Pengikut

Sabtu, 6 Ogos 2011

Tuntutan kerja

Hari ni aku nak kongsi cerita kenapa aku hilang lebih sebulan aritu dan jarang sangat nak online sekarang ni.

Atas tuntutan kerja aku sekarang ni dah ditukarkan ke salah satu pulau kat utara nun.. kat mana?


Haa.. ni ler destinasinya, Pulau Langkawi. Walaupun aku dibesarkan di negeri jelapang padi ni, tapi ini merupakan kali ketiga aku menjejakkan kaki di sini.. bukan lagi sebagai pelancong untuk mengabihkan duit tapi untuk mencari rezeki untuk family.

29 Mei 2011.. tarikh keramat aku diarahkan melaporkan diri ke sini. Keseorangan memandu dari Kajang dan tinggalkan kereta di kampung kat Sik, aku meneruskan perjalanan ke Kuala Kedah dengan menumpang kereta abang sulung aku yang mempunyai urusan kerja di Alor Setar.

Sambil menunggu feri nak sampai ke Langkawi, aku terkenang kembali kali pertama aku ke sini semasa darjah 6 dulu, mengikuti rombongan sekolah waktu cuti hujung tahun.. lama kan? Sudah pastinya Pantai Cenang menjadi lokasi untuk bersantai di tepi pantai. Kali kedua plak pada tahun 2006 dulu bawak isteri dan anak sulung aku yang masih kecil bersama family mentua, chalet di Pantai Cenang jugak menjadi pilihan untuk menginap.


Selepas satu jam setengah melayan perasaan dalam feri, akhirnya aku sampai juga ke Jetty Kuah dengan selamat. Dengan semangat berkobar-kobar, kaunter teksi terus diserbu, tak nak terlewat melapor diri pada hari pertama ni. Korang nak tau apa pak cik teksi tu jawab?

"Opis yang hang nak pi tu, depan tu saja.. tak payah ambik teksi" dengan terseyum-senyum dia blah camtu jer. Tak sempat aku nak ucapkan terima kasih pun.

Rupa-rupanya memang dekat jer pun dengan jetty.. eheh. Mana aku tau, tengok dalam map macam jauh jer. Patut ler pak cik driver teksi tadi tak nak hantar. Walaupun dekat, berpeluh-peluh jugak le aku berjalan, mana taknya dengan dua beg beroda tu aku kena tarik.. tengah panas terik lak tu.

Selepas melaporkan diri aku diberikan satu bilik bujang buat sementara waktu kerana masih belum dapat rumah sewa. Aku dibenarkan menginap di situ tidak melebihi dua bulan dan Alhamdulillah semenjak pertengahan bulan Julai aritu aku dapat masuk rumah sewa baru kat Taman Kenari, Mukim Kuah.


Hari yang sama aku masuk rumah baru, isteri ngan ketiga-tiga anak aku sampai dari KLIA dengan MAS (gambar atas ni masa aku balik ke HQ kat Kajang 26/7 aritu.. naik Air Asia lagi jimat beb! Ini kali ketiga aku balik Kajang semenjak mula bekerja di sini, dapat jugak menjenguk arnab-arnab kat sana). Besoknya bebudak ni terus ajak mandi laut kat Pantai Cenang.. Pantai Cenang lagi!

Nanti aku citer lagi yer..

Selamat berpuasa! Ramadhan 1432 Hijrah telah menjelma.. semoga segala amalan di bulan yang mulia ini diterima olehNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan