Pengikut

Sabtu, 11 Disember 2010

Rapunzel - tangled

Lama x tengok wayang ngan orang umah aku.. last pegi tengok citer nih, bulan Jun aritu.. lama kan?


Citer ni pun anak pompuan aku tuh nak sangat pegi, dia kata citer barbie.. dia tengok cam lebih kurang jer, aku cakap citer Rapunzel, dia kata barbie gak.. last2 aku yer kan ajer, maleh nak bertekak.. (dulu2 Rapunzel memang penah jadi barbie pown). Dia memang suka sangat ngan barbie tu, dari baju sampai ke kasut.. sumer Barbie, sampai beg sekolah dia pun mintak yang ada kartun tu.


Untuk citer ni korang buleh bawak budak2 sebab diorang letak dalam kategori U. Aku pilih yang 3D, puas ati ler tengok.. dari 5 bintang aku kasik 4.



Korang tengok ler aksi dia tuh.. suka sangat dia tengok citer nih. Alih2 dia minat kat watak si Flyn Rider tuh, bukannya Rapunzel.. boleh camtu?


Citer ni mengisahkan Rapunzel yang dilarikan oleh Gothel semenjak dia bayi lagi kerana rambutnya tu mempunyai kuasa yang membolehkan Gothel ni sentiasa muda, dengan syarat dia mesti nyanyi satu lagu (citer ni banyak lagu yang best2). Si Gothel ni pelihara Rapunzel sampai ler dia besar umo 18 tahun dan mengaku dia ibu kepada Rapunzel (Gothel ni bukan jahat cam ahli sihir tu, cuma dia sanggup lakukan apa saja untuk kelihatan muda). Dia dibesarkan di dalam sebuah menara yang tinggi dengan hanya ditemani oleh seko haiwan peliharaannya, sejenis chameleon yang buleh bertukar2 warna tu (Pascal).


Rapunzel yang asyik kena kurung jer mula memberontak untuk keluar dari menara tempat tinggalnya supaya dia dapat melihat sendiri ‘lampu terbang’ (tanglung) yg dilepaskan di satu tempat hanya setahun sekali oleh raja sebuah negeri. Dia berasa hairan kerana kebetulan tanglung ni akan dilepaskan ke langit hanya pada hari lahirnya.


Pengembaraan si Rapunzel ni akhirnya menjadi kenyataan dengan bantuan sorang pencuri, Flynn Rider aka Eugene Fitzherbert yang menjadi buruan askar2 dan seko kuda diraja, Maximus (akhirnya jadi kuda tunggangan Flynn Rider).


Apa jadi lagi?


Biasa ler citer kartun mcm ni.. happily ever after, yang lain2 korang pegi ler tengok sendiri.


p/s Kedua2 eko menatang dlm citer ni memang kelakar, si Pascal ngan Maximus tuh.. puas aku tahan gelak dlm panggung wayang (aku x tahan dia lawan pedang ngan Flynn Rider kat empangan yang hampir nak runtuh tu)



Balik tu ada makan2 free plak.. jiran sebelah umah wat kenduri doa selamat, kena nasi beriani… burpppp, kenyang sampai esok pagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan