Pengikut

Selasa, 28 Julai 2020

Perkembangan terkini PKPP

Berikutan peningkatan kes baru-baru ini akibat kes-kes import dan penularan tempatan, kerajaan mula mengambil langkah tegas supaya tidak berlaku 2nd wave pandemik Covid-19 ini.


Warga asing dan tempatan yang baru pulang dari luar negara diwajibkan kuarantin di pusat kuarantin yang telah diwartakan sebelum ini.


Tindakan tegas boleh diambil sekiranya melanggar peraturan.


Patuhi arahan kalau tak mau kena saman.


Alhamdulillah..

Boleh balik Kajang untuk sambut Raya Korban, cuti pun dah apply 2 hari, boss baru approve tadi.. eheh


Kerajaan memperketatkan SOP Hari Raya Aidiladha untuk kemaslahatan bersama dan kebaikan semua. 


Pakai pelitup muka di dalam kenderaan awam dan tempat bersesak-sesak, wajib yer start 1/8/2020 nanti.

Patuhi SOP!!! #kitajagakita#

Jumaat, 24 Julai 2020

Selamat pengantin baru


Hujung minggu baru ni aku berkesempatan menyertai rombongan pernikahan anak buah aku (anak kakak aku yang sulung) di Bagan Serai, Perak. Kat sini nikah di pejabat agama, sebab dalam tempoh PKPP kan. Proses nya pun sekejap jer, lepas tu terus ke rumah pengantin perempuan untuk sesi bergambar dan makan-makan.. eheh

Selamat pengantin baru abam.. doa dititip agar kalian berdua sentiasa dilimpahi rahmat Allah dan berkah yang mencurah-curah dan mudah-mudahan Dia mempersatukan kalian dengan kebaikan.

Dah alang-alang tu aku ambik kesempatan terus balik kampung la..


Malam tu aku ajak abang aku satu family makan kat sini.. Restoran Umai Khadijah, Sik. Waktu malam cantik view dia, suasana pun nyaman, lokasi kat tepi bendang menghala ke Pekan Sik.

Makanan kat sini pun sedap jugak. Aku order char kue teow.. boleh ulang.


Aku tapau nasi goreng Cina untuk anak-anak kat rumah dan nasi goreng paprik untuk yang tersayang.. eheh.. favourite dia ni kalau makan kat luar.


Malam esok tu aku ulang lagi.. eheh.. kali ni ajak member lama aku kat kampung ni, lama tak jumpa katanya. Sambil borak-borak, kena dengan mee goreng basah campur telur dadar ngan neslo ais.. sedap jugak, kena la dengan selera.

Puas hati balik kampung kali ni, dapat dua malam aku kat kampung.

Khamis, 9 Julai 2020

Hutan Lipur Lubuk Semilang, Langkawi


Lubuk Semilang ni tak jauh dari rumah aku, kalau tak mandi pantai ke sinilah anak-anak aku ajak. Mandi air bukit, sejuk jangan cerita la..



Kerap jugak aku bawak budak-budak ni ke sini.. aktiviti yang depa paling suka tangkap anak-anak ikan nak bawak balik.

Layankan ajer..

Selalunya sebelum balik rumah aku akan lepaskan semula dalam sungai tu. Bukannya nak hidup pun kalau bawak balik.



Kalau diorang tak ajak, aku yang ajak.. eheh..

Berkelah kat kaki bukit, mandi air sungai.. fuhh.. sejuk weiii


Kadang-kadang ajak jiran sebelah rumah sekali.. buat BBQ, apa nak kata..

Selasa, 7 Julai 2020

Anak arnab

Balik kampung aritu tengok ibu arnab kat rumah abang aku dah beranak, seminggu lebih dah. Semua dah buka mata. Ada ler 5 ekor.


Comel-comel kan semua. Rasa nak ambik bawak balik.. eheh


Sekarang payah sket aku nak membela, nanti-nanti lah aku bawak balik sekor dua, buat peneman.

Penaik semangat.. giteww


Suka dia dapat keluar sangkar, lari punya la laju..


Anak-anak aku la paling geram.. nak dipicit-picit anak arnab ni, sebelum jadi apa-apa, aku masukkan balik dalam sangkar.

Ahad, 5 Julai 2020

Rawatan anak di HSB, Alor Setar

Minggu lepas aku ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar sebab ada temujanji rawatan anak dengan doktor pakar di sana. Kebetulan semua ada di rumah, sekolah pun cuti lagi, semua nak ngikut..

Gerak hari Ahad, aku sambung ngan cuti rehat 2 hari.. Kiranya macam cuti-cuti makan angin gak la.. eheh


Mee udang Mak Jah, Kuala Sepetang.

Sebelum ni aku pernah makan kat Mee udang Mak Teh, kali ni lajak sket ke depan nak try mee udang Mak Jah plak..

Sedap jugak.. punyala ramai orang singgah.


Kitorang check in kat sini.. sampai hotel lebih kurang pukul 3.30 petang.

Aku ambik family room.. dapat ler 2 bilik, suka budak2 ni.


Niat di hati nak bawak budak-budak ni jalan kat Aman Sentral, sekali ramai plak orang..

Untuk #kitajagakita, aku ambik keputusan tapau jer McD kat Aman Sentral ni, makan kat bilik.


Lepas maghrib aku keluar lepak kat sini, tepon cousin aku dari Jitra mai ambik. Mulanya nak lepak Iman Kue Teow Kerang (antara favourite aku kalau mai Alor Setar ni), punya la ramai orang sampai takde seat.  

Lama tak lepak katanya..

Aku pernah makan nasi ayam dia.. sedap, tapi kali ni aku try bihun sup daging.

Sedap jugak..


Esoknya bawak budak ni ke HSB, jumpa ngan doktor pakar pukul 9 pagi.

Alhamdulillah.. sakit kat kakinya dah semakin pulih.. ingatkan dah boleh discaj, tapi doktor kata kena datang lagi tahun depan untuk pemantauan. Aku kena ambik cuti lagi ler jawabnya. 


Selepas habis rawatan di HSB aku singgah kena pulut durian Pak Tuan Syed ni kat Gurun, jalan nak naik ke Gunung Jerai.

Sedap pulut durian dia.. teringat-ingat.

Petang tu balik Sik sat.. eheh



Balik mai tengok rumah, bersih rumah.. bila la rasanya dapat balik duk sini.


Esoknya sebelum balik, aku gi rumah abang ajak dia 1 family mai breakfast kat Pekan Sik.. kena roti canai campoq daging masak hitam, apa nak kata..



Rambutan ngan durian belakang rumah mak, bagi budak2 ni rasa kutip buah.. eheh.

Ada anak arnab baru.. nanti aku post kat next posting.