Blog ni aku hasilkan untuk berkongsi minat membela arnab dengan peminat-peminat arnab di luar sana. Pada masa yang sama jugak aku akan berkongsi kesukaan aku yang lain-lain…
Pengikut
Selasa, 4 Januari 2011
Merenung masa depan
Bermula semalam anak pompuan sulung aku tu dah mula bersekolah tadika, tadika 5 taun.. seminggu sebelum tahun baru ke hulu ke hilir dia mengusung beg oren dia tuh, tak sabar2 nak pegi sekolah..
Selepas selesai proses pendaftaran semalam, cikgu dia bagi kebenaran untuk balik umah, besok baru mula kelas katanya. Korang tau apa anak aku cakap?
“Hari ni kan sekolah? Mana boleh balik lagi..” mana dia nak balik, dah jumpa kawan baru. Nasib baik tak dibantainya melalak dalam kelas tu.
Korang tengok ler tuh..
Merenung masa depan.. Ni masa baru2 sampai, belum kenal2 dengan kawan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan