Pengikut

Selasa, 6 April 2010

Kisah bermula…

Alhamdulillah.. dapat jugak aku mulakan blog nie dengan tujuan untuk berkongsi minat dan hobi aku membela arnab dengan peminat-peminat arnab di luar sana. Aku mula membela arnab pada awal tahun 2008 dengan sepasang induk arnab local yang aku beli dari sebuah pet shop di sekitar Kajang.

Selepas sebulan arnab aku mula membiak sehingga penuh sangkar di belakang rumah. Arnab ni bunting hanya sebulan aje, jumlah anak ikut kesuburan induknya… setakat ini ada yang beranak paling sikit sekor jer (biasanya aku tumpangkan kepada ibu lain kalau ada yang beranak jugak ler) dan paling banyak 8 ekor.

Sekarang nie yang tinggal dengan aku sepasang angora, sepasang lop eared dan beberapa ekor induk local

Ok… nanti aku update gambar ngan pengalaman lalu aku, cau dulu.

Wasssalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan