Restoran makanan Arab di Langkawi ni tumbuh bagai cendawan semenjak dua menjak ni, kebanyakan owner memang orang Arab dari luar.. tapi ada yang dah berkahwin dengan orang sini dan ada jugak yang partnernya orang sini. Walaupun begitu masih terdapat Restoran Arab yang dibuka oleh orang Melayu untuk sama-sama bersaing dalam memenuhi selera para pelancong tempatan, luar negara dan juga penduduk Langkawi sendiri.
Diorang suka buka restoran di
sini kerana sekarang banyak pelancong dari Timur Tengah. Kebanyakan mereka suka
melancong ke sini kerana suasana yang jauh berbeza dengan suasana di tempat
mereka. Hutan hujan yang masih terpelihara, sawah padi yang terbentang luas dan
pantai yang mendamaikan.
Para pelancong ini suka berbelanja
dan menghabiskan wang yang dibawa.. shopping, makan, atau sekadar
menghabiskan waktu dengan aktiviti pantai, ATV dan sukan extreme yang
banyak ditawarkan dan tak dinafikan ada segelintir yang masih ‘berkira’ dalam
berbelanja.
Bila musim Arab tiba, geng2
yang buat tour dan juga geng teksi / eHailing mesti suka.. aktiviti jaulah
amat digemari.. eheh.. sudah pasti lokasi yang memberikan komisen yang
lumayan akan dibawa dan dipromosikan. Lokasi tetap yang akan dipromosi
antaranya mangrove tour di Kilim, aktiviti pantai di Pantai Tengah dan
juga menaiki ATV merentasi hutan yang banyak terdapat di Langkawi ini.
Ada juga Restoran Arab ni yang
meberikan komisen kepada pemandu (teksi, eHailing dsb) yang membawa pelancong
ke tempat mereka. Sudah tentu restoran yang memberikan komisen tertinggi akan
menjadi rebutan dan akan dipromosikan.
Setau aku sekarang ini
restoran sudah ditutup dan mungkin telah berpindah ke tempat lain.
Restoran Arab Kaki Gunung Raya
Dengar nama pun dah tau,
restoran ni terletak di kaki Gunung Raya, disediakan makanan dan minuman yang
pelbagai dan sudah semestinya sedap dan kena dengan selera aku. Kerap juga aku
ke sini membawa family dan sedara dari Kajang. Kadang-kadang dengan
member opis pun jadi.. eheh
Nasi Arab yambing set talam
(ayam + kambing). Selalunya yang ni la aku order. Aku ambik kambing, wife
aku dengan anak-anak lebih suka ayam. Kena plak dengan coconut shake..
fuhhh
Restoran Fair Café @ Langkawi
Fair
Restoran Nasi Arab Al
Arabi Hadramawt
Restoran ni teletak kat CITIN
Hotel, masa ni aku order nasi arab kambing, sedap jugak nasi arab dia.. rasa
macam kat Yaman.. eheh..
Nasi Arab Aroos Damascus
Restoran ni terletak kat area Nagoya Inn, dekat
juga dengan Hotel Grand Continental. Nasi Arab ayam dia pun sedap. Kiranya
nasi arab kat kebanyakan Restoran Arab yang aku pernah singgah dan makan di Langkawi ni,
sama ada ayam atau kambing semuanya 'mabeles', kena la dengan selera aku.
Nasi Arab Puji, Arabian Delight
Restoran ni terletak di Alor Setar, bukan di Langkawi tapi aku kerap juga ke sini. Sesekali dengan
member opis dan ada juga dengan family, ini kerana aku kerap keluar
pulau atas urusan kerja di HQ negeri yang terletak di Wisma Persekutuan lama.
Tak jauh dah dari sini.
Kebetulan anak sulung aku juga bersekolah di SMK Sultanah Asma dan tinggal di asrama, lokasinya juga tak jauh dari sekolah ini. Ambik kesempatan ler.. eheh
Masa ni kitorang dengan jiran sebelah rumah (geng opis aku gak) masa hantar anak-anak kitorang ada tournament tae kwan do kat Star Parade, Alor Setar.
Celebrate awal katanya.. eheh
Banyak lagi Restoran Arab di Langkawi ni yang tak sempat aku merasa, terutamanya kat area pantai Chenang. Mai la bercuti dan nikmati sendiri.. pasti anak-anak suka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan