Pengikut

Khamis, 15 April 2010

Anak-anak Suri



Ni ler anak-anak Suri, dah besar sket. Anak dia ada 5 eko dlm litter nih.. nestbox dia aku buat dari bekas sayur peti ais yg dah rosak. Aku pecahkan bahagian depan dan terbalikkan kotak tuh, pastu letakkan pelapik atas lantai jaring camtu jer. Suri nih suka buat sarang dlm tempat yg tersorok sket, konon2nya dia beranak dlm lubang ler. Buat masa skang nih sumer anak dia hidup lg.. harap2 sumer sihat walafiat sampai besar. Gambar atas tuh masa diorang umur 13 hari, tp x bukak mata lagi. Lagi satu tuh masa umur 18 hari, dah bukak mata dan mula makan sendiri.


Haa.. ni plak masa diorang umur 22 hari. Empat eko anak dia sebijik cam Suri, putih satu badan dan mata merah, sekor lagi kaler itam campur kelabu (kaler ape ni wehh). Gambar nih aku snap pg tadi masa bagi diorang makan sebelum pegi keja. Macam ni lah rutin aku tiap2 pagi, kasik diorang makan dulu sebelum tuan dia makan.. ehehehe

2 ulasan:

  1. Post yg menarik =) .. Jangan lupa view dan follow blog ini =)
    syafiqaghani.blogspot.com

    BalasPadam
  2. tq syafiq.. singgah sini, i'll follow u

    BalasPadam