Blog ni aku hasilkan untuk berkongsi minat membela arnab dengan peminat-peminat arnab di luar sana. Pada masa yang sama jugak aku akan berkongsi kesukaan aku yang lain-lain…
Pengikut
Isnin, 31 Januari 2011
Ibu tumpang
Ahad, 30 Januari 2011
Dora beranak sulung
Pepagi lagi aku dah pegi jenguk si Dora nih.. semalam bersungguh beno dia pulun buat sarang. Korang tengok ler tuh, Dora dapat anak kembar.Kembar lima jugak cam Tijah ngan Suri..
Tak cukup? Empat ekor jer?
Ini kelahiran sulung buat Dora, aku harap dia pandai jaga anak2 dia..
Sabtu, 29 Januari 2011
Tanda-tanda awal
Malam ini untuk memenuhi tuntutan naluri tersebut, Dora mula mengutip rumput kering yang aku sediakan semenjak tiga hari lepas dan disusun dengan sedikit bulunya di dalam nestbox kepunyaan Tijah dahulu. Memang hari ni hari ke32 tempoh buntingnya dan aku dapat rasa ada 'ketul2' gak dalam perut dia.. kalau tak malam ni, besok ler gamaknya dia beranak.Khamis, 27 Januari 2011
Sebulan kemudian
Selasa, 25 Januari 2011
Suri dah jadi ibu
Dah beranak ke dia?

Isnin, 24 Januari 2011
Giliran Suri dah tiba
Korang tengok ler tu.. dengan gigihnya dia kutip carikan kertas surat khabar banyak2 dalam mulut, pastu susun cantik2 dalam nestboxnya. Suri ni induk paling otai dan paling produktif kat rabbitry aku neh, semenjak awal tahun 2009 dia masuk sini.
Ahad, 23 Januari 2011
Melly beranak sulung
Sungai Chongkak @ Hulu Langat
Hari ni selepas abih semua aktiviti kat rabbitry belakang umah tu, aku satu family pegi mandi manda kat Sg Chongkak, Hulu Langat.. sesaja bawak budak2 nih mandi air lata, sambil menikmati keindahan alam semulajadi.
Kitorang makan tengahari kat sini, bawak bekal dari rumah. Sampai jer terus ke acara makan2.. dah kebulur wehhh!!!
Tempat yang sesuai untuk aktiviti beriadah bersama family.. kitorang dah plan nak datang lagi nanti, buat barbeque plak.
Diorang ni kalau dapat berendam.. ajak makan pun tak sempat, sumer cari air dulu.. eheh
Sabtu, 22 Januari 2011
Melly mula buat sarang
Aku dok tunggu Suri beranak, sekali Melly yang mula buat sarang dulu.. dia dah mula cabut bulu sikit2. Kelam kabut aku masukkan nestbox, pastu masukkan sekali rumput napier yang dah kering.Aku semakin excited.
Jumaat, 21 Januari 2011
Suri bunting berat
Suri skang sedang bunting berat.. dah masuk minggu keempat. Kalau ikut rekod aku due dia pada 25/1/2011. Aku dah ‘gagau’ perut dia minggu lepas dan ada rasa berketul2 gak ler.
Suri nih kalau dah bunting, bukan main garang lagi ngan aku.. nak gigit orang je kejanya. Pengalaman lepas2 juga menunjukkan ini salah satu tanda dia sedang bunting. Kiranya dah dekat bebeno nak beranak ler tu.
Berapa ekor?
Tungguuuuu...
Khamis, 20 Januari 2011
Giliran pasangan ND
Selasa, 18 Januari 2011
Pokok nam-nam
Nama tempatan : pokok nam-namIsnin, 17 Januari 2011
Makan petang
Ahad, 16 Januari 2011
Pasangan bahagia
Hari ni giliran pasangan giant nih dilepas bebas dalam kawasan aku bercucuk tanam kat belakang umah tu.. aku tak risau tinggalkan dua ekor ni sampai petang kat situ, sebab kawasan ni berpagar sepenuhnya.
Pasangan bahagia nih sedang berkejaran.. si Mahat tu dah gersang sangat gamaknya. Biorkan jer le, asalkan diorang bahagia.Anak2 diorang yang lima ekor tu aku biarkan dalam sangkar, sebab belum boleh makan daun2 hijau ni sumer.
Mahat sedang minta simpati..Nampak kan? muka gersang dia tu.. eheh
Sabtu, 15 Januari 2011
Pokok asam jawa
Nama tempatan : pokok asam jawa
Nama saintifik : tamarindus indica
Cara tanam : biji benih
Tarikh diperolehi : 2007
Keterangan : buahnya boleh dimakan muda dan apabila dah masak boleh digunakan dalam masakan, manakala pokoknya tahan lasak dan amat sesuai untuk dijadikan bonsai.
Rabu, 12 Januari 2011
Pokok bunga kertas
Bermula hari ni juga posting aku akan diselang-selikan dengan jenis2 pokok yang sedia ada kat umah aku nih. Perkongsian ini sekadar untuk rujukan sendiri dan juga berkongsi pendapat dengan penggemar pokok2 ni di luar sana.Isnin, 10 Januari 2011
Indahnya ciptaan Tuhan
Khamis, 6 Januari 2011
Anak-anak Tijah - hari ke 10
Rabu, 5 Januari 2011
Malam-malam cari makan
Aku tanya dia.. "Mengidam ker?"
"Takder lah, saja je terasa nak makan steak.." suka ati ler, nanti aku selidik lagi.
Aku bawak diorang kat tempat ni.. Village View Restaurant gak, tapi kat Jalan Reko plak. First time datang sini.Selasa, 4 Januari 2011
Merenung masa depan
Bermula semalam anak pompuan sulung aku tu dah mula bersekolah tadika, tadika 5 taun.. seminggu sebelum tahun baru ke hulu ke hilir dia mengusung beg oren dia tuh, tak sabar2 nak pegi sekolah..
Selepas selesai proses pendaftaran semalam, cikgu dia bagi kebenaran untuk balik umah, besok baru mula kelas katanya. Korang tau apa anak aku cakap?
“Hari ni
Merenung masa depan.. Ni masa baru2 sampai, belum kenal2 dengan kawan lagi.
Selamat tahun baru wehhh!!!
Semoga azam tahun lepas tercapai dengan jayanya.





















