Pengikut

Rabu, 29 Disember 2010

Final Piala Suzuki AFF 2010 Malaysia vs Indonesia


Walaupun tewas tipis 1 - 2 malam ni kat Stadium Utama Gelora Bung Karno, Malaysia tetap menang dan bawak balik piala kemenangan ke Malaysia dengan agregat 4 – 2.


Tahniah untuk team Harimau Malaya, Malaysia boleh!!!


Sambil jerit2, sambil sorak2, kena plak pizza.. fewwww



p/s wa salute sama lu la Khairul Fahmi.. best dia main malam nih.

Kelahiran hujung tahun

Balik keja petang semalam first sekali aku pegi jenguk si Tijah.. apa citer?

Takder jugak lagi.. tapi dia dok menggelisah semacam jer dalam nestboxnya tu. Aku biarkan dia sendirian, tak nak dia rasa terganggu.. sebelum maghrib aku pegi usha sekali lagi (macam tunggu bini bersalin plak).

Akhirnya.. aku perasan ada beberapa eko anak Tijah dok bergerak2 dalam nestbox tuh.

Aku mula mengira.. "1 ekor, 2 ekor, 3 ekor, 4 ekor.." sama jugak macam kelahiran pertama dia dulu, 4 eko anak.

Eh.. ehh.. nanti jap, ada lagi dok bergerak2 dalam bulu kat hujung nestbox tuh.. sekor lagi.. weoooo.

Tijah selamat beranak 5 eko.


p/s harap2 sumernya sihat walafiat sampai besar.

Selasa, 28 Disember 2010

Tijah dah cabut bulu

Sejak tengah malam tadi Tijah dok galak cabut bulu bawah perut dia.. abih gondol. Penuh bulu dia dalam nestbox kayu tu, terlebih2 sampai terkeluar dari nestbox.. korang tengok ler tu.

Dengan semangat berkobar2 pepagi lagi aku dah pegi jenguk si Tijah ni.. x beranak jugak lagi wehhh!!! Aku yang x sabo2.. eheh

Sampai seminggu ngko buat sarang yer Tijah.. suka ati ler, janji ngko beranak.

Rabu, 22 Disember 2010

Tijah mula buat sarang


Hari ni Tijah semakin galak buat sarang.. aku masukkan fresh napier, rumput kering dan sedikit keratan surat khabar, sumer dia kutip dan masukkan dalam nestbox kegemaran dia tuh. Kelmarin ada dia cabut bulu tapi hari ni dia dok kalut kutip bahan2 kering plak untuk wat sarang, agaknya belum nak beranak lagi kot..

Heran gak aku.. awal plak dia buat sarang kali ni, kalu ikut rekod aku minggu depan baru due dia untuk beranak. Beranak ke false alarm nih?

Tungguuuuu…

p/s : saat2 sebelum beranak camni yang buat aku excited bela arnab ni.. aku buleh ulang pegi tengok diorang berkali2 dalam sehari sampai ler beranak, walaupun tengah2 malam buta. Korang jangan kacau dia nak beranak udah ler, kang digigitnya tangan tu (ada arnab garang masa nak beranak dan ada plak yang buat tak kisah je).

Isnin, 20 Disember 2010

Cuti-cuti Malaysia

Semalam anak2 aku ajak pegi jalan2.. sumer 3 orang tuh nak mandi kolam.


Ahh? Mana aku nak cari kolam area2 sini? Spontan mama diorang cakap.. “Sunway Lagoon?”


Terus anak pompuan sulung aku tu jerit… “yeayyy!! Nak pegi, nak pegi..” sebabnya dia dah penah pegi sekali taun lepas, masa family day Tok Su diorang, yang lagi dua orang tu ngikut jer mana kakak diorang nak pegi.. janji dapat jalan2.


Tapi aku rasa mama diorang yang nak pegi sini kot.. eheh


Kitorang sampai sini dah tengahari.. pagi tu cam biasa, manja2 ngan arnab kat belakang umah tu dulu, bagi makan, bagi minum.. baru ler senang hati nak jalan2.


Aku amik pakej yang ada water park, wildlife park ngan amusement park. Layan sampai lebam.

First sekali aku bawak bebudak nih mandi kat water park.. biar diorang mandi sampai menggigil satu badan. Korang tau berapa lama diorang kat sini?


3 jam beb.. sekali aku yang menggigil tak tahan, naik kecut abih sumer.. bebudak tuh relak jer.


"Dah.. dah.. sumer naik, kita pegi tengok menatang apa yang ada kat zoo sana plak.." aku atur strategi, tak tahan dah sebenarnya..


Bawah ni antara gambar2 yang aku sempat amik..



Arnab pun ada kat sini, xder la banyak.. dalam 5,6 ekor jer tapi comei2 jenis teddy bear. Menatang lain pun banyak lagi, asyik nengok sampai lupa nak amik gambar.

Ni antara yang aku sempat naik kat amusement park.. rasa macam tertinggal nyawa kat atas tuh, punya ler tinggi.. habis suara terjerit2 atas tu, tobat dah nak naik lepas nih.


Kitorang keluar dari sini hampir pukul 5.30 petang.. masing2 dah kebulur tahap gaban.


Sebelum balik aku bawak bebudak nih makan kat Pizza Hut.. si kakak yang x penah2 makan pizza (feveret dia KFC jer), hari ni abih sumer dimakannya. Abih makan terus gerak balik umah, masuk jer dalam keta masing2 cari bantal kecik dalam keta tu sorang satu.. terus tido x sedar diri.


Last2 tinggal aku sorang jer layan bawak keta. Aku capai thumb drive atas dashboard, pasang lagu.. layan melalak dalam keta, sorang pun x terjaga, sampai ler Kajang dalam pukul 7.30 malam.

p/s ari nih Tijah menggelisah buat sarang, dah mula cabut bulu sikit2.. beranak ke tak? nanti aku update ngan korang.

Isnin, 13 Disember 2010

Jalan2 cari makan

Malam tadi bebudak tu ajak kuar jalan2 cari makan.. anak jantan aku yang sorang tu nak makan udang goreng tepung katanya. Aku bawak diorang pegi makan kat tempat ni, Village View kat Bandar Baru Bangi.

Ni ler menu kitorang malam ni.. ada sup daging, telur dadar, kailan ikan masin dan udang goreng tepung. Ni pot biasa aku bawak bebudak nih.. diorang suka datang sini.

Tau sebab apa?


Haa.. ni ler sebabnya. Diorang buleh layan tengok ikan2 nih.

Makanan sini?

Bagi aku buleh le ulang berkali2.. eheh


Banyak kan?

Sabtu, 11 Disember 2010

Rapunzel - tangled

Lama x tengok wayang ngan orang umah aku.. last pegi tengok citer nih, bulan Jun aritu.. lama kan?


Citer ni pun anak pompuan aku tuh nak sangat pegi, dia kata citer barbie.. dia tengok cam lebih kurang jer, aku cakap citer Rapunzel, dia kata barbie gak.. last2 aku yer kan ajer, maleh nak bertekak.. (dulu2 Rapunzel memang penah jadi barbie pown). Dia memang suka sangat ngan barbie tu, dari baju sampai ke kasut.. sumer Barbie, sampai beg sekolah dia pun mintak yang ada kartun tu.


Untuk citer ni korang buleh bawak budak2 sebab diorang letak dalam kategori U. Aku pilih yang 3D, puas ati ler tengok.. dari 5 bintang aku kasik 4.



Korang tengok ler aksi dia tuh.. suka sangat dia tengok citer nih. Alih2 dia minat kat watak si Flyn Rider tuh, bukannya Rapunzel.. boleh camtu?


Citer ni mengisahkan Rapunzel yang dilarikan oleh Gothel semenjak dia bayi lagi kerana rambutnya tu mempunyai kuasa yang membolehkan Gothel ni sentiasa muda, dengan syarat dia mesti nyanyi satu lagu (citer ni banyak lagu yang best2). Si Gothel ni pelihara Rapunzel sampai ler dia besar umo 18 tahun dan mengaku dia ibu kepada Rapunzel (Gothel ni bukan jahat cam ahli sihir tu, cuma dia sanggup lakukan apa saja untuk kelihatan muda). Dia dibesarkan di dalam sebuah menara yang tinggi dengan hanya ditemani oleh seko haiwan peliharaannya, sejenis chameleon yang buleh bertukar2 warna tu (Pascal).


Rapunzel yang asyik kena kurung jer mula memberontak untuk keluar dari menara tempat tinggalnya supaya dia dapat melihat sendiri ‘lampu terbang’ (tanglung) yg dilepaskan di satu tempat hanya setahun sekali oleh raja sebuah negeri. Dia berasa hairan kerana kebetulan tanglung ni akan dilepaskan ke langit hanya pada hari lahirnya.


Pengembaraan si Rapunzel ni akhirnya menjadi kenyataan dengan bantuan sorang pencuri, Flynn Rider aka Eugene Fitzherbert yang menjadi buruan askar2 dan seko kuda diraja, Maximus (akhirnya jadi kuda tunggangan Flynn Rider).


Apa jadi lagi?


Biasa ler citer kartun mcm ni.. happily ever after, yang lain2 korang pegi ler tengok sendiri.


p/s Kedua2 eko menatang dlm citer ni memang kelakar, si Pascal ngan Maximus tuh.. puas aku tahan gelak dlm panggung wayang (aku x tahan dia lawan pedang ngan Flynn Rider kat empangan yang hampir nak runtuh tu)



Balik tu ada makan2 free plak.. jiran sebelah umah wat kenduri doa selamat, kena nasi beriani… burpppp, kenyang sampai esok pagi.


Selasa, 7 Disember 2010

Farewell

Dua eko ni anak2 si Suri ngan Resat yg lahir bulan September aritu, sepasang nih.. skang dah umo 3 bulan (gambar diorang sebelum ni). Ari ni ada orang dekat2 sini dtg tengok rabbit yg ada kat rabbitry aku, terus berkenan ngan bebudak nih.. wat main untuk anak2 katanya.


Farewell… semoga korang happy kat tempat baru.


Sabtu, 4 Disember 2010

Waris si tapa

Ni ler seko2 waris si Tapa ngan Dini yg masih tingal ngan aku dari kelahiran sebelum ni.. anak yatim nih. Hari ni cukup umo dia 3 bulan. Dia suka orang panggil dia Nini.

Comel kan?

Dari posting ‘tiga sekawan’ sebelum ni, dia yg telinga jatuh sebelah tu, skang dah jatuh dua2 belah. Yang tengah tu lak ilang x tau ke mana, sampai ari ni hilang jejak. Lagi seko yg dari awal jatuh telinga dua2 belah tu dah kena angkut ngan member.

Cakap pasal tuan baru nih, anak2 si Tijah yg dua eko tu pun dah jumpa tuan baru diorang. Semoga korang sumer berbahagia di tempat baru.

Good bye buddy, I’m gonna miss u olls.

Isnin, 22 November 2010

‘Korban’ lagi

Jem giler masa perjalanan balik malam raya aritu.. sepanjang2 jalan kat highway PLUS penuh ngan kenderaan, masing2 nak balik kg supaya sempat sembahyang raya dgn sanak saudara.

Akibat dari mengantuk dan keletihan aku terpaksa berhenti rehat dan tidur sebentar di R&R Sg. Perak.. ingatkan nak tidur sekejap jer, abih sumer terlelap sampai pagi. Selepas sembahyang subuh terus kitorang gerak, sempat ler raya kat Gerik sbb dari sini lebih kurang satu jam shj perjalanan.
Citer pasal arnab plak.. angora sekor yg aku bwk balik tu pun dah selamat di’korban’kan. Kakak aku yg kat Penang tu wat masak kari.. kawww punyer.


Eksotik nih, dah siap potong.




Yg ni mesti ada.. sebiji kelapa parut.


Betik muda.. ganti ubi kentang.

Belum siap lagi ni, santan belum masuk.

Resepi Penang mai, kena ngan nasik panas2. Berpeluh2 aku makan nasik tengahari tu.. abih gak tiga pinggan.. eheh

Selasa, 16 November 2010

Jom balik kampung

Aku satu family buleh balik kg lagi raya haji ni, boss dah approve cuti.. yeehoooo...

Aku berkira2 lepas sembahyang raya kat sini baru nak balik, tp mak aku tepon bagitau dia dah ada kat umah mak dia kat Gerik (Opah aku ler tu), raya kat sana.. terus ubah plan, kitorang akan balik malam ni gak.. dpt ler beraya ngan mak aku ngan Opah kat Gerik. Pastuh terus gerak balik Sik ramai2 petang raya tuh.

Kepada yg akan balik kg.. hati2 semasa memandu, ingatlah orang tersayang..

Sambil tu aku nak bawak balik seko angora.. nak ikut aku balik kg katanya, umo dah setahun lebih.. dapat le buat ‘korban’ lagi.. eheh
Agak2 korang masak apa sedap nih? Banyak gak isi ni...

Ahad, 14 November 2010

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha 1431H

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua…

Semoga ibadah korban yg akan dilakukan taun nih dilaksanakan dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan supaya dapat diterima olehNya.. moga kita menjadi hambaNya yang patuh dan taat.

Citer pasal korban nih, hari ni aku sempat ‘korban’kan seko arnab angora, anak si Suri dari kelahiran terdahulu (sini) umo dah hampir lapan bulan… tiba2 jer rasa nak makan arnab goreng hari ni.

Goreng pun sodap, isi lembut jer… kejap je abih licin.

Isnin, 8 November 2010

Makanan tambahan – buah-buahan

Bawah nih antara jenis buah-buahan yg aku pernah bagi kat induk arnab. Tak kira jantan ke betina, sumer suka buah2 nih.. bagus utk kesihatan katanya. Biasanya aku bagi dlm kuantiti yang sikit jer, takut tercirit plak kalu makan banyak2.

Buah betik ni buleh dipotong dadu.. bagus utk arnab yg terkena ‘wool block’.


Buah lai..

Buah mulberry masak.. kalu buat jem, kena plak ngan roti.. fewwww… pastuh tiap kali berbuah konfem arnab korang x sempat nak merasa buah dia, tuan dia dok kutip makan.. eheh

Raya aritu mama aku sempat wat ‘mulberry cupcake’, masuk raya kedua dah abih.. ramai yg suka.

Buah mangga masak.. Aku pun tak tahan ngan buah ni, kalu 3 biji camni.. kejap jer abih.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Gambar terkini Resat

Tau2 ajer aku nak amik gambar dia.. terus posing.


Posing manja lak..

Menguap ke marah ni?

Garangnyer….

Jumaat, 29 Oktober 2010

Anak-anak Suri

Bebudak ni skang dah umo 2 bulan 1 minggu.. nakal yang amat, suka bebeno main kejo2.
Jantina : jantan
Warna : putih, mata merah

Jantina : betina
Warna : putih, ada tompok2 kelabu sket cam bapak dia.. si Resat tuh


Jantina : betina jugak
Warna : kelabu
(member dah angkut)

Jantina : betina lagik
Warna putih, mata merah
(sedang berbahagia bersama tuan baru)

Khamis, 28 Oktober 2010

Hanya berdua

Anak Mili skang pun hanya tinggal 2 eko ni jer, sepasang ni.. umo dah dua bulan.. adik beradik diorang dah pindah ke tempat lain.. dapat tuan baru.

Yang dua eko ni pun dah ada member booking (transaksi pembayaran sudah berlaku.. eheh), lepas raya haji nanti nak amik, sempat ler aku bermanja ngan diorang lagi..

Jangan nakal2 kat tempat baru nanti tau.

Ahad, 24 Oktober 2010

Angkara kucing?

Anak Dini skang hanya tinggal 2 eko.. seko lagi dah ilang, langsung x balik2 sampai hari ni.. dari petang semalam hilang tanpa khabar berita, dah jadi habuan kucing gamaknya.. biasanya ada 4, 5 eko dok lepak kat belakang umah aku tuh.. jiran belakang umah nyer.

Anak arnab yang hilang ni memang selalu kuar dari sangkar dia pun, aku x risau sangat sebab rabbitry aku nih berbumbung dan sentiasa berkunci.. tapi semalam aku perasan lubang saliran tinja diorang terbuka camtu jer..

Aku lupa tutup ker?

Kucing tolak dari luar ker?

Aku pasrah.. walau apa pun sebabnya.

p/s terus aku asingkan yang 2 eko tu dari Dini, letakkan dalam sangkar yang lebih kukuh.. lepas ni konfem x kuar lagi.

Selasa, 19 Oktober 2010

Sayonara

Tak sempat aku nak update pasal induk 2 eko nih.. sebab dah ada yg berkenan.

Induk chincilla.. umo dah tujuh bulan lebih, tp masih dara..
Malu2 kucing lagi.. ehhh, malu2 arnab gitu.

Induk NZW.. umo sama ngan si chincilla kat atas tuh.. masih dara jugak lagi, belum rasa nak kawin.

Sebelum diorang pegi, aku sempat snap gambar utk kenangan. Semoga diorang happy kat tempat baru.

Ahad, 17 Oktober 2010

Sebelum dan selepas

Rumput napier ni aku tanam bulan lapan aritu (sini), aku gembur ngan tinja arnab.. baekk punya.


Skang dah jadi cam ni.. sedia untuk dipotong bagi kat induk arnab, diorang suka yang fresh.. untuk anak2 arnab plak aku jemur dulu, biar kering jadi macam ‘hay’…

Khamis, 14 Oktober 2010

Koleksi terbaru - Rex


Bakal induk baru dlm rabbitry aku neh.. aku bagi nama Dora, dari jenis Rex.

Dah lama aku nak dapatkan jenis ni, bulu paling pendek dan selembut baldu.. sekarang baru dapat, diorang ni ler yg membuatkan aku terlebih lepak kat belakang umah tuh.


Ni teman sehidup semati dia, namanya Donnie.. dua2 eko ni masih dara dan teruna walaupun umur dah cecah lapan bulan. Aku dah cuba kawinkan diorang tp si Dora tuh masih jual mahal.. aku tengok Donnie ni hensem gak, mantop ler kata orang.. bila2 pun nak ajer.

Selasa, 12 Oktober 2010

Giant vs lop eared


Budak2 nih umo dah hampir 6 minggu.. x buleh asingkan lagi, kurang2nya lg dua minggu.. biar kuat sket.

Si dara jelita sedang diapit oleh 2 eko jantan perkasa.. yup, dua2 eko anak Tijah nih jantan.

Anak2 Tijah skang masing2 berat dah lebih 500gm.. tunggu sebulan lagi, berapa berat diorang boleh pegi.

Jumaat, 8 Oktober 2010

Open house lagi

Ari ni opis aku plak buat open house.. asyik pegi tempat orang jer kan..

Dah banyak open house aku pegi.. ntah berapa kali aku x ingat dah.

Cam hobi plak pegi makan2 kat umah terbuka ni.. abih, dah orang jemput.. kena ler pegi. Tak baik tau hampakan jemputan orang.. ehheh

Cam biasa, mula dgn buah..


Aku serbu gerai mee kari dulu.. layan diri.

Raya mesti ada ni.. lemang ngan rendang ayam.

Sate ayam ngan daging.. 3 cucuk cukup ler, banyak lg yg lain nak amik nih…

Baru dapat nasi.. nasi tomato..

Belum kenyang lg ni.. buleh masuk lg.

Aku pantang jumpa yg ni.. kalu ada, x pernah aku ‘miss’

Hirisan kambing golek campur salad ngan roti bakar.. aku tengok gambar ni pun dah lapar balik.

Hampir2 nak kenyang…

Relax dulu.. sambil sembang2 ngan member, ari ni boss sporting.. x marah2 kalu lepak2 sambil makan.

Pastu sambung ngan nasi ni plak.. nasi beriani campur kari kambing.

Burpppp.. aku kekenyangan, relax lagi..

Antara laksa yg sedap aku penah makan..

Order kat mana ni wehh.. lupa nak tanya, nnti senang nak pegi cari lagi.

Kat bwh ni sumer ‘dessert’.. x larat dah.

Dadih ngan ‘fruit cocktail’

Rojak buah

Nak tutup dah ni.. kena cendol pulut plak.

Teringat aku zaman sekolah dulu2.. depan sekolah ada jual benda ni. Mesti kena punya.

Sambil2 jalan nak balik opis tu, aku sempat sambar yg ni.. ais krim potong.

Ari ni aku betul2 kekenyangan.. kenyang sampai esok pagi.

Besok pepagi kena jogging wehh… Orang umah dah tegur, badan dah makin berat!!!

Berat??????