Pengikut

Sabtu, 21 November 2020

PKPB di seluruh negeri di Semenanjung

Semasa berada di Sik tempohari, kerajaan telah mengisytiharkan PKPB di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Negeri Perlis,  Pahang dan Kelantan akibat penularan pandemik Covid-19 yang mengganas bagi gelombang ketiga. Terpaksa aku ke balai polis berdekatan untuk dapatkan kelulusan rentas daerah / negeri untuk balik semula ke tempat kerja, sebab aku bawak balik satu keluarga.

Alhamdulillah.. nasib baik diluluskan.

PKPB ini bermula 9 November 2020 sehingga 6 Disember 2020 iaitu bagi tempoh 4 minggu untuk mengekang wabak ini dari merebak lebih teruk lagi.

Bersama-sama kita patuhi SOP supaya hasrat kerajaan untuk mengekang penularan wabak ini berjaya sepenuhnya.


Makluman terkini, PKPB di empat negeri iaitu Johor (kecuali Kota Tinggi dan Mersing), Melaka, Terengganu dan Kedah (kecuali Kulim) telah ditamatkan lebih awal pada 21 November 2020 kerana kes aktif telah berkurangan. Keadaan ini membolehkan sektor ekonomi kembali rancak bagi negeri-negeri yang berkenaan.

Pihak pengurusan opis aku pun meluluskan Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi semua staff, di mana pelaksanaannya dibuat secara penggiliran untuk memenuhi hasrat kerajaan bagi memastikan keberadaan pekerja ke pejabat adalah pada tahap maksimum 30 peratus.

Sempat juga aku bawak balik sepasang arnab Teddy Bear (beli kat orang kampung) untuk buat main-main sebab dah lama tak membela arnab nih.

Boleh juga aku hadap arnab dua ekor tuh sambil-sambil BDR nih.. eheh

Nanti aku cerita kat sini.

#kitajagakita#

Jumaat, 20 November 2020

Penyambung legasi

Minggu lepas aku sempat balik kampung kat Sik, lama dah rasanya tak balik tengok rumah kat kampung tu. Sempat ler kemas-kemas rumah dan ziarah abang-abang aku. Nak jadi rezeki aku satu keluarga, kebetulan abang aku siap potong sekor ayam kampung dan buat gulai.. merecik weii.

Rumah abang aku ni sebelah jer dengan rumah arwah mak aku. Alang-alang dah kat rumah dia, aku snap ler gambar sekeping dua arnab yang ada kat rumah dia ni.

Ni ler antara penyambung legasi yang masih ada. Umur dalam 2 bulan lebih camtu.

Ada lima ekor dalam sangkar ni. Sihat-sihat semua.

Banyak yang abang aku dah sembelih buat lauk. Kalau tak ayam, arnab ni ler dia ambik.

Kebetulan jugak balik kali ni, kerajaan isytihar PKPB seluruh Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan akibat pandemik Covid-19. Kelam kabut aku ke balai polis berdekatan untuk dapatkan kelulusan rentas daerah / negeri untuk balik semula ke tempat kerja, sebab aku bawak balik satu keluarga.

 Alhamdulillah.. nasib baik diluluskan.

 #kitajagakita#