Pengikut

Rabu, 22 Disember 2010

Tijah mula buat sarang


Hari ni Tijah semakin galak buat sarang.. aku masukkan fresh napier, rumput kering dan sedikit keratan surat khabar, sumer dia kutip dan masukkan dalam nestbox kegemaran dia tuh. Kelmarin ada dia cabut bulu tapi hari ni dia dok kalut kutip bahan2 kering plak untuk wat sarang, agaknya belum nak beranak lagi kot..

Heran gak aku.. awal plak dia buat sarang kali ni, kalu ikut rekod aku minggu depan baru due dia untuk beranak. Beranak ke false alarm nih?

Tungguuuuu…

p/s : saat2 sebelum beranak camni yang buat aku excited bela arnab ni.. aku buleh ulang pegi tengok diorang berkali2 dalam sehari sampai ler beranak, walaupun tengah2 malam buta. Korang jangan kacau dia nak beranak udah ler, kang digigitnya tangan tu (ada arnab garang masa nak beranak dan ada plak yang buat tak kisah je).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan