Pengikut

Isnin, 18 Julai 2011

Berdua lebih baik

Allo geng.. hari ni baru sempat aku post citer pasal arnab nih.. sibuk mengalahkan menteri. Nanti aku citer kat korang mana aku hilang sebulan ni. Kita sambung kisah si anak Suri yang lahir bulan Mei aritu, kini tinggal berdua.. sekor lagi umur tak panjang, tapi ada yang kata berdua lebih baik.. eheh


Sepasang nih.. hasrat hati nak simpan buat induk kemudian hari, pewaris Suri dengan Resat.


Anak-anak aku cukup suka dengan dua ekor anak angora ni.. kiranya dua ekor nih kerap kena angkut ke depan rumah untuk dibelai-belai buat main, kemudian dilepas bebas kat taman depan tu. Tapi aku tak kisah sangat sebab dua ekor ni senang ditangkap balik, cuma kena sentiasa waspada dengan si kucing yang berkeliaran mencari mangsa. Pernah aku tengok sekor kucing ni dapat tangkap burung ciak rumah yang dok makan beras yang mama aku tabur pagi-pagi.. lapar benar kucing ni, sampai burung pun dia sanggup terkam.