Petang semalam aku pegi tengok citer nih.. the karate kid. Kali nih anak2 nak ngikut, so aku bwk sekali yg 2 orang tuh. Filem nih aku tengok kat skrin dikategorikan sebagai U tapi kat luar panggung diorang tampal PG13, ahh.. lantak ler, janji aku buleh bawak budak2 nih masuk. Kot tidak ngan aku2 sekali kena balik.. abih xkan nak tinggal budak2 nih kat luar lak. Filem ni musti tengok sebab antara genre kegemaran aku, kung fu.. kena plak Jackie Chan ada berlakon. Aku kasi 4 bintang dari 5.
Citernya mengisahkan sorang budak nama Dre Parker dari Detroit telah berpindah ngikut ibunya ke China atas urusan kerja. Dre yang x sukakan China sering berasa kesorangan sehinggalah dia berkenalan ngan sorang budak ni, Mei Ying (rakan sekolah barunya). Tapi perkenalan ini x disukai Cheng kerana dia juga menaruh hati pada Mei Ying. Dre sering dibuli Cheng yang mahir ngan kung fu sehinggalah dia berjanji untuk bertanding dalam satu pertandingan kung fu.
Mr Han, master kung fu yang merahsiakan identitinya (lakonan Jackie Chan) berasa simpati ngan Dre.. telah mengajar skill kung fu supaya dia dapat bertanding dalam pertandingan tersebut dan dapat meneruskan hidupnya dgn tenang di China. Antara kata2 Mr Han yg aku masih ingat semasa dia mengajar Dre ttg kehidupan, 'kadang2 kehidupan menggagalkan kita, tapi kita mempunyai pilihan untuk bangkit semula'.. renung2kanlah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan