Walaupun tewas tipis 1 - 2 malam ni kat Stadium Utama Gelora Bung Karno,
Tahniah untuk team
Sambil jerit2, sambil sorak2, kena plak pizza.. fewwww
p/s wa salute sama lu la Khairul Fahmi.. best dia main malam nih.
Blog ni aku hasilkan untuk berkongsi minat membela arnab dengan peminat-peminat arnab di luar sana. Pada masa yang sama jugak aku akan berkongsi kesukaan aku yang lain-lain…
Tahniah untuk team
Sambil jerit2, sambil sorak2, kena plak pizza.. fewwww
p/s wa salute sama lu la Khairul Fahmi.. best dia main malam nih.
Semalam anak2 aku ajak pegi jalan2..
Ahh? Mana aku nak cari kolam area2 sini? Spontan mama diorang cakap.. “Sunway Lagoon?”
Terus anak pompuan sulung aku tu jerit… “yeayyy!! Nak pegi, nak pegi..” sebabnya dia dah penah pegi sekali taun lepas, masa family day Tok Su diorang, yang lagi dua orang tu ngikut jer mana kakak diorang nak pegi.. janji dapat jalan2.
Kitorang sampai sini dah tengahari.. pagi tu cam biasa, manja2 ngan arnab kat belakang umah tu dulu, bagi makan, bagi minum.. baru ler senang hati nak jalan2.
3 jam beb.. sekali aku yang menggigil tak tahan, naik kecut abih
"Dah.. dah..
Ni antara yang aku sempat naik kat amusement park.. rasa macam tertinggal nyawa kat atas tuh, punya ler tinggi.. habis suara terjerit2 atas tu, tobat dah nak naik lepas nih.
Citer ni pun anak pompuan aku tuh nak sangat pegi, dia kata citer barbie.. dia tengok cam lebih kurang jer, aku cakap citer Rapunzel, dia kata barbie gak.. last2 aku yer
Untuk citer ni korang buleh bawak budak2 sebab diorang letak dalam kategori U. Aku pilih yang 3D, puas ati ler tengok.. dari 5 bintang aku kasik 4.
Korang tengok ler aksi dia tuh.. suka sangat dia tengok citer nih. Alih2 dia minat kat watak si Flyn Rider tuh, bukannya Rapunzel.. boleh camtu?
Citer ni mengisahkan Rapunzel yang dilarikan oleh Gothel semenjak dia bayi lagi kerana rambutnya tu mempunyai kuasa yang membolehkan Gothel ni sentiasa muda, dengan syarat dia mesti nyanyi satu lagu (citer ni banyak lagu yang best2). Si Gothel ni pelihara Rapunzel sampai ler dia besar umo 18 tahun dan mengaku dia ibu kepada Rapunzel (Gothel ni bukan jahat cam ahli sihir tu, cuma dia sanggup lakukan apa saja untuk kelihatan muda). Dia dibesarkan di dalam sebuah menara yang tinggi dengan hanya ditemani oleh seko haiwan peliharaannya, sejenis chameleon yang buleh bertukar2 warna tu (Pascal).
Rapunzel yang asyik kena kurung jer mula memberontak untuk keluar dari menara tempat tinggalnya supaya dia dapat melihat sendiri ‘lampu terbang’ (tanglung) yg dilepaskan di satu tempat hanya setahun sekali oleh raja sebuah negeri. Dia berasa hairan kerana kebetulan tanglung ni akan dilepaskan ke langit hanya pada hari lahirnya.
Pengembaraan si Rapunzel ni akhirnya menjadi kenyataan dengan bantuan sorang pencuri, Flynn Rider aka Eugene Fitzherbert yang menjadi buruan askar2 dan seko kuda diraja, Maximus (akhirnya jadi kuda tunggangan Flynn Rider).
Apa jadi lagi?
Biasa ler citer kartun mcm ni.. happily ever after, yang lain2 korang pegi ler tengok sendiri.
p/s Kedua2 eko menatang dlm citer ni memang kelakar, si Pascal ngan Maximus tuh.. puas aku tahan gelak dlm panggung wayang (aku x tahan dia lawan pedang ngan Flynn Rider kat empangan yang hampir nak runtuh tu)
Balik tu ada makan2 free plak.. jiran sebelah umah wat kenduri doa selamat, kena nasi beriani… burpppp, kenyang sampai esok pagi.
Dua eko ni anak2 si Suri ngan Resat yg lahir bulan September aritu, sepasang nih.. skang dah umo 3 bulan (gambar diorang sebelum ni). Ari ni ada orang dekat2 sini dtg tengok rabbit yg ada kat rabbitry aku, terus berkenan ngan bebudak nih.. wat main untuk anak2 katanya.
Farewell… semoga korang happy kat tempat baru.