Pengikut

Isnin, 20 Disember 2010

Cuti-cuti Malaysia

Semalam anak2 aku ajak pegi jalan2.. sumer 3 orang tuh nak mandi kolam.


Ahh? Mana aku nak cari kolam area2 sini? Spontan mama diorang cakap.. “Sunway Lagoon?”


Terus anak pompuan sulung aku tu jerit… “yeayyy!! Nak pegi, nak pegi..” sebabnya dia dah penah pegi sekali taun lepas, masa family day Tok Su diorang, yang lagi dua orang tu ngikut jer mana kakak diorang nak pegi.. janji dapat jalan2.


Tapi aku rasa mama diorang yang nak pegi sini kot.. eheh


Kitorang sampai sini dah tengahari.. pagi tu cam biasa, manja2 ngan arnab kat belakang umah tu dulu, bagi makan, bagi minum.. baru ler senang hati nak jalan2.


Aku amik pakej yang ada water park, wildlife park ngan amusement park. Layan sampai lebam.

First sekali aku bawak bebudak nih mandi kat water park.. biar diorang mandi sampai menggigil satu badan. Korang tau berapa lama diorang kat sini?


3 jam beb.. sekali aku yang menggigil tak tahan, naik kecut abih sumer.. bebudak tuh relak jer.


"Dah.. dah.. sumer naik, kita pegi tengok menatang apa yang ada kat zoo sana plak.." aku atur strategi, tak tahan dah sebenarnya..


Bawah ni antara gambar2 yang aku sempat amik..



Arnab pun ada kat sini, xder la banyak.. dalam 5,6 ekor jer tapi comei2 jenis teddy bear. Menatang lain pun banyak lagi, asyik nengok sampai lupa nak amik gambar.

Ni antara yang aku sempat naik kat amusement park.. rasa macam tertinggal nyawa kat atas tuh, punya ler tinggi.. habis suara terjerit2 atas tu, tobat dah nak naik lepas nih.


Kitorang keluar dari sini hampir pukul 5.30 petang.. masing2 dah kebulur tahap gaban.


Sebelum balik aku bawak bebudak nih makan kat Pizza Hut.. si kakak yang x penah2 makan pizza (feveret dia KFC jer), hari ni abih sumer dimakannya. Abih makan terus gerak balik umah, masuk jer dalam keta masing2 cari bantal kecik dalam keta tu sorang satu.. terus tido x sedar diri.


Last2 tinggal aku sorang jer layan bawak keta. Aku capai thumb drive atas dashboard, pasang lagu.. layan melalak dalam keta, sorang pun x terjaga, sampai ler Kajang dalam pukul 7.30 malam.

p/s ari nih Tijah menggelisah buat sarang, dah mula cabut bulu sikit2.. beranak ke tak? nanti aku update ngan korang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan