dari kecik lagi aku tak pernah usik diorang.. bior maknya jaga sampai besar. Dah besar macam ni baru nak pegang2 ambik gambar, mana nak dekatnya.

Korang tengok ler tu.. semuanya masih takut2, kira nak lari je.

Selasa, 22 Mac 2011

Waris si Melly

Adik beradik susuan ni sumer sekarang dah hampir dua bulan, saiz pun dah nak sama.. kali ni ada tiga ekor jantan dan dua betina. Si kelabu dua ekor tu dengan seko broken black yang kat depan tu sumer jantan. Anak kandung Melly yang kat belakang sana dan seko putih tompok hitam kat belakang badan tu betina.

Lagi seko yang kaler putih tompok2 hitam dah kena ngap dek kucing jiran belakang rumah.. aku jumpa pun dah hilang kepala. Nak buat camana, dah rezeki dia.. suratan yang telah tersurat.

Tunggu ler besar sket, aku plak yang ngap.. eheh.

Selasa, 8 Mac 2011

Sepesen jer

Anak-anak Suri skang dah masuk minggu ketujuh.. diorang dah hidup berdikari, masing2 dah pandai cari makan sendiri. Taknak bergantung dengan ibu lagi.

Dek kerana sangkar mula nampak mengecil sebab diorang semakin membesar, aku asingkan bebudak ni ke sangkar kosong kat tingkat dua. Tinggi sket, luas pemandangan katanya.

Kali ni banyak plak jantan, ada empat ekor.. sekor je betina.

Ahad, 6 Mac 2011

Merantau

Bebudak nih dah takde ngan aku.. baru pindah umah, nak merasa hidup kat tempat orang katanya. Skang dah jumpa tuan baru.

Semoga happy2 selalu.

Sabtu, 12 Februari 2011

Anak-anak Suri - hari ke19

Dah masuk hari ke19 anak2 Suri skang.. bukan main aktif lagi dalam sangkar. Terlompat sana, terlompat sini.. masing2 dah bukak mata, asyik nak menyondol Suri aje, mintak susu..

Sampai hari ni aku tak keluarkan nestbox diorang.. bebudak ni suka beno lepak dalam tu.. Suri plak suka lepak atas nestbox, sebab nestbox ni bertutup di bahagian atas. Dia nak selamatkan diri dari kerap kena sondol ngan anak2nya aku rasa.


'Sepesen' jer...

Selasa, 8 Februari 2011

Late supper

Malam tadi bebudak tiga orang tu takder kat rumah, ikut Mak Wan diorang jalan2, pegi rumah atuk sedara katanya.. apalagi ajak orang umah dating berdua kat tengah2 kajang nih.

Kat mana?

Haa.. kat sini jer.

Maleh nak makan nasik malam ni, cari McD.. feveret aku Double Cheeseburger, orang umah nyer Spicy Chicken McDeluxe, itu jelah yang dipesannya kalau datang sini.

Citer pasal arnab plak.

Masa balik Sik aritu aku terpaksa bawak balik Melly ngan anak2nya yang enam ekor tu sekali. Melly hanya bagi susu kat anaknya sahaja, lagi lima ekor anak angkatnya tu kena buat manual feeding.. kena pegang.

Gambar masa kat kampung.

p/s nanti aku update pasal anak2 Suri plak.

Selasa, 1 Februari 2011

Adik beradik susuan

Beza kan? Padahal jarak seminggu jer..

Anak kandung Melly (yang besar tu) skang dah masuk hari ke11.. hari ni mata dah mula buka sikit2. Jantina aku belum check lagi, biar besar sket lagi baru boleh belek2.

Adik2 angkat dia plak baru masuk hari ke4, setakat hari ni nampak aktif jer.. penangan susu badan dari Melly (hanya dua kali sehari). Tapi lepas menyusu aku terpaksa asingkan bebudak nih, kalau dok sekali alamat tak dapat susu ler yang kecik2 tu.

p/s cuti raya Cina ni anak2 ajak balik kampung kat Sik, dah rindu dengan opah diorang katanya (aku yang tak sesabo nak balik sebenarnya, boss pun dah approve cuti tambahan.. eheh). Pepagi besok kitorang gerak, semoga selamat pergi dan balik.. aminnn

Isnin, 31 Januari 2011

Ibu tumpang

Pagi tadi aku tengok anak2 Dora ni kurus2 jer, tak cukup susu.. nak bagi kat Suri anak dia pun lima ekor gak, nak tinggal ngan Melly plak anak dia yang seko tuh dah besar (seko2 dia melantak susu, mana tak cepat besarnya).

Aku ambik keputusan buat manual feeding ngan Melly, sebab dia banyak susu.. pastu asingkan, kiranya Melly jadi ibu angkat diorang ler.

Korang tengok ler tu.. bolat2

Baru berisi sket bebudak nih.

Khamis, 27 Januari 2011

Sebulan kemudian

Hari ni genap sebulan anak2 Tijah.. ini ler rupa diorang, aktif yang amat. Tiap2 petang lepas abih kerja aku dok lepak kat belakang umah melayan bebudak nih.. buleh hilang stress woooo...

Kit #1
Jantina : betina
Berat : 300gm




Kit #2
Jantina : jantan
Berat : 250gm




Kit #3
Jantina : betina
berat : 350gm




Kit #4
Jantina : betina
Berat : 350gm




Kit #5
Jantina : jantan
Berat : 300gm

Isnin, 10 Januari 2011

Indahnya ciptaan Tuhan

Genap 14 hari umo bebudak nih.. 3 ekor yang kat atas ni dah mula buka mata dan boleh melihat dunia. Proses pembesaran anak2 arnab ni dari togel takder bulu sampai ler besar cenggini membuatkan aku tak pernah jemu memelihara arnab sejak dari tahun 2008 dulu.. boleh hilang stress wooo.

Indahnya ciptaan Tuhan..

Yang dua ekor ni belum buka mata lagi.

Khamis, 6 Januari 2011

Anak-anak Tijah - hari ke 10

Hari ni anak2 Tijah dah masuk hari ke 10.. sehingga hari ni sumer hidup lagi, bulat2. Pandai Tijah jaga anak2 dia.. tapi belum bukak mata lagi, ikut pengalaman lalu, dua tiga hari lagi dapat ler diorang sumer melihat dunia.

Kalau korang perasan, ada seko yang lain sket, kepala dia ada warna putih.. turun sapa aku x tau, yang lain2 ikut mak bapak diorang si Tijah ngan Mahat.

Close up sikit..

Comel tak?

Selasa, 7 Disember 2010

Farewell

Dua eko ni anak2 si Suri ngan Resat yg lahir bulan September aritu, sepasang nih.. skang dah umo 3 bulan (gambar diorang sebelum ni). Ari ni ada orang dekat2 sini dtg tengok rabbit yg ada kat rabbitry aku, terus berkenan ngan bebudak nih.. wat main untuk anak2 katanya.


Farewell… semoga korang happy kat tempat baru.


Sabtu, 4 Disember 2010

Waris si tapa

Ni ler seko2 waris si Tapa ngan Dini yg masih tingal ngan aku dari kelahiran sebelum ni.. anak yatim nih. Hari ni cukup umo dia 3 bulan. Dia suka orang panggil dia Nini.

Comel kan?

Dari posting ‘tiga sekawan’ sebelum ni, dia yg telinga jatuh sebelah tu, skang dah jatuh dua2 belah. Yang tengah tu lak ilang x tau ke mana, sampai ari ni hilang jejak. Lagi seko yg dari awal jatuh telinga dua2 belah tu dah kena angkut ngan member.

Cakap pasal tuan baru nih, anak2 si Tijah yg dua eko tu pun dah jumpa tuan baru diorang. Semoga korang sumer berbahagia di tempat baru.

Good bye buddy, I’m gonna miss u olls.