Pengikut

Khamis, 4 Jun 2020

Ekspedisi ke Selat Panchor

Antara aktiviti aku di Langkawi bersama geng2 opis adalah ke sini. Pendakian ke puncak bukit area Jalan Penarak dan menuruni bukit untuk sampai ke Selat Panchor.



Seramai 20 orang berjaya sampai ke puncak dengan dibantu oleh 4 orang ahli APM. Ada juga yang menaiki bot terus ke Selat Panchor kerana membawa peralatan memasak di sana, mestilah ada acara makan-makan.. eheh

Tujuan ekspedisi ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama berpasukan dan perpaduan di kalangan kakitangan. Kata-kata ini diterapkan kepada semua peserta ekspedisi, ‘take nothing but pictures, leave nothing but footprints & keep nothing but memories’.. giteww
Dari kejauhan samar-samar kelihatan Pulau Dayang Bunting yang berhadapan dengan jeti Kuah.

Pendakian dan menuruni bukit ini bukanlah mudah kerana ianya memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk menghadapi rintangan dan kesukaran bentuk muka bumi yang curam untuk sampai ke destinasi.

Turut diselitkan dalam ekspedisi ini, sesi gotong royong membersihkan persekitaran di tapak perkhemahan Selat Panchor agar sikap prihatin terhadap kebersihan sekitar dapat diterap di dalam jiwa peserta ekspedisi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan