Pengikut

Jumaat, 9 Julai 2010

Tipah dalam kenangan

Ni ler berita sedih yg aku nak kongsi ngan korang sumer.. balik dari kursus kat Bangi arituh aku terus jenguk rabbit2 aku kat belakang umah tuh, nak melepas rindu. Sampai jer kat sangkar Tipah aku tengok dia terbaring relax kat penjuru sangkar, aku usap2 badan Tipah, tp lain mcm jer.. tak bergerak langsung. Rupa2nya Tipah dah tak bernyawa.. tidakkk… anak2 dia plak dok lompat2 berlari keliling sangkar cam xde paper pun.

Aku angkat, aku belek2 kot2 Tipah kena cirit.. xde pun. Aku terlentangkan Tipah, baru aku perasan kantung susu dia mengeras, susu dlm badan dia jd cam keju. Setau aku Tipah banyak susu sbb aku kerap bg dia daun mulberry ngan rumput Israel lepas beranak arituh. Mungkin sbb anak2 dia hisap susu x abih2 kot.. yer la dari 5 eko tinggal 3, dia banyak susu tp anak sikit. Anak2 dia nih dr kecik memang cukup susu, bulat2 sumer..


Ni ler anak Tipah.. baru sebulan dah jd anak yatim, tp dah pandai makan sendiri. Aku harap diorang buleh hidup sampai besar. Seko tuh kaler kelabu keperangan, dua eko lg tuh warna kelabu nak biru2 sket.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan