Pengikut

Jumaat, 28 Ogos 2020

Beras Terbakar, Padang Matsirat

Antara lokasi tarikan pelancong di Langkawi ni adalah Beras Terbakar yang terletak di Padang Matsirat, berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Jalan nak masuk pun mudah, korang boleh parking kereta betul-betul depan kawasan Beras Terbakar ni kerana tapak parking yang luas.

Walaubagaimanapun tapak parking ini akan menjadi sibuk pada setiap hari Ahad kerana ada pasar malam di sini, jadi rancanglah perjalanan anda. Anda juga boleh mencuci mata dan dapatkan cenderamata yang banyak terdapat di gerai-gerai kecil sepanjang jalan sebelum memasuki kawasan Beras Terbakar ini. 

Kisahnya selepas sumpahan Mahsuri, Langkawi telah diserang dengan dahsyat sekali oleh angkatan tentera Siam di Selat Berhala Balik yang kini menjadi selat jalan masuk ke jeti Kuah. Akibat tidak tertahan lagi dan hampir kalah, Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya mengarahkan orang Langkawi untuk menanam simpanan beras yang ada supaya tidak jatuh ke tangan musuh.

Akhirnya Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya bersama-sama panglima perangnya telah tewas dan beliau telah dibunuh oleh tentera Siam, manakala kesan kekalahan itu telah menyebabkan beras simpanan yang ditanam telah terbakar.

Kekalahan Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya dan beras terbakar ini dikatakan ada kaitan dengan sumpahan Mahsuri yang telah dianiaya dan dihukum bunuh oleh beliau.

Saki baki beras terbakar yang dipercayai masih wujud sehingga kini. 

Kisah beras terbakar diabadikan pada papan tanda ini sebagai ingatan pada generasi akan datang.

Rumah tradisonal milik persendirian yang masih wujud dalam kawasan tapak beras terbakar.

Selasa, 25 Ogos 2020

Cuti awal Muharram 1442H

Hari Khamis minggu lepas Hari Kelepasan Am, cuti awal Muharram tahun 1442H. Anak-anak ajak balik Kajang sebab sekolah cuti katanya sampai 24 Ogos 2020. Aku apply cuti rehat sehari, dapat ler empat hari kat Kajang.

Otw balik kitorang singgah R&R Ulu Bernam, aku ambik mee wantan kicap ngan nasi ayam Hong Kong untuk anak-anak. Aku baru tau ada mee wantan kat sini, dah jadi favourite aku.. eheh

Lepas ni kalau balik Kajang mesti singgah.

Ni antara lokasi yang aku kerap pegi untuk breakfast kalau balik Kajang, Roti Canai D’Bukit kat Bangi. Sedap roti canai dia, aku kena roti kawin campoq dengan gulai kambing + teh tarik ais.. terangkat weii

Kali ni tak bawak anak-anak sebab orang ramai sangat, bersesak-sesak, tapau jer la untuk diorang. Aku keluar ngan biras aku jer.

Biasanya aku ngan biras aku ni dan adik ipar aku yang bongsu kerap tengok wayang kat GSC Putrajaya, samada di IOI City Mall atau Alamanda. Tapi balik kali ni takder plak citer yang menarik hati.

Balik kali ni banyak lepak kat rumah jer, anak-anak plak rajin keluar ke rumah mak-mak sedara diorang.

Layan jer la.. janji happy.

#kitajagakita#

Rabu, 19 Ogos 2020

Restoran Arab

Restoran makanan  Arab di Langkawi ni tumbuh bagai cendawan semenjak dua menjak ni, kebanyakan owner memang orang Arab dari luar.. tapi ada yang dah berkahwin dengan orang sini dan ada jugak yang partnernya orang sini. Walaupun begitu masih terdapat Restoran Arab yang dibuka oleh orang Melayu untuk sama-sama bersaing dalam memenuhi selera para pelancong tempatan, luar negara dan juga penduduk Langkawi sendiri.

Diorang suka buka restoran di sini kerana sekarang banyak pelancong dari Timur Tengah. Kebanyakan mereka suka melancong ke sini kerana suasana yang jauh berbeza dengan suasana di tempat mereka. Hutan hujan yang masih terpelihara, sawah padi yang terbentang luas dan pantai yang mendamaikan.

Para pelancong ini suka berbelanja dan menghabiskan wang yang dibawa.. shopping, makan, atau sekadar menghabiskan waktu dengan aktiviti pantai, ATV dan sukan extreme yang banyak ditawarkan dan tak dinafikan ada segelintir yang masih ‘berkira’ dalam berbelanja.

Bila musim Arab tiba, geng2 yang buat tour dan juga geng teksi / eHailing mesti suka.. aktiviti jaulah amat digemari.. eheh.. sudah pasti lokasi yang memberikan komisen yang lumayan akan dibawa dan dipromosikan. Lokasi tetap yang akan dipromosi antaranya mangrove tour di Kilim, aktiviti pantai di Pantai Tengah dan juga menaiki ATV merentasi hutan yang banyak terdapat di Langkawi ini.

Ada juga Restoran Arab ni yang meberikan komisen kepada pemandu (teksi, eHailing dsb) yang membawa pelancong ke tempat mereka. Sudah tentu restoran yang memberikan komisen tertinggi akan menjadi rebutan dan akan dipromosikan.

Kat bawah ni aku masukkan Restoran Arab yang aku pernah pergi dan merasa makanan mereka.

Restoran Layale Alsyam

Restoran ni terletak di Langkawi Lagoon, antara restoran Arab terawal yang aku kerap pergi masa mula-mula berpindah ke Langkawi. Makanan pun sedap-sedap dan boleh ulang.

