Semasa
berada di Sik tempohari, kerajaan telah mengisytiharkan PKPB di seluruh negeri
di Semenanjung kecuali Negeri Perlis,
Pahang dan Kelantan akibat penularan pandemik Covid-19 yang mengganas
bagi gelombang ketiga. Terpaksa aku ke balai polis berdekatan untuk dapatkan
kelulusan rentas daerah / negeri untuk balik semula ke tempat kerja, sebab aku
bawak balik satu keluarga.
Alhamdulillah.. nasib baik diluluskan.
PKPB ini bermula 9 November 2020 sehingga 6 Disember 2020 iaitu bagi tempoh 4 minggu untuk mengekang wabak ini dari merebak lebih teruk lagi.
Bersama-sama kita patuhi SOP supaya hasrat kerajaan untuk mengekang penularan wabak ini berjaya sepenuhnya.
Makluman
terkini, PKPB di empat negeri iaitu Johor (kecuali Kota Tinggi dan Mersing),
Melaka, Terengganu dan Kedah (kecuali Kulim) telah ditamatkan lebih awal pada 21 November
2020 kerana kes aktif telah berkurangan. Keadaan ini membolehkan sektor ekonomi
kembali rancak bagi negeri-negeri yang berkenaan.
Pihak pengurusan opis aku pun meluluskan Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi semua staff, di mana pelaksanaannya dibuat secara penggiliran untuk memenuhi hasrat kerajaan bagi memastikan keberadaan pekerja ke pejabat adalah pada tahap maksimum 30 peratus.
Sempat juga aku bawak balik sepasang arnab Teddy Bear (beli kat orang kampung) untuk buat main-main sebab dah lama tak membela arnab nih.
Boleh juga aku hadap arnab dua ekor tuh sambil-sambil BDR nih.. eheh
Nanti aku cerita kat sini.
#kitajagakita#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan