Pengikut

Jumaat, 24 Julai 2020

Selamat pengantin baru


Hujung minggu baru ni aku berkesempatan menyertai rombongan pernikahan anak buah aku (anak kakak aku yang sulung) di Bagan Serai, Perak. Kat sini nikah di pejabat agama, sebab dalam tempoh PKPP kan. Proses nya pun sekejap jer, lepas tu terus ke rumah pengantin perempuan untuk sesi bergambar dan makan-makan.. eheh

Selamat pengantin baru abam.. doa dititip agar kalian berdua sentiasa dilimpahi rahmat Allah dan berkah yang mencurah-curah dan mudah-mudahan Dia mempersatukan kalian dengan kebaikan.

Dah alang-alang tu aku ambik kesempatan terus balik kampung la..


Malam tu aku ajak abang aku satu family makan kat sini.. Restoran Umai Khadijah, Sik. Waktu malam cantik view dia, suasana pun nyaman, lokasi kat tepi bendang menghala ke Pekan Sik.

Makanan kat sini pun sedap jugak. Aku order char kue teow.. boleh ulang.


Aku tapau nasi goreng Cina untuk anak-anak kat rumah dan nasi goreng paprik untuk yang tersayang.. eheh.. favourite dia ni kalau makan kat luar.


Malam esok tu aku ulang lagi.. eheh.. kali ni ajak member lama aku kat kampung ni, lama tak jumpa katanya. Sambil borak-borak, kena dengan mee goreng basah campur telur dadar ngan neslo ais.. sedap jugak, kena la dengan selera.

Puas hati balik kampung kali ni, dapat dua malam aku kat kampung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan