Pengikut

Selasa, 26 April 2011

Kelahiran terkini


Hari ni Dora dah jadi ibu lagi.. cer korang kira ada berapa?

Bukan dua, bukan tiga.. tapi empat ekor. Kali ni dengan selambanya Dora beranak atas lantai kat luar nestbox, tak cabut bulu sikit pun. Kelam kabut aku cari sarung tangan plastik dan kutip anak2 dia seko2 masukkan dalam nestbox.

Pagi ni perut anak2 dia masing2 bulat penuh susu, nanti petang balik kerja aku pegi usha lagi.. tengok dia bagi susu ke tak.


Kebetulan semalam mama aku pangkas pokok malberi, memang rezeki si Dora ler jawabnya. Sebakul dapat daunnya, bagus untuk tambah susu nih.. tinggi protein.

p/s hari ni jugak aku dapat rasakan ketul2 dalam perut si Suri.. moga ketul2 yang ada tu betul2 berisi, nanti aku update dengan korang.

Jumaat, 22 April 2011

Bunting berat


Dora sekarang ni tengah bunting berat, makan pun tak lalu.. aku bagi pellet dia makan sikit jer, kalau dapat macam2 jenis daun baru dia suka. Haishhh.. dia ni kalau bunting mengidam macam2, sabor jer la.

Aku dah gagau perut dia.. ada la dua, tiga ketul. Sikit hari lagi beranak ler tu.

Selasa, 19 April 2011

Pokok bangun-bangun


Nama tempatan : bangun-bangun
Nama lain : ati-ati hijau, kapur barus
Nama saintifik : solenostemon amboinicus
Cara tanam : keratan batang

Keterangan : daun pokok ini biasa digunakan dalam masakan sebagai ulaman dan penambah rasa dalam sesetengah hidangan, ada yang gemar mencampurkannya dengan sambal tempoyak. Pokok ini juga boleh ditanam di dalam pasu untuk dijadikan hiasan di halaman rumah.

Kegunaan lain : daun pokok ini dapat mengurangkan batuk2, mual2 dan sakit kepala. Selain itu ia juga dipercayai boleh menjadi penawar kepada gigitan serangga berbisa dan kulit melecur. Petua mak aku kat kampung plak katanya dapat mengurangkan masalah budak2 semput / asma.

Cara guna : untuk budak2 yang semput daunnya diramas dan dipupuk di dada dan bahagian belakang badan. Manakala untuk menghilangkan rasa mual2 dan pening kepala daun ini boleh dimasukkan sekali ke dalam air teh o (panas2) dan diminum. Untuk gigitan serangga dan kulit melecur pula daunnya boleh diramas dan ditampal di bahagian yang sakit.

p/s untuk arnab yang terkena jangkitan selsema dan kerap terbersin (macam batuk2 gitu) aku biasanya bagi dua atau tiga helai daun sehari sehingga jangkitan tersebut hilang.

Ahad, 17 April 2011

Pokok anggur


Nama tempatan : anggur
Nama saintifik : vitaceae vitis L
Cara tanam : keratan batang dan kaedah tut

Keterangan : terdapat pelbagai jenis pokok anggur, antara yang biasa ditanam di Malaysia termasuk dari variety Isabella, White Malaga, IAC, Muscat dan sebagainya. Warna buahnya plak kalau ikut pakcik wiki macam2 ada.. ada warna hitam, biru, keemasan, hijau, ungu, merah, merah jambu, perang, kuning kemerahan atau putih. Anggur yang aku tanam ni jenis buahnya warna hijau tapi sampai sekarang tak pernah berbuah lagi. Dok kutip daun jer la, bagi kat arnab.. eheh..

p/s semua arnab aku kat belakang rumah tu cukup suka daun anggur nih.. diorang tak kisah kalau dijemur dulu, tapi bagi induk yang dah besar tu lagi suka yang fresh.

Isnin, 11 April 2011

Si telinga satu

Aku baru dapat sekor anak arnab angora nih.. tapi telinganya ada satu jer, dimakan dek ibunya kot masa kecik2 dulu. Sekarang ni umurnya dah dua bulan.


Jantina : jantan

Walaupun hanya ada satu telinga, tapi aktif yang amat.

Rabu, 6 April 2011

Family day @ PNB Ilham Resort, Port Dickson


Cuti hari minggu baru2 ni opis aku ada buat family day untuk staff bahagian pengurusan.. kitorang berkampung kat sana dari 2/4/2011 hingga 3/4/2011.

Lokasi : PNB Ilham Resort, Port Dickson.

Hari pertama selepas check in ada sukaneka untuk semua kakitangan dan ahli keluarga yang berminat dan juga game untuk anak2 menunjukkan bakat terpendam diorang. Malamnya kitorang ada BBQ dinner dan acara penyerahan hadiah kemenangan untuk acara sukaneka dan tidak ketinggalan acara cabutan bertuah..


Untuk game group kitorang dapat tempat kedua, dan lucky draw setakat dapat hamper jer.. ada la jugak hadiahnya untuk dibawak balik.


Ni masa BBQ dinner malam tu..


Nasib baik malam diorang tak bagi mandi.. kalau tidak jangan kata anak2, dengan bapaknya sekali terjun.. eheh.


Esok pepagi pakat berebut terjun kolam.. lepas geram.

Selasa, 5 April 2011

Sekinchan ikan bakar

Semalam terasa nak makan ikan bakar.. kena plak ada satu restoran ni baru bukak kat Kajang nih.
Haa.. kat sini ler kitorang lepak semalam sambil makan2 ikan bakar.

Lokasi : Sekinchan Ikan Bakar, Jalan Reko, Kajang


Korang tengok ler tu.. punya la ramai orang.


Macam2 ikan ada.. tunggu korang pilih jer, semua fresh lagi. Tanpa banyak soal aku amik udang, sotong ngan ikan kerapu.. semuanya buat bakar.

Ni ler hasilnya..

Motto restoran ni 'segar, sedap, halal'. Sedap ke tak? Bagi aku dah kena dengan selera tekak, kiranya boleh ulang lagi la. Tang harga tu aku tak nak komen.. subjektif untuk semua orang.