Pengikut

Sabtu, 10 November 2012

Lepas bebas...

Kekerapan aku keluar masuk ke Pulau Langkawi ini samada atas urusan kerja ataupun urusan peribadi membataskan niatku untuk meneruskan minat dalam membela arnab.. (buat masa sekarang)

Kadang-kadang aku 'berpergian' sehingga melebihi tempoh seminggu. Atas sebab-sebab inilah takder sekor pun arnab yang dapat menemaniku di Langkawi ni, yang masih meneruskan sisa-sisa hidup tinggal tak seberapa ekor. Itupun kena tinggal berjauhan.

Kat bawah ni antara gambar arnab yang aku sempat ambil masa balik beraya Qurban di Sik tempohari.


Lepas bebas.. yang sepasang ni dah berbulan dok kat luar sangkar. Siang timbul, malam jer hilang.

Tidur mana?


Haa.. Kat dalam hutan pandan ni la arnab dua ekor nih buat sarang, tapi sampai ke arini tak pernah plak ada anak yang dibawak keluarnya. Amal family planning gamaknya.


Kalau korang pandang betul-betul nampak kan trek yang dibuat dua ekor nih. Kalau aku sergah jer, berdesup hilang dalam hutan pandan ni. Bersimpang siur trek yang dibuatnya, tak pernah pulak aku 'godek-godek' pokok pandan ni kalau balik kampung.. biarlah bebudak ni, asal bahagia.


Yang sekor ni plak anak dara lagi.. Sesekali jer boleh lepas, suka dok dalam sangkar katanya.

Khamis, 1 November 2012

Rindu Serindu-rindunya...

Fuh.. fuh.. dengan habuknya, dengan sawangnya, penuh kat rumah arnab teman nih. Lama rasanya tak menulis di sini, nasib baik ingat lagi password nak masuk sini.. eheh

Kali ini aku taknak citer pasal arnab, sekadar ingin berkongsi rasa rindu yang memberat di hati kat seseorang dengan korang semua. Raya Qurban baru-baru ni aku berkesempatan balik kampung di Sik dan dapat juga beraya di rumah mentua kat Kajang nun. Seminggu lebih jugak aku dapat cuti. Sempat juga aku snap gambar arnab-arnab tak seberapa ekor yang masih ada di Sik dan Kajang, nanti aku kongsikan dengan korang yer. 

Rindu serindu-rindunya.. Ya! Rasa rindu yang semakin menebal hanya dapat diluahkan kepada Yang Maha Esa lagi Maha Mendengar walaupun rintihan hanya terdetik di dalam hati. Bermula Hari Raya Puasa aritu dan Hari Raya Qurban baru-baru ini merupakan kali pertama aku beraya tanpa ibu tercinta di sisi. Ibuku telah kembali ke rahmatullah pada bulan puasa yang lepas, sempat juga arwah menjalani ibadah puasa selama 8 hari dan pergi mengadap Ilahi pada hari ke-9 kita berpuasa.

Kesempatan ini aku coretkan rasa rindu diiringi doa yang tidak putus-putus buat rohnya semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama-sama roh orang mukmin yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T

Selagi jantung ini masih berdenyut, selagi mana hayat masih di kandung badan anakanda mu ini senantiasa mengingatimu di dalam doa semoga engkau berbahagia di sana.. 

al-Fatihah.

Sabtu, 25 Februari 2012

Taman Anggur Perlis

Antara aktiviti aku kat Langkawi ni dah tentu jalan2.. sebelum lapor diri kat Langkawi dulu aku sempat melawat ladang anggur kat Sik, bawah ni plak masa aku pergi jalan2 kat Taman Anggur Perlis.


Kali ni tak bawak family, hanya ditemani geng2 opis kat sini sebab pergi pun atas urusan kerja. Senang nak cari ladang anggur ni sebab lokasinya hanya tepi jalan.


Menjadi jugak buah anggur kat sini, tapi buahnya kecik2 lagi.. kalau tak, mau berbakul2 kitorang petik bawak balik. Daunnya pun buleh petik wehhh.. jangan korang makan lak, bagi arnab sudah.


Penjagaannya sama macam yang aku tengok masa kat Sik aritu tapi aku lebih suka suasana di Ladang Anggur Tasik Beris, Sik sebab suasananya lebih nyaman kerana terletak bersebelahan dengan empangan.

Alang2 sampai Perlis ni, kitorang sempat jugak pergi melawat Muzium Kota Kayang dan tentunya tak lepas peluang pergi shopping kat Padang Besar.

Sabtu, 18 Februari 2012

Teman baru

Masa balik Kajang minggu lepas, saja amik flight malam, nak rasa angin malam plak.. last2 sampai Kajang hampir pukul 2 pagi! Teksi punya hal.
Seperti yang aku janji aritu.. bawah ni antara gambar2 yang aku nak kongsikan ngan korang.
Suri.. masih bergetah seperti dulu.
Teman baru untuk Suri, baka angora jugak.. nama dirahsiakan oleh tuan barunya.
Sesi suaikenal.. terus melekat.
Yang ni pun baru masuk sini, dari baka flemish giant.. nama tak sempat diberi lagi.

Selasa, 7 Februari 2012

Kena lagi..

Baru minggu lepas aku balik Kajang, minggu ni kena balik lagi.. kerana tuntutan kerja kat HQ dan yang penting itulah sumber rezeki utama aku buat masa sekarang.
Yang bestnya dapat juga manja2 ngan arnab kat sini.. tiap2 bulan balik sini pun takpe, mana taknya semua ditanggung halal..
Boss kata pergi balik naik Air Asia, jimat duit. Aku memang suka naik Air Asia.
Sebabnya?
Buleh order makan kat atas tu.
Lagi?
Sapa yang pernah naik jer tau.. eheh
Ni masa balik Kajang minggu lepas.
Sempat melayan arnab kat belakang rumah tu.. sempat juga pergi cari rumput Israel kat tempat biasa tapi dalam dok kalut2 tu lupa plak nak ambik gambar diorang.
Balik kali ni dapat le tiga hari melayan bebudak tu, gambar pun dah ambik, nanti aku upload kat sini. Semoga segala urusan dapat diselesaikan dalam masa tiga hari ni dan selamat balik Langkawi. Lusa baru aku balik sana..

Ahad, 29 Januari 2012

Pasangan sejoli

Arnab dua sejoli


From Kajang with love..


Kalau korang ingat lagi ni la Sunny.. ND kesayangan aku kat Kajang dulu, didatangkan khas buat peneman sesangkar si Sally kat Langkawi nih..

Aku paksa mak mentua aku bawak dari Kajang masa dia datang sini ari raya Chinese New Year aritu. Kebetulan diorang datang Perlis sebab nak angkut barang2 adik ipar aku yang dah abis study kat UiTM Arau, pastu terus nak jalan2 kat Langkawi ni.. ambik kesempatan le tumpangkan Sunny ke sini.. eheh.

Buat masa sekarang ni diorang dok asing2 lagi, tunggulah dulu si Sally dah abis pantang dan baik betul baru boleh dipasangkan. Aku tengok Sunny mula menggelisah semacam je, mana idaknya jiran sebelah awek cun..

P/s : pagi ni kena balik Kajang jap, flight kul 11.25 karang sebab ada urusan kerja.. kejap jer esok dah balik sini, buleh le lepas rindu kat arnab sana plak.

Selasa, 24 Januari 2012

Pengalaman pertama..

Pengalaman pertama kepada si Sally, langsung tak cabut bulu.. dia beranak lima ekor pada petang raya pertama Chinese New Year aritu, tapi semuanya tak hidup.

Kebetulan pagi tu family mentua aku datang dari Kajang.. petangnya ramai2 kitorang pergi mandi-manda kat Pantai Cenang, balik aje ke rumah aku tengok dia dah selesai beranak tapi semua anak2nya dah keras dalam nestbox.

Bukan rezeki Sally lagi untuk jadi ibu mithali..


Dua ekor yang pertama..



Yang sekor ni macam tak cukup umur je..

Lagi dua ekor aku tak sanggup nak tunjukkan gambarnya.

Aku harap Sally tak meroyan dengan kehilangan lima ekor anaknya ni, sebabnya aku dah dapatkan pasangan sejoli untuk dia.

Hensem ke tak?

Boleh tahan la.. nanti aku citer lagi.

Rabu, 18 Januari 2012

Hati berbunga-bunga..

Dah tiga hari aku masukkan nestbox 5 minit yang aku buat sebelum ni kat dalam sangkar Sally, sebabnya aku tak tau bila duenya..

Dalam dok kalut pepagi semalam bersiap nak pergi kerja, orang umah plak tengah siapkan anak2 nak ke tadika, si Sally kat luar tu pun sibuk dok buat sarangnya.


Tengok ler tu.. sedang gigih buat kerja.


Hati aku mula berbunga-bunga..

Ada hasil ke tak?

Tunggu...

Rabu, 11 Januari 2012

Mencorak masa depan

Tahun ni dua orang anak aku mula bersekolah di Taska MAIK @ Masjid al-Hana, Kuah, Langkawi. Pengalaman kedua untuk si kakak, dia sekarang dah 6 tahun dan pengalaman pertama untuk adiknya. Anak jantan aku yang sorang ni dah berumur 5 tahun.

Kedua-duanya dengan semangat berkobar-kobar nak ke sekolah tadika baru tapi masa hari pertama aritu dipaksanya mama diorang untuk tunggu di dalam kelas, hilang aje di mata mula la nak menangis.


Sekarang dah makin selesa dalam kelas.


Kakak pun dah ramai kawan baru.

Sekarang ni balik jer dari sekolah tadika macam2 nak diceritakan.. mama diorang le jadi mangsa.

Ahad, 8 Januari 2012

Lepas gian..

Lama aku tak update blog nih.. sesekali nak bercerita perkembangan arnab kat Kajang nun, kena balik sana la jawabnya. Untuk makluman korang sekarang ni aku dah tak banyak bahan sebenarnya untuk diceritakan sebab kesemua arnab kat sana aku lepaskan tanggungan kepada abang aku yang sama2 berminat ngan arnab ni.

Semenjak dua tiga hari lepas kat Langkawi ni tangan aku mula gatal nak bermanja-manja ngan arnab semula. Bermula hari Sabtu aritu aku beli sekor induk ND yang baru nak matang.


Tada.. aku perkenalkan Sally si ND.

Tuan asalnya cakap dah masuk tujuh bulan dan tengah bunting pun, pengalaman pertama sebenarnya untuk Sally nih.

Dengan ilmu yang tak seberapa yang ada pada aku, dapat la rasa seketul dua dalam perut dia. Masalahnya aku tak tau bila due si Sally ni, apa pun aku prepare le jugak nestboxnya.. buatan sendiri untuk waktu2 kecemasan, aku panggil nestbox 5 minit. Nanti aku citer bahan apa yang aku guna.


Selamat tahun baru!! (terlambat sket yer) Semoga semangat korang masih berkobar-kobar untuk terus berkecimpung menternak arnab. Aku dapat lepas gian ngan sekor ni pun jadi la.