Setau aku sekarang ini restoran sudah ditutup dan mungkin telah berpindah ke tempat lain.

Restoran Arab Kaki Gunung Raya

Dengar nama pun dah tau, restoran ni terletak di kaki Gunung Raya, disediakan makanan dan minuman yang pelbagai dan sudah semestinya sedap dan kena dengan selera aku. Kerap juga aku ke sini membawa family dan sedara dari Kajang. Kadang-kadang dengan member opis pun jadi.. eheh


Kebiasaannya selepas mandi manda di pantai Pasir Tengkorak bersama family, aku akan singgah di sini. Sedap jugak makanan di sini, kena dengan selera.

Nasi Arab yambing set talam (ayam + kambing). Selalunya yang ni la aku order. Aku ambik kambing, wife aku dengan anak-anak lebih suka ayam. Kena plak dengan coconut shake.. fuhhh


Sesekali order yang ni saja.. nasi arab ayam set talam..


Kerap jugak datang dengan geng opis, time rehat.. eheh

Restoran Fair Café @ Langkawi Fair

Aku pernah tapau nasi arab ayam kat sini, sedap jugak..

Restoran Nasi Arab Al Arabi Hadramawt

Restoran ni teletak kat CITIN Hotel, masa ni aku order nasi arab kambing, sedap jugak nasi arab dia.. rasa macam kat Yaman.. eheh..

Tapi setau aku sekarang ni restoran ni dah tutup, pindah mana tak tau plak aku.

Nasi Arab Aroos Damascus

Restoran ni terletak kat area Nagoya Inn, dekat juga dengan Hotel Grand Continental. Nasi Arab ayam dia pun sedap. Kiranya nasi arab kat kebanyakan Restoran Arab yang aku pernah singgah dan makan di Langkawi ni, sama ada ayam atau kambing semuanya 'mabeles', kena la dengan selera aku.

Nasi Arab Puji, Arabian Delight

Restoran ni terletak di Alor Setar, bukan di Langkawi tapi aku kerap juga ke sini. Sesekali dengan member opis dan ada juga dengan family, ini kerana aku kerap keluar pulau atas urusan kerja di HQ negeri yang terletak di Wisma Persekutuan lama. Tak jauh dah dari sini.

Kebetulan anak sulung aku juga bersekolah di SMK Sultanah Asma dan tinggal di asrama, lokasinya juga tak jauh dari sekolah ini. Ambik kesempatan ler.. eheh

Ni masa kitorang hantar anak sulung aku kat asrama SMK Sultanah Asma, Jalan Langgar, Alor Setar.

Masa ni kitorang dengan jiran sebelah rumah (geng opis aku gak) masa hantar anak-anak kitorang ada tournament tae kwan do kat Star Parade, Alor Setar.

Celebrate awal katanya.. eheh

Banyak lagi Restoran Arab di Langkawi ni yang tak sempat aku merasa, terutamanya kat area pantai Chenang. Mai la bercuti dan nikmati sendiri.. pasti anak-anak suka.

Rabu, 12 Ogos 2020

Makam Mahsuri

Makam mahsuri ini terletak di dalam Kota Mahsuri yang dibangunkan semula lengkap dengan muzium dan teater tradisonal di Mukim Ulu Melaka. 

Tempat bersejarah di Langkawi ini merupakan lokasi pelancongan yang mesti dilawati setiap pelancong yang bercuti ke Langkawi. Ini kerana kisah Mahsuri dan Langkawi memang tidak dapat dipisahkan.

Dalam Kota Mahsuri ini juga dibangunkan rumah Kedah yang melambangkan rumah binaan Langkawi yang popular pada masa dahulu.

Banyak kali jugak la aku ke sini.. bawa anak-anak dan bawa sedara yang datang bercuti.

Cerita rakyat dari mulut ke mulut mengisahkan bagaimana Mahsuri yang cantik rupawan, difitnah oleh Wan Mahora, isteri Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya kerana cemburu dan amarah kerana suaminya menyimpan hasrat memperisterikan Mahsuri. Wan Mahora menuduh Mahsuri menduakan suaminya Wan Derus (adik iparnya sendiri) mempunyai hubungan sulit dengan Deramang ketika Wan Derus tiada di rumah kerana terpaksa keluar untuk berperang melawan Siam sehinggalah Mahsuri dihukum bunuh di Padang Matsirat.

Akibat sumpahan Mahsuri, dipercayai Langkawi menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan selepas dikalahkan oleh Siam dalam peperangan.

Selasa, 4 Ogos 2020

Selamat Hari Raya Aidiladha


Raya Aidiladha tahun ni aku sekeluarga balik Kajang, kumpul ramai-ramai.. bergambar ramai-ramai.


Semua ada tahun ni, masing-masing raya sini.


Hasil merendang.. ada rendang daging, ayam, lemang ngan ketupat.



Coklat favourite aku dari Langkawi.. suh abang aku bawak dari sana.. eheh


Dua hari berturut-turut aku gi kena mee tarik Warisan Asli kat Metro Point, Kajang ni. First day dating berdua ajer.. aku order fried noodle with chicken, wife aku kena mee kari + iced lemon tea.


Second day repeat dengan parent in law aku plak. Kebetulan semua anak-anak keluar gi beraya.. habuan kitorang la.. eheh


Kali ni aku order wet mee with chicken + iced lemon tea.. semua aku suka.


Untuk yang menunggu kat rumah aku tapau KFC jer.. senang, budak-budak tu pun suka.

Patuhi SOP!!! #kitajagakita#