Pengikut

Sabtu, 10 November 2012

Lepas bebas...

Kekerapan aku keluar masuk ke Pulau Langkawi ini samada atas urusan kerja ataupun urusan peribadi membataskan niatku untuk meneruskan minat dalam membela arnab.. (buat masa sekarang)

Kadang-kadang aku 'berpergian' sehingga melebihi tempoh seminggu. Atas sebab-sebab inilah takder sekor pun arnab yang dapat menemaniku di Langkawi ni, yang masih meneruskan sisa-sisa hidup tinggal tak seberapa ekor. Itupun kena tinggal berjauhan.

Kat bawah ni antara gambar arnab yang aku sempat ambil masa balik beraya Qurban di Sik tempohari.


Lepas bebas.. yang sepasang ni dah berbulan dok kat luar sangkar. Siang timbul, malam jer hilang.

Tidur mana?


Haa.. Kat dalam hutan pandan ni la arnab dua ekor nih buat sarang, tapi sampai ke arini tak pernah plak ada anak yang dibawak keluarnya. Amal family planning gamaknya.


Kalau korang pandang betul-betul nampak kan trek yang dibuat dua ekor nih. Kalau aku sergah jer, berdesup hilang dalam hutan pandan ni. Bersimpang siur trek yang dibuatnya, tak pernah pulak aku 'godek-godek' pokok pandan ni kalau balik kampung.. biarlah bebudak ni, asal bahagia.


Yang sekor ni plak anak dara lagi.. Sesekali jer boleh lepas, suka dok dalam sangkar katanya.

Khamis, 1 November 2012

Rindu Serindu-rindunya...

Fuh.. fuh.. dengan habuknya, dengan sawangnya, penuh kat rumah arnab teman nih. Lama rasanya tak menulis di sini, nasib baik ingat lagi password nak masuk sini.. eheh

Kali ini aku taknak citer pasal arnab, sekadar ingin berkongsi rasa rindu yang memberat di hati kat seseorang dengan korang semua. Raya Qurban baru-baru ni aku berkesempatan balik kampung di Sik dan dapat juga beraya di rumah mentua kat Kajang nun. Seminggu lebih jugak aku dapat cuti. Sempat juga aku snap gambar arnab-arnab tak seberapa ekor yang masih ada di Sik dan Kajang, nanti aku kongsikan dengan korang yer. 

Rindu serindu-rindunya.. Ya! Rasa rindu yang semakin menebal hanya dapat diluahkan kepada Yang Maha Esa lagi Maha Mendengar walaupun rintihan hanya terdetik di dalam hati. Bermula Hari Raya Puasa aritu dan Hari Raya Qurban baru-baru ini merupakan kali pertama aku beraya tanpa ibu tercinta di sisi. Ibuku telah kembali ke rahmatullah pada bulan puasa yang lepas, sempat juga arwah menjalani ibadah puasa selama 8 hari dan pergi mengadap Ilahi pada hari ke-9 kita berpuasa.

Kesempatan ini aku coretkan rasa rindu diiringi doa yang tidak putus-putus buat rohnya semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama-sama roh orang mukmin yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T

Selagi jantung ini masih berdenyut, selagi mana hayat masih di kandung badan anakanda mu ini senantiasa mengingatimu di dalam doa semoga engkau berbahagia di sana.. 

al-Fatihah.