Pengikut

Rabu, 30 Mac 2011

Kunyit


Nama tempatan : kunyit
Nama saintifik : curcuma longa
Cara tanam : ubi / isi kunyit

Keterangan : kunyit banyak digunakan secara meluas di dalam masakan tempatan kerana rasa dan warnanya sama ada dibuat serbuk (rempah) atau kunyit hidup.

Kegunaan lain : boleh digunakan untuk mengurangkan selsema kanak-kanak kecil / bayi. Berdasarkan pakcik wiki kunyit ni boleh dijadikan sebagai ubat pembersih dalam badan dan mencantikkan kulit. Petua mak aku kat kampung plak katanya daun kunyit muda amat sesuai untuk awet muda dan jika diamalkan selalu sebagai ulam dapat menghindarkan dari nyanyuk masa tua2 nanti.

Cara guna : untuk selsema asah di belakang pasu kecil dan terus sapu di hidung kanak-kanak / bayi yang selsema tersebut.

p/s : arnab2 aku juga suka mengunyah daun kunyit ni kalau dilepaskan kat luar.. kalau tak dijaga abih togel pokok kunyit ni dimakannya.

Isnin, 28 Mac 2011

Pokok pecah kaca


Nama tempatan : pecah kaca
Nama lain : pecah beling, pecah batu
Nama saintifik : strobilanthes crispus
Cara tanam : keratan batang

Keterangan : pokok ini senang tumbuh hanya dengan menggunakan keratan batang.. korang potong dan pacak jer atas tanah.

Kegunaan : dikatakan dapat mengubati penyakit batu karang, kanser dan diabetes.

Cara guna : untuk batu karang, daunnya direbus dengan air dan diminum selama seminggu.. caranya hari pertama 7 helai daun direbus bersama air sehingga tinggal secawan dan diminum, hari kedua 6 helai daun.. dan begitulah seterusnya sehingga hari terakhir dengan sehelai daun. Sebelum minum tu baca Bismillah dan selawat tiga kali berserta dengan niat untuk mengubati penyakit.

p/s arnab2 aku yang dilepas kat luar suka bebeno dengan daun pokok ni, diorang makan untuk buat ubat jugak kot.. dari segi protein tak pasti plak aku, tapi elok jer diorang melantak.

Jumaat, 25 Mac 2011

Selepas dua minggu

Anak-anak Dini sekarang dah masuk minggu ketiga.. semuanya dah buka mata dan semakin aktif. Sehingga hari ni kesemua anak2nya hidup membesar termasuk ada dua ekor yang kecik sket masa lahir aritu.

Skang ni langsung tak boleh nak bermanja2 ngan bebudak ni.. pantang cuit, mula la terlompat2 melarikan diri. Sebabnya dari kecik lagi aku tak pernah usik diorang.. bior maknya jaga sampai besar. Dah besar macam ni baru nak pegang2 ambik gambar, mana nak dekatnya.

Korang tengok ler tu.. semuanya masih takut2, kira nak lari je.

Khamis, 24 Mac 2011

Ulam raja


Nama tempatan : ulam raja
Nama saintifik : cosmos caudatus
Cara tanam : biji benih

Keterangan : kebiasaannya pokok jenis ini ditanam sebagai hiasan di halaman rumah, boleh mencapai sehingga satu meter tinggi dan mempunyai banyak cabang di bahagian atas. Ada yang bunganya berwarna kuning tapi jenis ini tidak boleh dimakan, manakala jenis yang bunganya berwarna merah jambu boleh dimakan mentah sebagai ulam. Berdasarkan pakcik wiki, ia mengandungi 3% protein, 0.4% lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A. Arnab pun suka makan wehhh... arnab aku kalau dapat ulam raja tak pernah tolak punya.

Kegunaan : amalan memakan ulam raja dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksik dan menguatkan tulang. Selain itu juga dipercayai boleh mencuci perut.

Rabu, 23 Mac 2011

Rumput napier


Nama tempatan : rumput napier
Cara tanam : keratan batang / ruas.. senang hidup dan cepat membiak.

Keterangan : kebanyakan arnab kat sini suka makan yang fresh.. tapi untuk anak2 bawah dua bulan korang jemur ler sekejap. Biasanya aku potong waktu pagi sebelum pergi kerja, balik nanti baru bagi.

Selasa, 22 Mac 2011

Waris si Melly

Adik beradik susuan ni sumer sekarang dah hampir dua bulan, saiz pun dah nak sama.. kali ni ada tiga ekor jantan dan dua betina. Si kelabu dua ekor tu dengan seko broken black yang kat depan tu sumer jantan. Anak kandung Melly yang kat belakang sana dan seko putih tompok hitam kat belakang badan tu betina.

Lagi seko yang kaler putih tompok2 hitam dah kena ngap dek kucing jiran belakang rumah.. aku jumpa pun dah hilang kepala. Nak buat camana, dah rezeki dia.. suratan yang telah tersurat.

Tunggu ler besar sket, aku plak yang ngap.. eheh.

Isnin, 21 Mac 2011

Pandan

Hari ni aku nak berkongsi plak tentang tumbuhan hijau yang menjadi kesukaan arnab2 kat belakang rumah tu...


Nama tempatan : pandan
Nama saintifik : pandanus amaryllifolius
Cara tanam : korang campak jer batang / sulur pandan yang tak abih guna tu.. kejap je tumbuh nanti. Biasanya ia akan membiak melalui anak2 yang tumbuh dari rizomnya.

Keterangan : pandan ni banyak digunakan secara meluas dalam masakan tempatan kerana aromanya yang wangi.

Kegunaan lain : dari segi kesihatan, daun pandan juga boleh dicampur dalam air teh untuk masalah angin dalam badan dan pencernaan. Banyak juga digunakan dalam pembuatan bedak sejuk.

p/s ada arnab suka makan daun pandan yang fresh.. untuk anak2 bawah umur dua bulan, jemur dulu biar layu sket.

Hikayat Merong Mahawangsa

Cuti kelmarin aku sempat pergi tengok citer nih.. Hikayat Merong Mahawangsa, antara genre kesukaan aku.. cerita epik. Pot biasa aku pegi, Jusco Cheras Selatan.. diorang letak dalam kategori PG13, so aku angkut sekali bebudak kat rumah tu.

Aku tak yah citer sinopsis lah.. korang sumer confirm dah tau citer hikayat ni, lagipun mesti dah pegi tengok kan.. kan... Minggu ni kali kedua aku pegi baru dapat tengok, minggu lepas sampai ke Putrajaya aku pegi, sumer penuh.

Walaupun sad ending, aku bagi lima bintang jugaklah kat hasil kerja Yusry nih.. kerana aku dapat rasakan kepuasan yang sama cam aku tengok citer Avatar dulu.

p/s korang ingat tak pantun gurindam Merong Mahawangsa yang dia dok hafal dari kecik sampai ler saat2 dia nak mati?

Khamis, 17 Mac 2011

Keletah anak-anak

Hari ni tak nak citer pasal arnab.. nak kongsi gambar anak2 aku masa kuar makan malam kelmarin.

Lokasi : Pizza Hut, Kajang

Anak sulung aku.. skang sekolah tadika 5 taun, banyak mulut.. suka bertanya macam2. Tang makan tu kurang sket, senang jaga.. kalau bab melawa, huh.. macam mama dia.

Yang ni abang ngah.. umur 4 taun, pelat sket kalau bercakap. Tapi kalau bab makan semua masuk.. yang ni macam papa dia.

Korang tengok ler tu.. bagi le apa pun.. abih licin.

Haa.. ni yang bongsu (buat masa ni ler.. eheh) umur 3 taun. Kuat makan jugak nih.

Isnin, 14 Mac 2011

Sayang anak

Dini antara ibu yang cool kat rabbitry aku neh.. setiap kali bunting dan beranak tak pernah lagi dia garang2 dan nak gigit orang.. ibu yang penyayang pulak tu.

Korang tengok ler gambar kat bawah ni.

Jarang ibu arnab cabut bulu selepas beranak tapi Dini jenis yang jarang tu la.. banyak cabut bulu bawah perut selepas dia beranak. Gambar ni aku ambik esok pepagi selepas dia beranak malam tu.

Ni masa malam dia beranak.. beza kan?

Ahad, 13 Mac 2011

Teringin..

Semalam teringin benar nak makan arnab goreng.. tangan dah gigil suh potong arnab, rasanya dah lama tak makan. Selepas dok fikir2, dok tenung2 yang mana satu nak dilaukkan, calon yang tinggal adalah si Melly.. lagipun anak2 dia (termasuk anak angkat) semua dah besar dan dah pindah sangkar pun.

Sempat jugak dia tinggalkan waris..

Tunggu masa nak buang bulu..

Senang buang bulu camni..

Goreng pun sodap!! Dah tinggal separuh.. mana taknya, sambil goreng sambil makan.. eheh

Rabu, 9 Mac 2011

Dini kembali beraksi

Seperti kebiasaan sebelum masuk tidur aku akan menjengah sebentar arnab2 yang ada kat belakang umah tuh.. untuk bermanja2 dan menambah makanan pada yang masih kelaparan. Biasalah diorang ni, tengah2 malam lagi kuat melantak.

Sampai sangkar Dini aku perasan bulu2nya yang telah dicabut berselerakan di hujung nestbox tanpa disusun cantik dan ada beberapa ekor anak2nya kat dalam tu.. yehhooooo..

Sebenarnya dah dua tiga hari aku masukkan nestbox, tapi jangkaannya minggu depan baru nak beranak. Saja aku letak nestbox awal2 untuk dia menyesuaikan diri, alih2 malam ni beranak dia, 6 ekor beb.. rekod tertinggi Dini sebelum ni 8 ekor.

Dini keletihan selepas penat beraksi.

Gambar ni aku snap lebih kurang jam 11.30 malam tadi.. rasanya dia baru lepas beranak sebab anak2nya nampak basah lagi dan ada saki baki uri yang dia tak habis makan kat situ. Ada seko dua yang nampak kecil, tapi aku harap semuanya dapat hidup sihat dan membesar bersama-sama.

Selasa, 8 Mac 2011

Sepesen jer

Anak-anak Suri skang dah masuk minggu ketujuh.. diorang dah hidup berdikari, masing2 dah pandai cari makan sendiri. Taknak bergantung dengan ibu lagi.

Dek kerana sangkar mula nampak mengecil sebab diorang semakin membesar, aku asingkan bebudak ni ke sangkar kosong kat tingkat dua. Tinggi sket, luas pemandangan katanya.

Kali ni banyak plak jantan, ada empat ekor.. sekor je betina.

Ahad, 6 Mac 2011

Merantau

Bebudak nih dah takde ngan aku.. baru pindah umah, nak merasa hidup kat tempat orang katanya. Skang dah jumpa tuan baru.

Semoga happy2 selalu.