Pengikut

Ahad, 5 Julai 2020

Rawatan anak di HSB, Alor Setar

Minggu lepas aku ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar sebab ada temujanji rawatan anak dengan doktor pakar di sana. Kebetulan semua ada di rumah, sekolah pun cuti lagi, semua nak ngikut..

Gerak hari Ahad, aku sambung ngan cuti rehat 2 hari.. Kiranya macam cuti-cuti makan angin gak la.. eheh


Mee udang Mak Jah, Kuala Sepetang.

Sebelum ni aku pernah makan kat Mee udang Mak Teh, kali ni lajak sket ke depan nak try mee udang Mak Jah plak..

Sedap jugak.. punyala ramai orang singgah.


Kitorang check in kat sini.. sampai hotel lebih kurang pukul 3.30 petang.

Aku ambik family room.. dapat ler 2 bilik, suka budak2 ni.


Niat di hati nak bawak budak-budak ni jalan kat Aman Sentral, sekali ramai plak orang..

Untuk #kitajagakita, aku ambik keputusan tapau jer McD kat Aman Sentral ni, makan kat bilik.


Lepas maghrib aku keluar lepak kat sini, tepon cousin aku dari Jitra mai ambik. Mulanya nak lepak Iman Kue Teow Kerang (antara favourite aku kalau mai Alor Setar ni), punya la ramai orang sampai takde seat.  

Lama tak lepak katanya..

Aku pernah makan nasi ayam dia.. sedap, tapi kali ni aku try bihun sup daging.

Sedap jugak..


Esoknya bawak budak ni ke HSB, jumpa ngan doktor pakar pukul 9 pagi.

Alhamdulillah.. sakit kat kakinya dah semakin pulih.. ingatkan dah boleh discaj, tapi doktor kata kena datang lagi tahun depan untuk pemantauan. Aku kena ambik cuti lagi ler jawabnya. 


Selepas habis rawatan di HSB aku singgah kena pulut durian Pak Tuan Syed ni kat Gurun, jalan nak naik ke Gunung Jerai.

Sedap pulut durian dia.. teringat-ingat.

Petang tu balik Sik sat.. eheh



Balik mai tengok rumah, bersih rumah.. bila la rasanya dapat balik duk sini.


Esoknya sebelum balik, aku gi rumah abang ajak dia 1 family mai breakfast kat Pekan Sik.. kena roti canai campoq daging masak hitam, apa nak kata..



Rambutan ngan durian belakang rumah mak, bagi budak2 ni rasa kutip buah.. eheh.

Ada anak arnab baru.. nanti aku post kat next posting.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan