Pengikut

Selasa, 9 Ogos 2011

Selamat berbuka puasa

Hari ni aku nak cerita pasal berbuka puasa.. kasi semangat sikit waktu tengahari camni.

Semalam opis aku bermurah hati nak buat majlis berbuka puasa untuk semua kakitangan dan ahli keluarga masing-masing. Meriah jadinya dengan masing2 berbaju Melayu, macam dah nak raya.


Macam-macam ada.. ada enam jenis lauk, kat tengah2 tu dengan tom yam nye, kari daging ngan ubi kentang (ikut jam), sayur campur, gulai daging ngan kacang panjang, ikan masak asam.. dan last sekali ni feveret anak2 aku, ayam masak merah.

Aku?

Semua aku ambik.. eheh


Masing-masing dah kekenyangan.. asyik dok tanya bila nak balik.

Selamat berbuka puasa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan