Pengikut

Jumaat, 11 September 2020

PKPP dan PKPD di Negeri Kedah

Kerajaan masih memerlukan akta yang terlibat untuk mengekang wabak Covid-19 daripada merebak, maka PKPP telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Patuhi SOP dan arahan-arahan terkini supaya kita semua terhindar dari wabak merbahaya ini.

Berikutan penularan wabak Covid-19 dan munculnya kluster-kluster baru di beberapa daerah dalam Negeri Kedah, maka pihak kerajaan telah melaksanakan PKPD (secara pentadbiran) semula.

PKPD di Kubang Pasu

PKPD bermula pada 3/8/2020 – 30/8/2020 berikutan munculnya kluster Sivaganga yang bermula di satu restoran nasi kandar di Pekan Napoh yang mana pemilik restoran tidak mematuhi arahan kuarantin selepas pulang dari India. Ia melibatkan kawasan dalam radius 1KM dari Restoran Nasi Kandar tersebut, Kampung Pida Satu (Megat Dewa), Kampung Bendang Dalam dan Kampung Ulu (Padang Sanai).

Semua sekolah, tadika, masjid dan rumah ibadat dalam kawasan terlibat telah diarahkan tutup.

PKPD Amanjaya di Sungai Petani

PKPD bermula pada 28/8/2020 sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kemudian oleh KKM berikutan munculnya kluster Tawar (dalam daerah Baling) yang bermula daripada perjumpaan keluarga yang tidak mematuhi SOP. Ia melibatkan tiga zon iaitu Kenanga, Mawar dan Melor (termasuk Ambangan Heights).

PKPD Kota Setar di Alor Setar

PKPD ini bermula 11/9/2020 – 25/9/2020 di 28 mukim dalam daerah Kota Setar, Alor Setar. Ini berikutan wabak Covid-19 dari kluster Tawar merebak dengan cepat sekali dan juga munculnya kluster baru iaitu kluster telaga dan sungai yang melibatkan frontliner di fasiliti kesihatan (swasta).

#kitajagakita#

Tiada ulasan:

Catat Ulasan