Pengikut

Isnin, 14 September 2020

Kursus di Sungai Petani

Minggu lepas aku berkesempatan menghadiri kursus di Sungai Petani selama tiga hari. Walaupun ada PKPD secara pentadbiran di Amanjaya (termasuk Ambangan Heights) di tiga zon iaitu Kenanga, Mawar dan Melor, kursus tersebut berjaya dilaksanakan dengan SOP yang ketat.

Ada sesetangah restoran di kawasan sekitar yang menutup operasi mereka dan ada yang masih menjalankan operasi seperti biasa. Walaubagaimanapun pelanggan tidak dibenarkan makan di kedai dan hanya bungkus sahaja dibenarkan.

Setakat hari ini PKPD di Amanjaya telah ditamatkan pada 13 September 2020 hanya bagi dua zon iaitu Zon Kenanga dan Zon Mawar. Manakala PKPD secara pentadbiran di Zon Melor telah diteruskan bermula 14 September sehingga 27 September 2020 kerana terdapat kes-kes baru.

Aku terpaksa keluar dari kawasan Sungai Petani untuk lepak dan mencari makan, kebetulan cousin aku ada di Semeling, ambik kesempatan ler.. eheh

At Satay Semeling (Pengkalan)

Hari pertama sampai, selepas check in aku terus ke Semeling untuk berjumpa dengan cousin aku, dah lama tak jumpa katanya (kitorang memang rapat dari kecik). Kitorang lepak kat At Satay Semeling sambil  pekena mee goreng dan satay ayam ngan daging. Sedap satay dia, besar dan murah lagi.

Selesai makan dan bercerita, aku ke rumah dia di Taman Semeling Jaya, sambung borak. Lepas isyak jugak la baru aku balik ke tempat kursus.

Kg Huma, Tg Dawai

Hari kedua aku ajak cousin aku sekali lagi pusing-pusing area Tg Dawai. Tak jauh dah dari rumah dia, lebih kurang setengah jam drive ke sana. Hajat hati nak dapatkan sedikit hasil laut untuk dibawa balik untuk kegunaan sendiri dan sebagai buah tangan untuk jiran-jiran dan rakan-rakan sekerja. Malam kitorang dinner kat Pak Anjang Corner, Semeling, gerai tepi jalan jer tapi sedap dan boleh ulang.

Antara barang wajib beli, belacan dan ikan bilis mata biru .. eheh

Iman Kue Teow Kerang, Alor Setar

Selepas habis kursus hari ketiga di sana, aku tepon cousin yang kat Jitra tu plak, ajak lepak di Iman Kue Teow Kerang, Alor Setar tempat favourite aku. Kena Kue Teow Kerang special, lepas rindu..

Balas dendam katanya, dua pinggan sekali hadap.. eheh 

Kue Teow Theng, Pekan Sik

Selepas selesai kursus di Sungai Petani, aku terus lajak balik kampung di Sik. Tengok dan kemas-kemas rumah kat kampung tu. Petang sampai tu aku ajak abang aku satu family mai pekena kue teow theng plak kat Pekan Sik. Aku suka dan diorang pun suka.

Kue teow goreng aku tapau untuk stok malam.. eheh

Restoran Pimas, Pekan Sik

Pagi sebelum aku bertolak balik, sekali lagi aku ajak abang aku satu family breakfast roti canai kat sini, kena roti kawin campoq dengan paru masak hitam.. gu plak dengan air horlick ais kawww..

Heaven weii..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan