Pengikut

Selasa, 24 Mei 2011

Arnab panggang

Cuti hari minggu baru2 ni terasa nak makan arnab panggang.. cari punya cari, tenung punya tenung aku pilih dua ekor kat bawah ni. Sekor umur 4 bulan, lagi sekor 3 bulan.


Saat2 sebelum dikorbankan.. gambar ni masa hari Sabtu.


Esoknya.. karkas yang telah siap diproses, selepas diperap semalaman.


Selepas siap digolek2 dalam oven lebih kurang 1/2 jam pada suhu 200C.. seko yang pertama ni aku tak sempat merasa langsung sebab anak2 dah chop. Lagi sekor? Ana yang empunya.. eheh

Serius.. aku akan buat lagi. Rasanya?

Korang try le sekali.. pasti nak berkali2.

Khamis, 19 Mei 2011

Anak2 Suri - hari ke10


Balik dari kampung kelmarin aku tengok 3 ekor anak Suri terkeluar dari nestbox. Aku cuba angkat dan masukkan semula ke dalam kotak sarangnya tu, sekali si Suri ni buat tak tau ajer, tak marah2 pun. Apalagi aku kutip satu2 anak2 dia masukkan ke dalam raga kecik, nak kira berapa ekor anak dia. Memang ni je yang ada, 3 ekor.. gumuk2.


Ololololololo... bucuk2

Rabu, 18 Mei 2011

Ladang Anggur Tasik Beris @ Sik

Sorry geng.. seminggu tak online, sebabnya cuti Wesak baru2 ni aku satu family balik kampung di Sik.. tambahan pula boss dah approve cuti dua hari, dapat le jumpa mak yang tercinta kat kampung tu. Lima hari aku kat kampung, tune semula otak aku yang dah berserabut dengan kerja yang tak sudah2, dapat jugak release tension. Hari ni masuk kerja dengan penuh semangat.. eheh


Masa kat kampung aku sempat melawat Ladang Anggur Tasik Beris, bersebelahan dengan empangan baru kat Sik nun.


Menjadi buah anggurnya, sebab sejuk kot kawasan sini.. anggur kat depan rumah aku tu dapat daun jer la.


Masing2 dah penat berjalan..


Empangan Beris.. banyak kawasan perkampungan terpaksa dipindahkan untuk memberi laluan kepada projek ini.


Happy faces..

Rabu, 11 Mei 2011

Sampai masa tibanya waktu


Hari ni Suri menjadi penunggu setia depan pintu nestboxnya.. sesekali dia keluar masuk dalam nestbox, tapi hari ni aku dah berhentikan pemberian rumput kering. Bukan apa, penuh dengan rumput plak dalam kotak sarang tu nanti.

Korang tau apa dia buat kalau dah takder rumput kering untuk buat sarang?


Haa.. ni la hasil kerjanya, habis bulu bawah perut dicabutnya, lepas tu disusun cantik kat celah2 rumput napier yang dia kutip semalam. Korang tengok ler tu, dah penuh hujung nestbox sana dengan bulu dia saja.

Aku ingatkan hari ni nak update pasal Suri cabut bulu jer.. tapi rupa2nya ada benda dok bergerak2 dalam gumpalan bulu kat hujung nestbox tu.

Weeoooooo...

Suri dah beranak.. berapa ekor?

Anak dia aku tak boleh nak cerita dengan korang lagi, tak berani aku nak kacau godek2 anak dia. Boleh tahan garang si Suri ni kalau dah ada anak, kang dibantainya gigit tangan aku.. nak bagi makan pun kena hati2 sekarang.

Nanti aku citer lagi yer.

Selasa, 10 Mei 2011

Semakin hampir..

Pagi ni masa bagi makan semua arnab kat belakang rumah kelihatan Suri mula menunjukan tanda2 untuk beranak.. dia mula mengutip rumput2 napier kering yang aku masukkan semenjak 2, 3 hari lepas dan disusun penuh dalam nestbox kesukaan dia dari dulu.

Semenjak semalam Suri mula kurang makan.. takder selera katanya. Pellet yang diberi tak habis dimakan, selalunya tak bersisa sikit pun. Sekarang ni dia lebih suka melayan perasaan kat penjuru sangkar, melepak dan bersantai sambil menunggu masa untuk beranak.

Sekejap2 dia bangun menyambung semula kerjanya buat sarang.. habis dikutipnya segala rumput2 yang masih melekat di atas lantai dan tepi sangkar. Tak cukup lagi sehingga rumput yang ada kat sangkar sebelah pun ditariknya sekuat hati sampai boleh.

Suka hatilah Suri.. asal engkau bahagia.

to be continued.. (tunggu Suri cabut bulu plak)

Isnin, 9 Mei 2011

Buah hati terbaru


Anak arnab terbaru kat rabbitry aku nih, baru masuk sini dan bakal dijadikan induk pada masa depan.. jantina betina dari baka ND, dapat kat Sunny ler jawabnya nanti.

Sabo yer Sunny, bawah umur lagi ni.


Aku bagi nama Nelly, umur baru 2 bulan.. warnanya putih tapi ada tompok2 kelabu. Harap2 serasi kat sini dan dapat mebesar dengan sihat. Setakat ni nampaknya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kat sini.

Selasa, 3 Mei 2011

Menghitung hari


Giliran Suri plak untuk menghitung hari.. dia kini sedang bunting berat tapi alahan bunting tak ler macam si Dora aritu sampai tak lalu makan. Dia ni bagi ler apa saja semua dia sapu.. antara induk yang paling produktif kat rabbitry aku nih semenjak dia masuk sini awal 2009 dulu.

Rasa2nya ada la dua, tiga ketul jugak. Sekarang ni aku yang dok kalut mengira hari sebenarnya.. eheh..

Isnin, 2 Mei 2011

Hari ke-8


Gambar ni masa diorang umur 2 hari.. bulu pun takder lagi, tapi pattern tu dah nampak sikit2.


Baru lepas menyusu.. kalau dah kekenyangan tido jer la kejanya.

Hari ni umur diorang dah masuk 8 hari, belum buka mata lagi. Rasanya 2, 3 hari lagi mula buka ler tu.