Pengikut

Jumaat, 20 November 2020

Penyambung legasi

Minggu lepas aku sempat balik kampung kat Sik, lama dah rasanya tak balik tengok rumah kat kampung tu. Sempat ler kemas-kemas rumah dan ziarah abang-abang aku. Nak jadi rezeki aku satu keluarga, kebetulan abang aku siap potong sekor ayam kampung dan buat gulai.. merecik weii.

Rumah abang aku ni sebelah jer dengan rumah arwah mak aku. Alang-alang dah kat rumah dia, aku snap ler gambar sekeping dua arnab yang ada kat rumah dia ni.

Ni ler antara penyambung legasi yang masih ada. Umur dalam 2 bulan lebih camtu.

Ada lima ekor dalam sangkar ni. Sihat-sihat semua.

Banyak yang abang aku dah sembelih buat lauk. Kalau tak ayam, arnab ni ler dia ambik.

Kebetulan jugak balik kali ni, kerajaan isytihar PKPB seluruh Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan akibat pandemik Covid-19. Kelam kabut aku ke balai polis berdekatan untuk dapatkan kelulusan rentas daerah / negeri untuk balik semula ke tempat kerja, sebab aku bawak balik satu keluarga.

 Alhamdulillah.. nasib baik diluluskan.

 #kitajagakita#

Tiada ulasan:

Catat Ulasan