Minggu lepas aku berkesempatan menghadiri kursus di Sungai Petani selama tiga hari. Walaupun ada PKPD secara pentadbiran di Amanjaya (termasuk Ambangan Heights) di tiga zon iaitu Kenanga, Mawar dan Melor, kursus tersebut berjaya dilaksanakan dengan SOP yang ketat.
Ada sesetangah restoran di
kawasan sekitar yang menutup operasi mereka dan ada yang masih menjalankan operasi
seperti biasa. Walaubagaimanapun pelanggan tidak dibenarkan makan di kedai dan
hanya bungkus sahaja dibenarkan.
Setakat hari ini PKPD di
Amanjaya telah ditamatkan pada 13 September 2020 hanya bagi dua zon iaitu Zon
Kenanga dan Zon Mawar. Manakala PKPD secara pentadbiran di Zon Melor telah
diteruskan bermula 14 September sehingga 27 September 2020 kerana terdapat
kes-kes baru.
Aku terpaksa keluar dari
kawasan Sungai Petani untuk lepak dan mencari makan, kebetulan cousin
aku ada di Semeling, ambik kesempatan ler.. eheh
At Satay Semeling (Pengkalan)
Hari pertama sampai, selepas check
in aku terus ke Semeling untuk berjumpa dengan cousin aku, dah lama
tak jumpa katanya (kitorang memang rapat dari kecik). Kitorang lepak kat At
Satay Semeling sambil pekena mee goreng
dan satay ayam ngan daging. Sedap satay dia, besar dan murah lagi.
Selesai makan dan bercerita,
aku ke rumah dia di Taman Semeling Jaya, sambung borak. Lepas isyak jugak la baru
aku balik ke tempat kursus.
Kg Huma, Tg Dawai
Hari kedua aku ajak cousin aku sekali lagi pusing-pusing area Tg Dawai. Tak jauh dah dari rumah dia, lebih kurang setengah jam drive ke sana. Hajat hati nak dapatkan sedikit hasil laut untuk dibawa balik untuk kegunaan sendiri dan sebagai buah tangan untuk jiran-jiran dan rakan-rakan sekerja. Malam kitorang dinner kat Pak Anjang Corner, Semeling, gerai tepi jalan jer tapi sedap dan boleh ulang.
Antara barang wajib beli,
belacan dan ikan bilis mata biru .. eheh
Iman Kue Teow Kerang, Alor
Setar
Selepas habis kursus hari ketiga di sana, aku tepon cousin yang kat Jitra tu plak, ajak lepak di Iman Kue Teow Kerang, Alor Setar tempat favourite aku. Kena Kue Teow Kerang special, lepas rindu..
Balas dendam katanya, dua
pinggan sekali hadap.. eheh
Kue Teow Theng, Pekan Sik
Selepas selesai kursus di Sungai Petani, aku terus lajak balik kampung di Sik. Tengok dan kemas-kemas rumah kat kampung tu. Petang sampai tu aku ajak abang aku satu family mai pekena kue teow theng plak kat Pekan Sik. Aku suka dan diorang pun suka.
Kue teow goreng aku tapau
untuk stok malam.. eheh
Restoran Pimas, Pekan Sik
Pagi sebelum aku bertolak balik, sekali lagi
aku ajak abang aku satu family breakfast roti canai kat sini, kena roti
kawin campoq dengan paru masak hitam.. gu plak dengan air horlick ais kawww..
Heaven weii..