Pengikut

Khamis, 1 November 2012

Rindu Serindu-rindunya...

Fuh.. fuh.. dengan habuknya, dengan sawangnya, penuh kat rumah arnab teman nih. Lama rasanya tak menulis di sini, nasib baik ingat lagi password nak masuk sini.. eheh

Kali ini aku taknak citer pasal arnab, sekadar ingin berkongsi rasa rindu yang memberat di hati kat seseorang dengan korang semua. Raya Qurban baru-baru ni aku berkesempatan balik kampung di Sik dan dapat juga beraya di rumah mentua kat Kajang nun. Seminggu lebih jugak aku dapat cuti. Sempat juga aku snap gambar arnab-arnab tak seberapa ekor yang masih ada di Sik dan Kajang, nanti aku kongsikan dengan korang yer. 

Rindu serindu-rindunya.. Ya! Rasa rindu yang semakin menebal hanya dapat diluahkan kepada Yang Maha Esa lagi Maha Mendengar walaupun rintihan hanya terdetik di dalam hati. Bermula Hari Raya Puasa aritu dan Hari Raya Qurban baru-baru ini merupakan kali pertama aku beraya tanpa ibu tercinta di sisi. Ibuku telah kembali ke rahmatullah pada bulan puasa yang lepas, sempat juga arwah menjalani ibadah puasa selama 8 hari dan pergi mengadap Ilahi pada hari ke-9 kita berpuasa.

Kesempatan ini aku coretkan rasa rindu diiringi doa yang tidak putus-putus buat rohnya semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama-sama roh orang mukmin yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T

Selagi jantung ini masih berdenyut, selagi mana hayat masih di kandung badan anakanda mu ini senantiasa mengingatimu di dalam doa semoga engkau berbahagia di sana.. 

al-Fatihah.

2 ulasan:

  1. InsyaAllah.. Kita sama-sama mendoakan kebahagiaan bonda awak yang tercinta. Semoga bonda awak ditempatkan dikalangan orang-orang yang solehah.. Amin.... Bila nak update gmbar arnab? nak tengok gak.hehe...

    BalasPadam
  2. salam wan.. terima kasih singgah sini, tak sempat lgi nak update.. eheh

    BalasPadam