1) Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan
ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya;
2)
Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat
Malaysia ke luar negara;
3)
Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat
asing ke dalam negara;
4) Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan
swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
5) Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Awam dan Swasta serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; dan
6) Penutupan semua premis kerajaan dan swasta
kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services) - melibatkan 22 ‘perkhidmatan
perlu’.
Manakala kawalan pergerakan adalah
terhad mengikut keperluan dan tidak boleh melakukan perjalanan rentas negeri.
Sesiapa yang ingkar boleh dikenakan kompaun maksimum sehingga RM1,000.
PKP Fasa II
(1 April 2020 – 14 April 2020)
Pemakaian di seluruh Malaysia dan
terdapat essential services melibatkan 10 sektor kritikal dibenarkan beroperasi,
manakala kawalan pergerakan adalah terhad mengikut masa dan sektor. Kompaun masih
lagi dikenakan kepada sesiapa yang ingkar.
PKPD – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
Pemakaian di kawasan tertentu
sahaja terutamanya di kawasan zon merah yang mempunya kes peningkatan Covid-19 secara
mendadak, iaitu bagi tempoh dua minggu dari tarikh perisytiharan. Fasa ini
menyebabkan semua essential services dan premis perniagaan ditutup
dengan beberapa pengecualian. Manakala kawalan pergerakan adalah tegas dan
sebarang pergerakan tidak dibenarkan.
PKP Fasa III
(15 April 2020 – 28 April 2020)
Pemakaian di seluruh Malaysia dan sektor-sektor
terpilih dibenarkan beroperasi secara berperingkat, walaubagaimanapun ia perlu
mematuhi garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat. Sesiapa
yang ingkar akan terus ditahan untuk dikenakan tindakan di mahkamah (penjara) dan
tidak lagi dikompaun seperti pada PKP Fasa I dan Fasa II. Semenatara itu sesi
persekolahan juga masih ditangguhkan sehingga keadaan kembali pulih.
PKP Fasa IV
(29 April 2020 – 12 Mei 2020)
Pemakaian di seluruh Malaysia dan beberapa
kelonggaran telah dibenarkan oleh kerajaan, misalnya dua orang boleh bergerak
di dalam satu kereta (keluarga terdekat yang tinggal serumah) dan boleh keluar
lebih 10 km untuk membeli makanan, keperluan harian dan ubat-ubatan. Mana-mana
pihak yang melanggar peraturan ini boleh dikenakan denda maksimum sehingga
RM1,000 atau dipenjarakan sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
PKPB – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(4 Mei 2020 – 9 Jun 2020)
Larangan pergerakan antara negeri kekal dalam
tempoh PKPB, manakala SOP solat Jumaat dan berjemaah sedang diperhalusi. Selain
itu pasangan suami isteri yang tinggal di negeri berasingan kerana faktor kerja
akan diberi kelonggaran untuk membuat perjalanan rentas negeri.
Permohonan boleh dibuat menerusi aplikasi
Gerak Malaysia atau datang sendiri ke balai polis terdekat. Ziarah-menziarahi
dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat & keluarga yang tinggal dalam
negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang dalam satu-satu masa ketika hari
perayaan tetapi tidak boleh buat jamuan besar / rumah terbuka.
Berikut merupakan aktiviti yang
masih dilarang dalam tempoh PKPB :
Sembahyang berjemaah dan
Jumaat di Masjid masih tidak dibenarkan dan sekolah masih ditutup.
Kenduri dan majlis perkahwinan masih tidak dibenarkan.
PKPP – Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan
(10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020)
Tujuh strategi PKPP diperkenalkan :
1)
Pengukuhan
kesihatan awam
2)
Perundangan
dan penguatkuasaan
3)
Pengukuhan
kawalan sempadan
4)
Pembukaan
sepenuhnya sektor ekonomi
5)
Pembudayaan
kebiasan baru
6)
Pemerkasaan
tanggungjawab komuniti
7)
Perlindungan
golongan berisiko
Berikut adalah
senarai aktiviti yang akan dibenarkan bermula 10 Jun 2020 :
1)
Perjalanan rentas negeri
– dah boleh balik kampung wehh..
2)
Pelbagai perniagaan
dibuka semula
3)
Mesyuarat dan bengkel
dibenarkan
4)
Aktiviti rekreasi
5)
Aktiviti sukan selagi
tidak melibatkan sentuhan badan
6)
Pelancongan domestik
7)
Perayaan – boleh sambut Raya
Korban bersama keluarga
8) Solat berjemaah – ada negeri yang masih menghadkan 12 orang sahaja setiap waktu termasuk
solat Jumaat, ada yang 40 orang ahli jemaah dan ada yang mengikut keluasan masjid
9)
Sekolah akan dibuka
semula, dijangka pada 24 Jun 2020 – hanya bagi pelajar yang akan memduduki
peperiksaan SPM / SPMV / STPM / STAM
10) Hiburan
11) Masih tiada
perhimpunan besar-besaran