Pengikut

Jumaat, 28 Ogos 2020

Beras Terbakar, Padang Matsirat

Antara lokasi tarikan pelancong di Langkawi ni adalah Beras Terbakar yang terletak di Padang Matsirat, berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Jalan nak masuk pun mudah, korang boleh parking kereta betul-betul depan kawasan Beras Terbakar ni kerana tapak parking yang luas.

Walaubagaimanapun tapak parking ini akan menjadi sibuk pada setiap hari Ahad kerana ada pasar malam di sini, jadi rancanglah perjalanan anda. Anda juga boleh mencuci mata dan dapatkan cenderamata yang banyak terdapat di gerai-gerai kecil sepanjang jalan sebelum memasuki kawasan Beras Terbakar ini. 

Kisahnya selepas sumpahan Mahsuri, Langkawi telah diserang dengan dahsyat sekali oleh angkatan tentera Siam di Selat Berhala Balik yang kini menjadi selat jalan masuk ke jeti Kuah. Akibat tidak tertahan lagi dan hampir kalah, Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya mengarahkan orang Langkawi untuk menanam simpanan beras yang ada supaya tidak jatuh ke tangan musuh.

Akhirnya Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya bersama-sama panglima perangnya telah tewas dan beliau telah dibunuh oleh tentera Siam, manakala kesan kekalahan itu telah menyebabkan beras simpanan yang ditanam telah terbakar.

Kekalahan Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya dan beras terbakar ini dikatakan ada kaitan dengan sumpahan Mahsuri yang telah dianiaya dan dihukum bunuh oleh beliau.

Saki baki beras terbakar yang dipercayai masih wujud sehingga kini. 

Kisah beras terbakar diabadikan pada papan tanda ini sebagai ingatan pada generasi akan datang.

Rumah tradisonal milik persendirian yang masih wujud dalam kawasan tapak beras terbakar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan