
Hari ni aku tak nak citer pasal arnab, sebaliknya aku akan berkongsi kesukaan aku mengisi masa terluang dengan menanam pelbagai jenis pokok.. ada pokok bonsai, buah-buahan, herba dan tumbuhan tempatan, pokok hiasan (minat aku lebih kepada pokok keladi) dan tumbuhan hijau yang ditanam untuk memenuhi selera tekak sumer arnab kat belakang umah tu.

Nama tempatan : pokok bunga kertas
Nama saintifik : bougainvillea spp
Warna bunga : ungu
Cara tanam : tunggul (diambil sekali dengan akarnya)
Tarikh diperolehi : 2010
Keterangan : aku bawak balik dari kampung ke Kajang masa raya haji 2010 aritu, nak 'bela' balik sebab tunggulnya dah dimakan anai2.. ditanam di dalam pasu besar untuk buat bonsai. Skang ni dah berdaun dan mula berbunga semula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan